Tajuk kononnya hebat padahal takdalah buat major decoration pun. Selepas permergian Toklid, NurNiz ubahsuai bilik Toklid jadi bilik Wafiy. Tengok bilik Toklid & bau bilik Toklid mesti akan buatkan NurNiz teringat2 akan Toklid :(. Satu lagi tujuannya adalah supaya Wafiy dapat bermain toys dalam bilik tanpa menyemakkan ruang tamu. Tapi malangnya kalau takda orang dalam bilik, Wafiy pun tak hingin nak bermain dalam bilik. Kawan2 sekolah NurNiz ada bagi idea dekorasi untuk bilik baby boy. Nurniz tertarik dengan idea lukisan bangunan2. Memang cantik kalau dapat cat dinding bilik dengan lukisan bangunan2. Untuk simple dekorasi, NurNiz takdalah sampai cat dinding bilik Wafiy, just hasilkan gambar bangunan2 guna kad manila pastu tampal pakai seloptep ja. Memang jimat gila kos sikit ja diperlukan hehehe.
|
Wall sticker bentuk building ni memang ada gak dijual [sumber Google] |
|
Idea untuk bilik Wafiy [sumber Google] |
|
Patutnya nak tampal kat bahagian bawah. Baru tampal 2 minit dah kena koyak dengan Wafiy |
|
Van Combi Volkswagen peninggalan Toklid :) |
|
ABC Mat |
|
Sila berhati2 dengan toys ni.Dah beberapa kali NurNiz kena baling dengan Wafiy. |
|
Smile Wafiy |
|
Walker & Kuda kesayangan Wafiy |
seronok wafiy main dalam bilik dia kan ;) deko pon cantik
ReplyDeleteHehe main kejap je dalam bilik..last2 sekali kena angkut mainan ke ruang tamu. deko biasa2 je..
ReplyDelete