Setelah lebih 4 bulan gunakan Avent Manual Breast Pump barulah sempat review pasal pam ni. NurNiz dapati review tentang breast pump ni sangat berguna especially bagi ibu2 yang first time nak beli. NurNiz dulu pun beli Avent Manual Breast Pump ni lepas baca komen positif di blog2 & forum.
NurNiz mula2 gunakan pam ni beberapa hari selepas bersalin. Masa tu Wafiy kena jaundis jadi orang sekeliling cadangkan banyakkan bagi susu formula supaya jaundis dapat turun dengan cepat.(petua ni sebenarnya kurang tepat kerana sekiranya baby kena jaundis kita harus menambahkan kekerapan menyusukan baby supaya bilirubin dapat dikeluarkan melalui najis. Cuma ada certain kes dipanggil prolonged breastmilk jaundis di mana baby kena jaundis walaupun menyusu ibu sepenuhnya tapi fenomena ni sangat jarang berlaku. Pemberian susu ibu hanya patut dihentikan setelah mendapat nasihat doktor.) Boleh rujuk artikel di drzubaidi. So bila Wafiy tak direct breastfeed, terpaksalah pam untuk elakkan bengkak susu.
Mula2 guna tu rasa kekok sangat & jadi panik bila awal2 tu susu tak keluar. Tapi kejap je tak sampai seminit susu dah keluar. First time guna NurNiz terus jatuh hati pada pam ni sebabnya breast tak rasa sakit masa tengah pam. First time pam tu NurNiz berjaya dapatkan hasil dalam 3oz. Kebaikan2 pam ni yang lain:
2nd time pam dengan Avent Manual |
- Ringan & mudah dibawa ke sana sini especially time kerja
- Ada sesetengah review tu kata Avent Manual Breast Pump ni ada banyak komponen untuk dibasuh. Mungkin brand lain tak banyak komponen kot. Tapi bagi NurNiz sangat mudah & cepat untuk dibasuh.
- Hasil yang lumayan hahaha. Selama ni tak pernahlah NurNiz tak dapat hasil kalau pam dengan Avent Manual Breast Pump ni. Dalam 10-15 minit NurNiz boleh mendapat hasil dalam 5oz.
- Tak perlu cari plug elektrik.
- Dari segi bunyi, pam ni agak senyap. NurNiz taktau bunyi pam brand lain pasni kena compare dulu.
Cuma kekurangan pam manual ni adalah tangan cepat lenguh ketika pam especially kalau nak cepat time kerja jadi tekan paddle dengan lajunya hehehe. NurNiz ada dapat tips baru untuk elakkan lenguh tangan ialah dengan tekan paddle lama2 baru lepaskan. Satu lagi kekurangan:
- Kadang2 susu mungkin akan terkeluar sikit daripada petal cushion tu.
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
byk nye hasil kema!! nanie baru nak pump ni dpt 1oz je caner? =(
ReplyDelete-nanie pink
Biasalah tu nanie kalau baby tengah aktif bf, hasil memang sikit tapi kena kerapkan pam. Nanti dah masuk keja, sekali pam boleh dapat banyak sikit hasil. Kema ni jenis pemalas bila dah rasa penuh baru nak pam (jangan tiru orang pemalas camni). Orang lain dapat hasil lagi banyak sebab rajin pam.
ReplyDelete