Review hotel di Sydney: Meriton Serviced Apartments North Ryde

Untuk entry kali ni NurNiz nak review hotel yang NurNiz stay masa pegi bercuti di Sydney masa Krismas tahun lepas. Kebetulan masa tu tengah ada promosi, so BigBear pun pilih Meriton Serviced Apartments North Ryde yang terletak di  area Macquarie, jauh sikit la dari Sydney CBD city, agak2 dalam 15-20 minit perjalanan menaiki kereta. Sebab NurNiz drive kereta sendiri so kami tak kisah sangat nak stay di lokasi agak jauh ni. Tapi kalau takda kenderaan sendiri, better stay di kawasan berdekatan city senang nak gerak jalan kaki atau naik public transport. Kat city especially di kawasan Anzac Prade memang banyak halal restaurant. 

Yang bestnya apartment ni terletak bersebelahan dengan Macquarie shopping centre so sangat senang kalau nak membeli belah apa2. Di dalam Macquarie shopping centre ni pun ada Malaysian restaurant yang halal iaitu PappaRich. Apartment ni jugak berdekatan dengan train & bus station. Rate apartment ni 105 AUD/ night + 20 AUD parking/ day (optional). Kalau taknak parking kat dalam apartment, ada jugak parking di luar apartment tapi sangat limited. Dalam apartment ni, customer dibenarkan untuk memasak dan semua kelengkapan dapur seperti oven, microwave, dishwasher ada disediakan. Washing machine dengan dryer pun turut diesediakan jadi sangatlah senang nak basuh dan keringkan baju cepat2. Overall, NurNiz memang berpuas hati stay di Meriton apartment ni. 

Konsep minimalist
Ada ruang yang luas untuk Wafiy berlari2
Masa ni baru ja sampai

Dapur
Dryer yang banyak berbakti especially musim hujan hari tu di Sydney
Kamar mandi

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment