Wafiy: 7.5 bulan

Sedihnya camera pink ibu rosak plak jadi tak banyak gambar Wafiy nak dimasukkan dalam entri :(. Baru2 ni, dalam minggu lepas Wafiy dah berjaya merangkak. Tapi slow2 jala sebab Wafiy masih baru & tak terer sangat lagi. Slow2 pun Wafiy dah berjaya explore semua bilik kat rumah especially tempat favourite Wafiy iaitu dapur. Wafiy suka main buka tutup pintu kabinet dapur & main dengan penyapu. Ayah belikan kat Wafiy mainan cat supaya Wafiy dapat belajar merangkak tiru macam cat tu. Tapi mainan cat tu dah rosak sebab Wafiy suka goncang & ketuk cat tu huhu.
 Masa ni Wafiy tak pandai merangkak lagi baru pandai angkat bontot

Yeaaa akhirnya Wafiy berjaya merangkak
 

Mainan cat Wafiy punya
Kalau kat atas carpet Wafiy suka merangkak sebab permukaan kesat tapi kalau atas tiles Wafiy lagi suka menyulur sebab lagi laju. Lepas beberapa hari Wafiy merangkak barulah Wafiy belajar duduk dengan sendiri. Sekarang ni Wafiy tengah belajar memanjat. Dekat rumah umi (pengasuh Wafiy), Wafiy ada kawan baby girl yang comel nama Dayana. Wafiy belajar memanjat ni daripada Dayana la. Wafiy & Dayana selalu suka memanjat besi buaian & pintu bersama2 hehe. Sejak Wafiy suka memanjat ni, ibu risau tinggalkan Wafiy keseorangan takut Wafiy buat projek bukan2. Wafiy dah banyak kali jatuh tergolek masa tengah memanjat.
 
Sejak boleh menyulur & merangkak ni, berat Wafiy tak naik banyak sangat macam zaman kebambamnan dulu :)
Jom kita panjat kotak
Ibu.. Wafiy bosanlah duduk dalam carseat tu
Sekarang ni Wafiy suka sangat main pintu. Wafiy suka buka & tutup bilik. Tapi Wafiy tak suka pintu tertutup rapat, Wafiy dapat rasakan macam Wafiy kena tinggal berseorangan. Kalau ibu masuk ke bilik air & tutup pintu, Wafiy akan menangis sambil ketuk2 pintu  bilik air. Kalau dulu Wafiy nangis macam kena pukul, sekarang Wafiy dah pandai nangis meraung macam kena dera sampai keluar air mata. Ibu nak mandi pun tak senang hati. Nak buat camna kan , Wafiy sayang & suka berkepit dengan ibu, ibu pegi mana mesti Wafiy nak ikut sekali :).
Ayah tengah ajar Wafiy solat..

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment