Tahniah diucapkan kepada kawan NurNiz aka pemilik blog ekmirabat yang baru saja lepas viva PhD. Terus teringin nak throwback zaman2 konvo dulu untuk kenangan bersama:)
Pra Konvo
Beberapa hari sebelum konvo, kitaorang pusing satu universiti melaram dengan jubah. Pastu naik fakulti ajak para lecturer bergambar sama2 plak. Kalau masa konvo sebenar nanti konpem kelam kabut tak sempat nak bergambar banyak2. Thank you kepada sapa yang bagi idea pra-konvo ni memang sangat bernas hahaha.
Kami bangga menjadi graduan UTM tercinta |
Siap ada cameraman jemputan kat tengah2 tu.. |
Kononnya masing2 buat aksi comel la tu haha.. |
Tengah panas membahang tengah hari pun sanggup bergambar hehe |
Dr. Hussin yang sungguh kebapaan |
Dr. Razak yang pasrah ja kena bergambar dengan kami |
Dr. Rohah lecturer perempuan paling cute hikhik |
Prof. Azman yang masih menten hensem walaupun dah berusia |
Dr. Shahrir yang berjodoh panjang dengan Ekmi |
Penasihat akademik masa degree. Dr.Aznizam sibuk nak cakap telefon kitaorang sibuk nak bergambar |
Dr. Abdirahman yang sentiasa ceria&positif |
Dr. Ilyas yang menjadi kesayangan ramai |
Dr. Mat yang rajin buli kitaorang huhu |
Konvo September 2009
Ayah NurNiz yang sungguh happy masa tu |
Walaupun dah lama sangat tak pakai baju melayu satu sut, demi konvo NurNiz ayah NurNiz sanggup cari melayu satu sut |
Sayang mak & lid |
Kawan sekolah menengah pun datang memeriahkan suasana |
Apa motif gambar ni?? Kawan2 sekolah menengah NurNiz ni seriusly memang kelakar |
Dapat gak bergambar atas rumput. Memang impian NurNiz nak gambar konvo atas rumput :) |
Haruslah menayang tudung+baju+kasut baru untuk konvo |
Macam berjanji plak tema sama dengan rumet |
Suka sangat dengan bunga matahari pemberian mak NurNiz ni |
Konvo Mac 2011
Tak sangka masa konvo kali kedua ni NurNiz berkonvo dengan status seorang isteri. Dulu masa pertama kali konvo, NurNiz masih lagi memegang title single sedangkan kawan2 NurNiz ramai dah berpunya. Masa tu takutnya nanti kang jadi anak dara tua plak hehehe. Jadi adik2 sekalian jangan risau ye yakin je dengan kekuasaan & ketentuan Allah yang suatu masa nanti Allah akan ketemukan kita dengan seseorang yang sepadan dan menyayangi kita. Tapi di samping tu, kita kena berusaha dan selalu berdoa kepada Allah (apakah kaitan tazkirah ni dengan tajuk kita??? hehe).
Kali ni Big Bear ja yang datang teman |
Big Bear yang masih kurus time ni |
Classmate masa master |
Dengan Dr. Rohah yang sungguh comel di situ |
Baling topi ni memang acara kegemaran |
Posing atas rumput jangan dilupakan haha |
Masa konvo master NurNiz baru ja pas kahwin. Inai di kaki pun masih merah lagi time tu |