Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for July 2012
Sebenarnya, tahun ni NurNiz takda plan pun nak buat kuih raya. Tapi kebetulan hari tu masa kemas stor, terjumpalah satu bekas tupperware berisi cornflakes. Sejak Nurniz mengandung ni memang takda keinginan langsung nak makan bijirin bersama susu. Jadi untuk elakkan pembaziran, NurNiz pun carilah resepi untuk buat biskut cornflakes. Resepinya NurNiz follow kat My Resipi.

Inilah hasilnya Biskut Cornflakes

Bahan2

  • 1 buku butter @ 1 cawan majerin (250g)
  • 1 cawan mumbung gula icing (150g) @ 1 cwn rata gula halus (130g)
  • 2 biji kuning telur
  • 3 cawan tepung gandum (300g)
  • 1 sudu teh mumbung baking powder(ayak bersama tepung)
  • 6 cawan cornflakes
  • Cawan kertas kecil secukupnya (jika suka) 
  • 1 sudu teh esen vanila jika suka (NurNiz pakai 1/2 sudu teh sahaja)

Cara Membuatnya

  1. Putar butter & gula hingga sebati. Masukkan kuning telur & esen vanila, putar supaya rata.
  2. Ramas2 cornflakes hingga hancur kasar2. Kiranya setelah dihancurkan cornflakes tu menjadi 3 cawan saja (jangan blend nanti cornflakes hancur jadi serbuk ja).
  3. Masukkan tepung berselang seli dgn cornflakes, uli perlahan hingga menjadi doh yg lembut.(dohnya memang lembik sikit)
  4. Sudukan @ masukkan sedikit doh ke dalam mangkuk kertas (1/3 cup). Kalau malas atau cawan kertas kehabisan, boleh bulatkan & tekan dengan garfu ja.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu, 150c, bakar lebih dari 30 minit atau sehingga garing & masak. Masa panas biskut akan jadi lembut, tapi bila dah disejukkan biskut akan mengeras & rangup secara semulajadi.
Baru seminggu berpuasa, dah tak sabar2 bershopping baju raya. Kebetulan tahun ni, en. suami pun nak beli baju raya awal2 untuk elakkan kesesakan nak dekat raya nanti. Takut2 tengah bersesak tu, NurNiz pening dan pengsan, sapalah nak tolong angkat ibu bunting berat ni. Yang lain kena tunggu gambar edisi raya nanti :)

Baju kurung moden. Mudah2an muat sampai raya nanti huhu
Baju kurung biasa
Set tudung Syria bersama inner

Berita baik buat penduduk negeri Perlis & utara Kedah! Kini anda tidak perlu berebut2 untuk membeli tudung2 terkini di Radiusite online. Anda kini boleh mendapatkannya di Zehra Boutique di Kangar, Perlis (eh, sejak bila NurNiz jadi promoter tudung ni, NurNiz takda dapat komisen pa2 ya hehe). Anda boleh tengok website butik Zehra ni kat silverlinenapparel.

Dah lama mengidam nak beli shawl shasmeen sakura ni
Shasmeen sakura hitam turqoise plihan NurNiz
Shasmeen sakura aler cream senang masuk dengan banyak baju
Syria tihany kelabu pun menarik hati NurNiz

*Lagi satu kelebihan, anda boleh dapat diskaun jika beli sendiri di butik Zehra tersebut*
Masa 1st appoinment NurNiz buat buku merah di klinik kesihatan, hemoglobin (Hb) NurNiz masa tu dah 10.0 tapi masa tu pertugas kat makmal & nurse tak prasan pasal Hb NurNiz  (paras Hb yang baik sepatutnya 11 ke atas). Appoinment seterusnya, bacaan Hb Nurniz menjadi 9.7, terus petugas makmal tulis dengan pen merah (maksudnya ada masalah). Bila jumpa nurse, nurse pun hairan macam mana Hb NurNiz boleh rendah padahal NurNiz baru 1st time pregnant & masa tu usia kandungan masih awal lagi dan NurNiz bukanlah jenis yang alami alahan muntah2. Jadi nurse suruh NurNiz ambil lagi sekali bacaan darah kat lengan (sebelum ni ambil bacaan kat hujung jari selalu bacaannya kurang tepat). Bacaan darah kat lengan plak 9.3, lebih rendah daripada sebelum ni.

Kemudian, nurse pun tengok plak kepada berat NurNiz.

Nurse: Berat awak menaik.. tapi Hb awak makin menurun.. nampak sangat awak tak amalkan makanan sihat ni. (memang betul pun apa yang nurse kata sebab NurNiz memang tak suka makan sayur).

Nurse pun dengan baik hatinya menerangkan akibat Hb rendah dalam darah ni. Kesan kepada ibu mengandung adalah cepat berasa letih & juga malas melakukan pekerjaan (betul la tu NurNiz memang cepat berasa letih, sebelum mengandung pun macam tu. pas mengandung ni lagilah rasa malas sangat nak pergi bekerja). Nurse pun bagi buku berkenaan anemia kepada NurNiz untuk dibaca kat rumah. Selain itu, nurse pun bagi gak buku panduan tentang penyusuan ibu kepada NurNiz (mungkin dia tengok NurNiz ni kekurangan ilmu tentang kehamilan kot hehe). Yang bestnya dalam buku anemia tu siap ada resepi lagi untuk mengatasi masalah anemia ni. Cerita lanjut pasal anemia anda boleh tengok kat blog sini dan sana.

Seterusnya, nurse menyuruh NurNiz untuk berjumpa dengan Doktor untuk perundingan lanjut. Apabila berjumpa Doktor, Doktor nasihatkan NurNiz untuk membeli pil Obimin di farmasi untuk membekalkan zat besi & tingkatkan Hb NurNiz. Kalau dah ambil Obimin ni anda hendaklah hentikan pengambilan asid folik sebab dalam Obimin ni pun dah ada asid folik, nanti overdose plak kan.

*Sejak check darah Hb NurNiz rendah, NurNiz dah lama tak pergi ke klinik kesihatan untuk checkup sebab takut Hb rendah lagi & nanti kena berleter lagi huhu*
Semalam bersembang2 dengan akak2 sekerja, kebetulan akak sorang tu bagitau bahawa urinya ke bawah. 

NurNiz: Eh, penting ka kedudukan uri tu?
Akak: Uri selalunya di atas baby. kalau uri kat bawah bahaya jadinya..
NurNiz: Ooo..tak pernah tau pun sebelum ni (nampak sangat jahil bab mengandung ni)
Akak: Kalau uri kat bahagian bawah, mungkin akan tutup@lekat kat rahim tu. nanti jadi susah nak  bersalin..

Patutnya NurNiz nak tanya lagi apa tu uri tapi malu plak. So dalam hati terfikir pas balik nanti nk Google jap cari pasal uri. Sebelum ni, pernah ja dengar pasal uri yang akan keluar bersama baby masa bersalin nanti. Pastu kita kena cuci bersih2 & tanam uri tersebut. Sekarang baru terhegeh2 nak tau apa tu uri yang sebenarnya (macam dah pernah belajar tapi lupa).

Apa itu uri@plasenta & fungsinya?

Uri atau nama saintifiknya plasenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahim. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Maklumat lanjut boleh baca kat Dr. Zubaidi blog.

Ada saluran2 darah yang kecil yang sambungkan uri dengan rahim ibu yang mengandung. Uri yang normal akan berada di atas rahim. Orang yang urinya terletak di bawah rahim berisiko untuk mengalami pendarahan semasa mengandung. Kalau uri yang berada di bawah & menutup terus pintu rahim, kemungkinan untuk bersalin secara normal adalah susah & si ibu mungkin perlu dibedah semasa proses kelahiran.
Kedudukan uri dalam kandungan

*Masa scan minggu ke-22, Doktor ada tunjukkan kat NurNiz kedudukan uri. Tapi masa tu tak tengok secara sirius pun sebab taktau pa2 pasal uri ni. So, patutnya pasni kena take note pasal uri ni*

Ujian air gula atau nama lainnya Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dijalankan untuk mengenal pasti sama ada sesorang ibu mengandung tu menghidap diabetes@kencing manis semasa mengandung. Ujian ni selalu dibuat kepada golongan2 ibu mengandung yang berisiko seperti:

- sejarah keluarga yang menghidap diabetes (terutamanya ayah & ibu)
- kenaikan berat berlebihan bagi ibu mengandung
- kehamilan pada usia yang lanjut 

NurNiz banyak ja mendengar kisah ngeri pasal minum air gula ni. Tak sangka plak selepas buat buku merah, next appoinment ja NurNiz terus kena minum air gula sebab mak NurNiz dulu menghidap diabetes.  Sebelum menjalani ujian minum air gula, nurse akan pesan kepada ibu mengandung tu untuk mula berpuasa pada malam sebelum melakukan ujian air gula,. Macam NurNiz nurse berpesan untuk mula berpuasa pukul 10.00 malam sebab keesokan harinya NurNiz kena datang ke klinik kesihatan untuk ambil darah pada pukul 8.00 pagi. 

Awal pagi keesokan harinya tu, nurse akan ambil darah di bahagian lengan (kalau taknak lenguh elakkan ambil darah di lengan yang kita nak gunakan untuk buat kerja). Kemudian, nurse pun suruh minum air gula. Mula2 NurNiz ingatkan nurse akan bagi minum air gula dalam cawan kecil ja, rupa2nya dalam mug besar lagi tu. Petua yang NurNiz dengar minum air gula tu masa masih panas lagi, kalau masa sejuk memang lagi susah tekak nak menelan. 

Tak taulah macam mana NurNiz nak gambarkan rasa air gula tu. Memang tak sedap sebab manis teramat!. Nasib baik NurNiz takda alahan muntah2, kalau tak memang boleh muntah kalau minum air gula tu. Kasihan sangat kat ibu2 mengandung yang ada alahan muntah2 tu. NurNiz minum dalam 5-6 teguk gak kot baru berjaya habiskan. Ada kakak sorang tu NurNiz tengok dia berjaya habiskan air gula tu sepantas kilat dengan 2 tegukan ja. Memang kagum lah dengan kakak tu. 

Selepas minum air gula, nurse akan suruh kita pulang ke rumah dan datang semula ke klinik kesihatan selapas 2 jam. Lepas 2 jam, NurNiz pun datang semula untuk diambil darah. Alhamdullilah, keputusannya normal iaitu kadar gula dalam darah masa puasa NurNiz 4.2, selepas minum air gula 5.8.


Aras glukosa (mmol/l)
Puasa 2 jam selepas glukosa diambil
Normal <6 <8
Tolerans glukosa yang terganggu 6-8 8-11
Diabetes >8 >11

Bilakah saya boleh mula merasa pergerakan bayi di dalam perut?

Anda akan mula merasa pergerakan bayi antara minggu ke 18 hingga 20 sekiranya ini adalah kandungan pertama anda. Dalam kandungan kedua atau ketiga anda boleh merasakannya antara minggu ke 16 hingga 18.

NurNiz dapat merasakan pergerakan baby dalam perut dengan pastinya masa minggu ke-19. Sebelum tu NurNiz dapat rasakan gak macam ada sesuatu pergerakan dalam perut (rasa macam ada angin bergerak dalam perut), jadi masa tu NurNiz ingatkan perut tengah kelaparan. Masuk minggu ke-20 pergerakan baby dalam perut dapat dirasakan semakin kuat. Masa ni, kita boleh nampak perut kita bergerak sikit seiring denyutan jantung baby tu. 

Minggu ke-21, perut NurNiz dah mula membonjol sikit bila pergerakan baby tu berlaku dengan kuat. NurNiz ada ambil video perut & tunjukkan kat en. suami sebab en. suami kan duduk berjauhan. (tak dapat nak upload ya video sensored perut tu). Bila en. suami tengok ja video tu, terus en suami kata "perut siap bergegar..nampak sangat baby boy..buas" huhuhu.

Masuk ja minggu ke-22, nampaknya baby NurNiz ni makin ligat bergerak terutamanya bulan puasa ni. (aik..bukan sepatutnya bulan puasa ni baby berehat gak ka). Kadang2 tu siap rasa dalam perut ni bergelora ja baby bergerak especially masa petang2, mungkin baby tak sabar nak berbuka puasa hehe. Sekarang ni baby masih kecil dalam perut, kalau dah besar sikit nanti taktau la pergerakan baby camna plak :)

Tapak kaki si comel. Sumber dari internet.


Kalau tengok barang2 baby ( baju, toys, aksesori) memang boleh jadi gila bayang. Semuanya comel2 belaka. Tambahan sekarang ni boleh beli online, lagilah terasa nak beli macam2. Baru2 ni NurNiz tertengok kat Sweet Qaseeh Collection  aksesori yang dinamakan Baby Sit Me Up Cosy, terus rasa teringin nak membelinya. Harga kat Sweet Qaseeh Collection ni pun ok kalau dibandingkan dengan kedai online yang lain iaitu RM 99-RM 115.
Baby Sit Me Up Cosy
Boleh bantu baby duduk
Sesuai gak untuk baby berbaring
Yang ni ada tambahan toys gantung2
*Tunggu baby Wafiy keluar dulu ya nanti ayah & mommy belikan *
Gambar comel sekadar hiasan :)

Elakkan namakan anak2 anda dengan nama2 berikut:
1. Balqis
2. Kistina/Qistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda


Penjelasan lanjut boleh tengok kat sini

Bilakah sepatutnya buat buku merah?


Buku merah mengandung ni sebenarnya boleh dibuat sebaik saja kita tahu bahawa kita mengandung. Kalau NurNiz dulu Doktor suruh NurNiz buat buku merah ni masa kandungan NurNiz 2 bulan. Tapi ada gak nurse kat klinik kesihatan tak bagi buat awal2 (diaorang suruh buat buku merah semasa kandungan dah 3 bulan). Buku merah ni anda kena buat di klinik kesihatan paling hampir dengan rumah anda (lepas buat barulah anda boleh request untuk pindah ke klinik kesihatan dekat dengan pejabat anda). Semasa nak buat buku merah ni anda kena bawa:
- bukti anda mengandung (result ujian air kencing@ gambar scan kandungan)
- IC anda dengan suami
- Salinan sijil nikah

NurNiz masa nak buat buku merah ni pegilah ke kinik kesihatan dalm pukul 9.00 pagi. Aduhai banyaknya geng2 ibu, yang mengandung & yang bawa anak. Nurniz pun tunggulah dalam setengah jam, tiba2 nurse panggil. Nurse bagitau NurNiz untuk datang semula sebelah petang sebab terlalu ramai orang. Petang tu NurNiz memang tak datang balik ke klinik kesihatan sebab malas huhu.

Minggu hadapan baru NurNiz pegi semula ke klinik kesihatan. Kali ni, awal2 pagi pukul 8.00 pagi NurNiz dah terpacak depan klinik kesihatan. 1st sekali, nurse timbang berat & ambil ketinggian NurNiz. Pastu nurse check plak tekanan darah NurNiz. Seterusnya, nurse bagi botol untuk ambil sampel air kencing & ambil sampel darah. Lepas hantar ke makmal & resultnya diketahui, NurNiz dipanggil nurse untuk lengkapkan buku merah tu. Biasalah , nurse tanya pasal pekerjaan, kelayakan akademik, sejarah penyakit ibu & ayah & macam2 lagilah yang NurNiz tak ingat. 

Disebabkan mak NurNiz ada penyakit diabetes, untuk next appoinment nurse suruh NurNiz minum air gula (rasa nak menangis masa tu sebab dah dengar banyak pengalaman ngeri ibu2 mengandung minum gula). Last sekali, nurse suruh NurNiz proceed kepada Doktor untuk scan kandungan. Rasanya dekat 1 jam lebih gaklah masa nak selesaikan perihal buku merah tu.

* Kesimpulannya, anda memang kena besabar masa nak buat buku merah ni. Tu tak termasuk lagi kalau ada ramai orang kena tunggu giliran plak. Jadi seeloknya cari waktu yang tak ramai orang* 
Masa Wafiy tengah tidur nyenyak dalam perut mommy, tiba2 terdengar bunyi kokokan ayam padahal kat rumah Wafiy takda bela ayam pun. Rupa-rupanya bunyi alarm ayah untuk bangun sahur. Masa tu baru pukul 4.00 pagi. Mommy yang suruh ayah set alarm awal sebab mommy kena bangun memasak sahur untuk ayah. Mommy rasa nak menangis kena bangun awal sebab mommy dari kecil memang tak pernah bangun sahur. Kalau mommy bersahur pun just minum air masak sebab arwah tok yang paksa. Tahun lepas, ayah balik rumah sekali ja bulan puasa jadi mommy tak perlu memasak pun. Tapi tahun ni mommy kena masak untuk ayah setiap hujung minggu. Ayah plak jenis yang wajib makan nasi masa bersahur. Mommy dah pesan kat Wafiy suruh ikut mommy, jangan ikut ayah yang wajib makan nasi hehehe.

Pukul 4.45 pagi mommy, ayah & toklid pun bersahur sama2. Toklid minum air kopi dengan kurma ja. Mommy masak simple ja 2 lauk untuk ayah. Mommy pun makan nasi gak sebab takut nanti Wafiy kelaparan dalam perut. Lepas sahur, mommy nak sambung tidur balik tapi ayah tak bagi dengan alasan penghadaman mommy nanti terganggu. Ayah paksa mommy tengok tv sama2 sampai subuh (cian kat mommy) huhu. Lepas subuh, Wafiy, mommy & ayah tertidur sampai matahari dah naik dengan cerahnya.

Semoga mommy Wafiy dapat mengharungi bulan puasa tahun ni dengan penuh kesabaran ya :)
Hari ni NurNiz nak bercerita pengalaman scan kandungan 1st time. Masa tu NurNiz pegi scan kat Putra Medical Centre (PMC), Mergong. PMC ni terletak kat dalam sikit daripada jalan besar. Masa sampai kat kaunter pendaftaran tu NurNiz dengan bersemangatnya bagitau nurse kat kaunter NurNiz nak scan perut. Nurse tu pun tiba2 muka blur ingatkan NurNiz sakit apa dalam perut. Nasib baik en. suami memulihkan nurse yang blur dengan terangkan kat nurse sebenarnya nak jumpa pakar sakit puan untuk scan kandungan hahaha. Sepatutnya NurNiz nak jumpa dengan Doktor Annuar sebab ramai akak2 kat tempat kerja NurNiz rekomen Doktor Annuar sebab banyak pengalaman & jahitannya pun kemas. 

Tapi kebetulan Doktor Annuar memang bercuti pada hari Sabtu. Jadi NurNiz pun terpaksa berjumpa dengan Doktor Kumar dah alang2 sampai PMC tu. Sebelum tu NurNiz dah minum air banyak2 sebab NurNiz baca kat internet kalau nak bagi scan nampak kena penuhkan pundi kencing sebelum scan tu. Tapi apakan daya, tengah menunngu Doktor memang tak tahan sangat jadi terpaksalah pegi bilik air. Pastu barulah masuk berjumpa Doktor Kumar. Doktor Kumar ni orangnya bila bercakap memang lembut. Rasa nyaman & sejuk ja hati bercakap dengan Doktor tu. Doktor Kumar tanya NurNiz ada mengalami alahan muntah2 tak masa tu. NurNiz bagitaulah setakat ni takda lagi, Doktor pun bagitau kemungkinan lepas ni pun NurNiz tak kan alami alahan terus. Rasa ersyukur sangat NurNiz masa tu sebab NurNiz tau kebanyakan perempuan mengandung selalu akan alami alahan muntah2.

 Masa perbincangan, Doktor Kumar sarankan NurNiz untuk mula mengambil Asid Folik. Selain itu, Doktor Kumar juga sarankan NurNiz untuk ambil Neurogain sebagai supplement tambahan. Doktor berikan NurNiz asid folik dan sampel neurogain untuk NurNiz cuba. Doktor berikan gak beberapa sampel susu untuk ibu mengandung. Selama ni NurNiz tau pasal Anmum ja, rupanya ada macam2 brand lagi macam EnfaMa,.(eh yang lain dah tak ingat plak).

Mengapa Asid Folik Penting untuk Ibu Mengandung?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.  Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. Sumber Baby Center. 

 Apa tu Neurogain PB?

Neurogain PB ni mengandungi DHA, EPA, AA, OA dan natural tocopherol untuk membantu perkembangan otak bayi dari dalam kandungan (ala macam dalam iklan susu kanak2 tu). 1 kotak (ada 30 kapsul) dijual RM 50 ja kat farmasi di Changlun.
Gambar dipetik dari sini
Lepas tu barulah Doktor suruh berbaring di atas katil untuk scan. Mula2 tu NurNiz malu sangat nak tunjukkan perut masa scan, tapi takpalah sebab Doktor tutup lampu jadi keadaan dalam bilik tu agak gelap. Mula2 Doktor tunjukkan kantung baby kat NurNiz. Kalau ada kantung ni maksudnya konpemlah anda sedang mengandung. Kemudian Doktor zoom plak ke dalam kantung & ternampaklah baby NurNiz. Kecil ja masa tu ukurannya hanya 1.81cm (besar pemadam pensel ja) tapi masa tu dah nampak akan bentuk kepala & kaki baby. Kemudian Doktor tunjukkan plak dengupan jantung & siap pasang mikrofon lagi untuk dengar dengupan jantung baby. Alahai kecil2 pun dah ada jantung yang berdengup. Dengupan jantung baby kuat & laju sangat dalam 180 dengupan per minit tapi Doktor kata normal bagi baby dalam kandungan.  Macam tak percaya plak masa tu NurNiz dah nak jadi seorang Mommy :).
Scan 2 bulan. Pandangan belakang

8 minggu scan. My baby :)

Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan?

Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau anda survey di Watson & Guardian (rasanya brand Clearblue kot), ada jugak alat ujian kehamilan yang dapat kesan kehamilan 3-4 hari sebelum hari anda sepatutnya datang haid. Ujian kehamilan ni boleh dilakukan melalui 2 cara: ujian air kencing & ujian darah. Selalu orang akan buat ujian air kencing sebab method dia mudah. Peringatan penting, kebanyakan arahan kat alat ujian air kencing tu akan sebut bagus sekiranya kita buat ujian di awal pagi, air kencing yang 1st sekali sebab masa tu air kencing kita pekat.

Ujian air kencing, urine pregnancy test (UPT) ni plak ada beberapa jenis:
1. Sehelai kertas yang anda celupkan di dalam air kencing yang telah ditakung.
2. Alat yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air kencing ke atasnya 
3. Alat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil.

*Daripada pengalaman NurNiz, jenis 1 & 2 paling senang digunakan. Kalau jenis ketiga tu, masa kencing nanti (lalukan air kencing kat alat ujian tu)  mungkin air kencing kita terpesong, jadi tak pasal2 rosak alat ujian air kencing tu huhuhu*

Apakah yang dikesan oleh ujian kehamilan? 

Ujian kehamilan mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing anda. Badan anda mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim) anda. HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku. Sumber Baby Center.

Bagaimana nak tahu keputusan ujian kehamilan?

Garisan yang paling hampir dengan tempat air kencing anda diletakkan memeriksa kandungan hormon di dalam air kencing anda. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat air kencing diletakkan bertindak sebagai 'control' untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik. Sekiranya ada dua garisan yang muncul, anda disahkan mengandung. Sekiranya hanya satu garisan sahaja yang timbul, iaitu di garisan 'control', anda tidak mengandung.Sekiranya tidak ada langsung garisan yang timbul, alat yang anda beli tersebut mungkin tidak berfungsi dengan baik.
Keputusan ujian air kencing kehamilan
*Garisan yang tentukan anda mengandung tu tak semestinya akan jadi seterang garisan control. Walaupun samar2 ada juga kemungkinan anda mengandung tapi hormon anda tu masih rendah lagi. Jadi cuba ulang ujian kehamilan tu 2,3 hari lagi untuk kepastian* 

Ujian Kehamilan NurNiz 

NurNiz dapat tahu NurNiz ni mengandung masa 1st anniversary perkahwinan NurNiz. Kebetulan masa tu, adik ipar NurNiz turut melangsungkan perkahwinan sama tarikh dengan NurNiz  (tahun depan boleh kami celebrate anniversary bersama2 huhu). Punya sibuk untuk kenduri baru perasan bahawa NurNiz dah lewat 2 hari datang haid. Haid NurNiz memang cycle dia tetap. Jaranglah terlambat, kalau terawal tu adalah gak. 

So, malam sehari sebelum majlis perkahwinan adik ipar, NurNiz & en. suami pun pergi membeli alat ujian kehamilan kat Watson. Siap cari yang paling murah sekali hehe. Last2 sekali, beli yang brand Watson paling murah yang ada 2 alat ujian kehamilan dalam 1 kotak (kalau tak salah harga RM 5 ja kot). En. suami kata boleh buat dua kali kalau yang 1st tu tersilap test. Kalau ikut arahan kat kotak, seeloknya test air kencing di awal pagi. Tapi punya excited nak test, balik daripada Watson malam tu terus test. Tiba2 ada dua line, resultnya positif. Tidur malam tu tersenyum sorang2 walaupun masih ragu2 lagi mengandung ka tak ni :). Esok paginya bangun awal, test lagi sekali alhamdullilah resultnya positif jugak. 

Selepas selesai majlis perkahwinan, malam tu NurNiz pun pergi ke klinik untuk sahkan dengan Doktor. Masa bagitau nak buat ujian kehamilan, Doktor plak yang senyum2 bahagia. Lepas ambil air kencing, tunggu lamanya keputusan daripada Doktor. Rupa2nya Doktor terlupa kat NurNiz  & en.suami yang tengah tunggu kat makmal belakang klinik tu. Doktor siap layan pesakit2 lain dulu. Tapi takpalah kan, alhamdullilah resultnya positif jugak. Dan Doktor bagitau due date baby kami 22/11/12. Terima kasih Ya Allah untuk hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang paling bermakna ni.

Result yang positif boleh disimpan untuk masa lama sebagai rujukan

Ujian kehamilan di klinik. Kena bayaran RM12 ja
 
Hai semua!!! Wafiy kat sini..Hari ni Wafiy akan ganti mommy Wafiy bercerita k :). Semalam mommy dah buat appoinment untuk scan kandungan mommy di Klinik Faizah, Kangar. Walaupun mommy dah scan masa minggu ke-20 dulu, mommy tetap nak scan lagi sekali sebab ramai auntie2 cakap scan kat Doktor Faizah bagus sebab Doktor Faizah akan bagi explanation dengan detail. Lagipun mommy nak kena konpemkan lagi sekali jantina kandungan mommy supaya senang nak beli baju & barang2 baby nanti. 

Pagi2 dalam pukul 9.15 pagi, mommy dah sampai di Klinik Faizah. Terkejut mommy sebab masa tu takda orang kat klinik. Mommy adalah orang ketiga. Nasib baik semalam pembantu klinik pesan kat Mommy untuk bawa Buku Merah sekali. Pukul 9.30 pagi barulah Doktor Faizah datang. Tiba2 ramai pulak orang yang datang ke klinik. Kebanyakannya adalah geng2 ibu mengandung. Akhirnya pada pukul 10.20 pagi, barulah mommy dipanggil masuk ke bilik Doktor. Kalau pergi ke Klinik Faizah kita memang kena bersabar sikit sebab Doktor Faizah ni banyak peminat setia tau. Sebelum masuk ke bilik Doktor, mommy sempat ke bilik air dua kali. Mungkin sebab Wafiy aktif sangat menendang perut mommy sampai mommy nak terkencing hehe.  

Masuk2 ja bilik Doktor, mommy diminta untuk beradu di atas katil. Kemudian, Doktor tanya mommy suami tak datang ka.. Wafiy pun menjawab dalam hati Ayah tak dapat datang Doktor sebab ayah bekerja kat Kulim. Kalau tak mesti ayah gedik nak ikut huhu. Doktor pun meletakkan cecair pelincir kat perut mommy. Terkejut Wafiy sebab sejuk tau cecair tu. Doktor pun start scan. Kedudukan Wafiy sekarang ni kepala kat bahagian atas &kaki kat bahagian bawah perut mommy. Barulah mommy tau yang selalu perut mommy bergetar2 tu adalah pergerakan kaki Wafiy. Sebab masa2 mula Doktor scan, kaki Wafiy seolah2 bersila, pastu kaki Wafiy lurus plak. Kemudian, Doktor ukur diameter kepala Wafiy & juga berat Wafiy. Eh berat Wafiy dah 513 gram. Dalam masa 2 minggu Wafiy naik 200 gram. Ish..ish..ish sapa yang kuat makan ni?? Mommy ka Wafiy?? 

Pastu Doktor check mulut Wafiy, mulut Wafiy ok. Tapi tak nampak lagilah muka Wafiy sebab bukan scan 4D. Kemudian, Doktor check tangan & jari Wafiy. Wafiy suka letak tangan kat muka Wafiy, jari Wafiy pun ok. Kemudian Doktor tunjukkan jantung, perut, tali pusat & pundi kencing kat mommy. Jantung Wafiy berdegup kencang & dah ada 4 injap. Yang paling penting Doktor tunjukkan pistol Wafiy kat mommy. Tapi mommy kata mommy lagi suka panggil pisang huhu. Last sekali, Doktor kirakan air ketuban mommy & semuanya ok.
I'm baby BOY mommy!
 Doktor printkan gambar Wafiy yang comel tu & masukkan dalam Buku Merah mommy. Charge yang dikenakan RM 28.00 untuk scan & RM 7.00 untuk consultation dengan Doktor. Jumlah RM 35.00. Murah kan. Mommy plak tak sabar2 nak cerita berita scan Wafiy kat ayah. Ok lah nantikan berita terkini daripada Wafiy lagi.

Scan 5 bulan Wafiy 1
Scan 5 bulan Wafiy 2
*Mommy berkenan sangat dengan nama Wafiy selepas tau baby dalam kandungan adalah XY. Sebab tu mommy dah start panggil baby Wafiy. Barulah sedap sikit, kalu tak sebelum ni asyik panggil adik Boyan ja huhu*
Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ▼  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ▼  July (25)
      • Resipi Biskut Cornflakes
      • Preview Baju Raya
      • Jom Beli Tudung Radiusite
      • Hemoglobin Rendah Semasa Mengandung
      • Apa itu uri @ plasenta?
      • Minum Air Gula
      • Pergerakan baby dalam perut
      • Barang Idamanku (Baby Sit Me Up Cosy)
      • Nama2 Yang Sering Diganggu Jin
      • Buku Merah Mengandung
      • Ramadhan: Bangun Sahur
      • Scan Minggu Ke-8 (2 bulan)
      • Ujian Kehamilan
      • Scan Minggu Ke-22 (5 bulan)
      • Mencari Ketenangan Hati
      • Tanda2 awal mengandung
      • Rumah: Persediaan Memasuki Rumah Baru
      • Indahnya Cinta..
      • Barangan Baby 1: Set Tilam Baby
      • A Walk to Remember..Part 2
      • Boyan Jr si Teddy Bear
      • Pillow Speaker
      • Persediaan Berpantang: Set Bersalin
      • Berat Badan Ideal bagi Ibu Mengandung
      • A Walk to Remember..Part 1
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    21 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes