Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for September 2012
Disebabkan due date NurNiz akhir bulan November, NurNiz selalu rasa lambat lagilah NurNiz akan cuti bersalin. Tapi kebetulan akak ofis NurNiz bertanya sama ada NurNiz dah bersedia (dari segi kerja) untuk cuti bersalin, mana tau tiba2 NurNiz bersalin awal. Alamak..terus rasa tak keruan banyak hal gak perlu dibereskan sebelum cuti bersalin (soalan kuiz/assignment, soalan ujian, soalan peperiksaan akhir, markah2 & nota2 kuliah). Hoho nampaknya NurNiz kena take action sekarang!


Setelah selesai dengan susun atur dalam rumah, sekarang NurNiz kena fokus plak kat dekorasi/landskap luar rumah. Tak kan nak biar kosong ja kan..Sekarang ni tengah survey pokok2 apa yang bersesuaian untuk ditanam di laman2 rumah. Impian NurNiz memanglah nak tanam rumput karpet, kena tunggu bajet cukup dulu. NurNiz teringin sangat nak tanam pokok2 bunga. Tapi NurNiz ni bukannya pandai berkebun. Kebanyakan pokok2 tanaman selalu akan mati di bawah pengawasan NurNiz hehe.

Cari lokasi sesuai nak tanam pokok(laman luar terkecuali ok)
Cantik kan bunga purple ni..
Pokok bunga ni macam sweet2..
NurNiz paling suka bunga daisy!
Pokok comel (taktau nama sebenar)

This post is dedicated to my beloved father, I called WALID/LID. Since my mother left me almost two years ago (my mother passed away peacefully in her sleep) , my father tried his best to be a replacement mother to me. However, I can't seem to go a week with out fighting with my father especially during my pregnancy (blame it on the pregnancy hormone hehe). Everything he does seems to be wrong from my perspective. My very stubborn father usually won't listen to anyone including me.  Moreover, since I started working, I find myself have a difficult time spending some quality time chatting with my father. I tend to sleep early leaving my father alone talking to the wall and ceiling. I know my father must be feeling very lonely :(. That's why he likes to 'jalan2' to his friends' house to have a chit chat..

Wonderful things my father has done for me.. Your kindness will never be forgotten, LID..
  • Sincerely help washing my dishes and clothes if I'm too busy to handle them..
  • Always checking on me during midnight & wrap a blanket over me if he's seeing me trembling without a blanket..
  • When my car broke down because of the weak battery, my father willingly lend his car's battery to me..
  • Call me to ensure I'm OK if I'm coming home late than usual..
  • Entertain my addiction to teddy bear..
  • Always asking me if I'm already eaten or not..Buy and bring home my favorite food for me..
I just want you to know that I love you more than you'll ever know. 
Sedar tak sedar dah setahun setengah lebih NurNiz berkahwin. Kiranya dah setahun setengah gakla NurNiz berPJJ dengan en. suami. NurNiz berPJJ dengan en. suami ni dari zaman bercinta lagi. Dari percintaan jarak jauh kepadalah perkahwinan jarak jauh. Tak pernah lagilah merasa duduk sekali.

Dulu beberapa bulan sebelum berkahwin NurNiz siap menangis sebab takleh imagine kena tinggal bersendirian selapas berkahwin. Disebabkan NurNiz ada ikatan kontrak dengan tempat kerja, jadi NurNiz tak boleh sewenang2nya berpindah mengikut en. suami. Masa tu siap baca forum2 & blog2 kisah tentang perkahwinan jarak jauh ni. Ada sesetengah pihak tu dah berPJJ selama berbelas tahun. Memang NurNiz sangat respect la kat diorang tu. Nasib baiklah ayah NurNiz tinggal bersama NurNiz selepas berkahwin jadi dapatlah menghindarkan perasaan sunyi & bosan. 

Sekarang ni seolah2 dah biasa bab berPJJ. Lagi seronok kot hidup macam single time weekdays. Weekands baru nak terhegeh2 kemas rumah & memasak hehe. Tapi tula kalau kat ofis buat majlis pa2 terpaksalah pergi seorang tanpa berteman. Lagi satu, pasangan yang berPJJ memerlukan kos yang banyak (beli/sewa dua rumah berasingan, kereta pun kena berasingan gak, kos pengangkutan berulang-alik). Mungkin selepas ni dah mempunyai anak lagilah NurNiz kena berdikari jaga anak sorang2. Jelousnya kat pasangan yang dapat tinggal bersama2.


Awal perkenalan: Skudai, Johor ==> Banting, Selangor

Bertunang: Skudai, Johor ==> Kuantan, Pahang

Berkahwin: Changlun, Kedah ==> Kuantan, Pahang

Berbadan dua: Changlun, Kedah ==> Sungai Petani, Kedah

*Walaupun sekarang dah tinggal dalam satu negeri yang sama, masih tak boleh tinggal bersama sebab sorang kat utara kedah sorang lagi kat selatan kedah hoho..

 Surah An-Nahl ayat 78 
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur.


Surah Al-A'raf ayat 189


 
Dialah yang menciptakan kamu dari jiwa yang satu (Adam) dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, adar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, (isterinya) mengandung dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian ketika dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhan Mereka (seraya berkata), "Jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami akan selalu bersyukur."

Doa untuk ibu & kandungan..


Untuk mommy to be..jangan taktau baby pun boleh sedu dalam perut. Baby boleh tersedu pada usia kandungan mencecah 25 minggu lagi. Baby tersedu ni mungkin disebabkan dia tertelan cecair amniotik terlalu banyak. Masa minggu ke-25 kandungan, baby tengah aktif belajar bernafas dan telah mampu menyedut & keluarkan balik cecair amniotik dalam perut ibu.

Sejak bulan ke-7 kandungan ni, baby Wafiy memang selalu tersedu. Sehari kadang2 sampai 2,3 kali tersedu. Ciannya kat baby mommy  ni. Kita boleh tahu baby tersedu ni sebab irama/rhythm dia berlainan dengan baby bergerak. Rhythm dia constant samalah macam kita tersedu tu. So, cara nak atasinya??? Nurniz pun taktau sebab NurNiz minum air tak berkesan pun hehe..

Boyan jr si peneman di kala baby Wafiy sedu

Puan Lily ni merupakan salah satu kawan rapat NurNiz zaman belajar dulu dari degree sampailah ke master. Masa master, NurNiz sempat beroomate dengan Lily selama satu sem :). Disebabkan NurNiz tak sempat menghadiri majlis perkahwinan Lily yang diadakan di N9 pada bulan Mac lalu, NurNiz & en. suami pun pergi menghadiri majlis di sebelah pihak lelaki yang diadakan pada 1 September lalu bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur (bersebelahan Perpustakaan Negara & Hospital Pusrawi).

Disebabkan takut jalan jam, pagi2 lagi pukul 10 NurNiz & en. suami bertolak dari Serendah ke lokasi majlis perkahwinan. Rupa2nya jalan tak jam langsung,dalam pukul 11.15 pagi kami dah sampai kat Wisma Sejarah tu. Kawan2 NurNiz yang lain pun tak sampai lagi. Bila telefon akak NurNiz, akak NurNiz cadangkan pergi berjalan2 di KLCC sebab dekat ja. NurNiz & en. suami pun pergilah ke KLCC dengan menaiki teksi sambil bershopping membeli hadiah perkahwinan. 

KLCC entrance



Ada pameran otomotif
Bergambar tengah panas ni..
Baju pengantin warna merah memang memukau
Reunion best friends. Dari kiri Rahmah (KK, Sabah) Ika (Lumut, Perak) Lily (Kuala Lumpur) Zaza (Johor) NurNiz (Kedah)
Yang mana satu mommy hadif ni??
Belajar mengasuh baby. Nak baby kuat macam hadif :)

Bersama pasangan masing2


Sekarang ni NurNiz dah berada di minggu ke-31 kandungan. Lagi seminggu nak masuk bulan ke-8 kehamilan. Barang2 baby tak sempat beli lagi sebab sibuk berpindah rumah. "Insyallah bulan ke-8 nanti mommy beli ya barang2 untuk Wafiy."

20/9/2012 NurNiz ke KMC untuk mengetahui keputusan ujian darah. Yang tak bestnya NurNiz merupakan salah seorang pembawa talasemia :(. Jadi, Doktor pun nasihatkan agar en. suami untuk menjalani saringan darah untuk talasemia gak. NurNiz tak pernah tau sebelum ni pasal alpha & beta talasemia. Info lanjut boleh rujuk kat sini dan sini. NurNiz diberikan kad supaya mudah ditunjukkan jika NurNiz membuat pemeriksaan di tempat lain.

Keputusan ujian darah
Kad
Semasa pemeriksaan, berat NurNiz dah naik kepada 55kg. (Cepatnya berat naik NurNiz pun tak sedar). Berat baby plak masih dalam lingkungan 1.2kg. Macam biasalah seperti sebelum ni, NurNiz request nak tengok muka baby, tapi tak dapat tengok gak. Just nampak hidung & pipi. Takpa lah mungkin Wafiy nak suprise kan ibu & ayah dia..

Scan minggu ke-31. Hidung ikut ayah kot :)

NurNiz paling tak sabar menunggu ketibaan set bilik tidur sebab NurNiz dapat beli warna idaman iaitu warna putih. Sebelum ni kebanyakannya perabut rumah berwarna coklat gelap sebab dipilih oleh en. suami.

Set bilik tidur katalog display

Wardrobe 8 kaki. Susunan rak dalam wardrobe tu kita boleh pilih.

Katil + tilam

Meja solek (boleh slide dua2 belah). Dalam cermin pun boyan jr nak mnyibuk :)



Sebelum ni pun NurNiz ada bercerita pasal set sofa tapi masa tu set sofa belum dihantar ke rumah lagi. Jadi setelah sampai di depan mata barulah boleh buat review kan. Berdasarkan pengalaman NurNiz, memang digalakkan kita membeli sofa@perabut masa ada pameran@promosi sebab kita boleh dapat harga yang lebih murah & jugak boleh dapat free gift tertentu. Yang set sofa NurNiz beli ni dapat free gift coffee table. Kalau nak beli berasingan mungkin harganya dalam RM400++. So far, NurNiz memang berpuas hati dengan sofa yang diterima cuma rasa klakar plak dengan pemilihan warna sofa cream + coklat gelap (warna pilihan sendiri) sebab jauh berbeza dengan warna merah yang diimaginasikan sebelum ni. Ni keburukan takda display sofa warna yang kita pilih.

Ni sofa yang display masa pameran sofa. Cantik warna merah ni tapi takut tak matching dalam rumah nanti
Sofa rumah NurNiz kombinasi warna cream & coklat gelap

*Pasni kena rajin menjaga la keaslian warna sofa warna cream ni hehe. Tips penjagaan sofa kulit: ubat gigi boleh digunakan untuk hilagkan kotoran. Elakkan guna air sabun.
Akhirnya..hari yang ditunggu2 telahpun tiba. HARI BERPINDAH! Ni bukan perpindahan mangsa banjir ya tapi perpindahan ke rumah baru. Sekarang ni susah betul nak on9 sebabnya internet kat rumah baru NurNiz ni slow macam siput. Geramnyerrr.. 

Lori pindah barang sampai ke rumah NurNiz pukul 4 petang (sebelum tu janji nak pindahkan barang waktu pagi tapi disebabkan lori nak kena check di puspakom jadi postponed ke waktu petang). Ada hikmah gakla sebab pagi tu baru sedar rupanya banyak lagi barang2 kecil yang belum dikemas especially barang2 dapur sebab ingat nak memasak dulu untuk jamu tetamu2 petang nanti. so, tips2 nak pindah barang berdasarkan pengalaman NurNiz la (1st time pindah rumah katakan):
  • Masak2 awal2 untuk tetamu. Masak awal pagi lagi bagus sebab lepas tu kita boleh kemaskan bahagian dapur (pinggan mangkuk, periuk & juga barang2 dalam peti ais). Selepas masak, terus transfer ke dalam bekas yang bersesuaian. Bayangkan NurNiz terlupa langsung nak clearkan barang2 dalam peti ais, lori datang nak angkat peti ais baru kelam kabut nak clearkan.
  • Sediakan tupperware@bekas plastik yang mencukupi untuk sesi menjamu makanan sebab masa pindah memang takda masa la nak sediakan & basuh pinggan mangkuk & seangkatan dengannya.
  • Clearkan sepenuhnya barang2 di dalam@atas perabut2 yang besar. Kadang2 barang2 kecil tu mengganggu proses nak mengangkat perabut2 yang besar.
  • Pasang tape pada pintu, laci perabut2 yang besar supaya tidak terbuka semasa proses diangkat.
  • Kemaskan laluan supaya memudahkan proses mengangkut perabut2 yang besar.
  • Asingkan barang2 mengikut kategori seperti barangan kaca supaya barangan tidak mudah rosak.
  • Sebelum berpindah, cuba imagine di mana barang2 bakal diletakkan supaya kita boleh arahkan terus orang yang mengangkat barang tu letakkan tempat yang sepatutnya.
 Gambar2 transformasi sebelum & selepas berpindah..
Ruang tamu
Ruang Tamu
Ruang makan
Bilik tidur utama
Bilik tidur utama
Bilik tidur utama
Bilik tetamu
Bilik stor
Laluan (tak tau nak letakkan apa lagi kat sini)
Dapur










Insyaallah, 15/9/2012 NurNiz akan berpindah ke rumah baru.  Proses mencuci rumah ni mengambil masa 2 hari suntuk dari pagi sampailah petang (95% en suami cuci, 5% NurNiz cuci). Ibu mengandung kan tak boleh buat kerja2 berat hehe. Nasib baiklah rumah sewa dekat ja, tengah hari dapatlah balik berehat di rumah sewa. Tapi sedihnya tak sempat nak cat rumah baru, sempat touch up yang mana bahagian cat yang dah kotor ja. Jadi NurNiz pun ambillah gambar rumah yang masih kosong lagi selepas dicuci sebagai kenangan pada masa akan datang.

Bilik tidur utama

Bilik tidur utama

Bilik no 2

Bilik bacaan

Bilik no 4


Ruang makan

Ruang tamu

Ruang tamu
Laluan ke dapur

Laman hadapan kiri

Laman sebelah kiri

Laman hadapan kanan

Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ▼  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ▼  September (14)
      • Cuti Bersalin Bakal Menjelang..
      • Nak Tanam Apa di Rumah Baru?
      • My Father My Hero
      • PJJ-Perkahwinan Jarak Jauh
      • Amalan Surah dan Doa Ketika Mengandung
      • Bayi Sedu Dalam Kandungan
      • Lily Wedding Day
      • Keputusan Ujian Darah Talasemia
      • Review Set Bilik Tidur
      • Review Set Sofa Baru
      • Rumah: Berpindah ke Rumah Baru
      • Rumah: Cuci Rumah Sebelum Pindah
      • Rumah: Kabinet Dapur
      • Hemoglobin Rendah Lagi!
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    21 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes