Tempat Menarik di Brisbane, Australia #2: Lone Pine Koala Sanctuary

Kalau pegi Australia memang tak sahlah kalau tak dapat tengok kangaroo. Nasib baik tempat kangaroo dekat ja dengan rumah NurNiz. Kalau naik kereta dalam 10minit ja. Tempat kangaroo ni namanya Lone Pine Koala Sanctuary. Kat sini ada dua tarikan utama iaitu koala dan kangaroo. Tapi ada macam2 lagi haiwan kat sini, ada burung, ular, biri2, combat dan banyak lagi. Agaknya tempat ni tak namakan zoo sebab haiwan2 dia dibiarkan bebas dalam kawasan yang besar. Koala  Sanctuary ni pun dinamakan antara 10 zoo terbaik di dunia. NurNiz pun suggest siapa2 yang datang bercuti di Gold Coast/Brisbane silalah berkunjung ke sini. Yang bestnya zoo, theme park di Australia ni pelawat dibenarkan bawa masuk makanan. Siap boleh picnic dalam zoo, theme park walaupun kat dalam ada ja kafetaria, kedai makanan disediakan. Dan prayer room pun diorang sediakan kat tempat2 pelancongan yang glamour. Kalau kat Malaysia nak masuk ja kemain cek beg bagai tak boleh bawa masuk makanan.

Masa kat entrance jumpa uncle dari Sarawak datang melancong. Siap tolong ambilkan gambar kami lagi.
Wafiy dengan patung koala pun takut
Harga tiket Lone Pine Koala Sanctuary. Kalau student Aussie boleh dapat harga murah sikit.
Comel sangat koala! Tapi diorang memang sangat suka tidur
Sebijik macam teddy bear koala2 kat sini. Cuma bau najis diorang jelah yang busuk sikit.
Excited first time jumpa dengan kangaroo
Sabar jelah Wafiy dengan kangaroo pun takut
Cuak gak nak bagi makan awal2 tu
Kangaroo kat sini memang sangat friendly
Comel sangat sorang baby Aussie ni siap nak duduk sama2 dengan kangaroo
Wafiy yang hanya memerhati dari jauh
Ada jual makanan nak bagi kat kangaroo. Bukan boleh bagi makan sesuka hati.
Selfie bersama kangaroo hehehe
Kangaroo2 kat sini dibiarkan bebas ja dalam padang yang besar
Just jangan kacau ekor dengan poket kangaroo tu takut diorang naik hangin hehe
Wafiy jumpa kawan tiba2 ja berani nak pegi dekat kangaroo
Betapa kepochinya Wafiy..
Wafiy kena serang dengan kambing nasib baik sempat diselamatkan Big Bear haha
Presentation pasal koala. Time ni boleh ambil peluang bergambar dengan koala free. Kalau tak nak bergambar dengan koala kena bayar.
Lembut sangat bulu koala macam teddy bear
Persembahan bagi makan burung pun ada
Petang ada show shepdog. Ada tunjukkan cara shave bulu biri2 sekali.

Takut nak pegang biri2 so selfie dari jauh jelah

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment