Wafiy 3 bulan

Hari ni Wafiy dah 3 bulan 13 hari.  
Berat semasa 3 bulan dah 6.2 kg berbanding masa lahir dulu 2.1 kg.
Muka innocent baru lahir (2.1 kg)
3 bulan (6.2 kg)
Perkembangan ketara adalah tangan Wafiy sekarang sudah boleh mencapai & menggenggam objek2 berdekatan dengannya contohnya yang selalu menjadi mangsa; rantai dan baju NurNiz. Kalau tengah menyusu objek kegemaran untuk digenggam ialah jari NurNiz. Kalau selimutkan Wafiy pun dia akan menarik2 selimut dia. Wafiy sekarang suka sangat kononnya berebut macam dah pandai pegang botol susu sendiri kekadang tu sampai tercampak botol susu hahaha. Bab kaki pun sama. Bukan main aktif sekarang Wafiy melonjak2 bila dipegang especially kalau dengar muzik nasyid. Kalau tidur malam di atas katil, asyik ditendangnya perut NurNiz ni.
Wafiy kena buli dengan ayah
Kaki tak boleh diam..
Selain itu, Wafiy sekarang sangat gemar menghisap apa saja objek berdekatan mulutnya. Wafiy paling suka menghisap2 tangannya sendiri sampai meleleh air liur. Kalau dulu2 tangan asyik terbabas ja sampai ke mata, kesian tengok. Dan dulu2 gak, kesemua2 jari akan dimasukkan ke dalam mulut, sekarang ni Wafiy dah berjaya masukkan ibu jari sahaja ke dalam mulut.

Perkembangan paling seronok ialah Wafiy sudah pandai giggle..ketawa berbunyi2. Sebelum ni Wafiy cuma pandai tersengih2 @ ketawa takda bunyi bila diacah2.
Sengih takda gigi
 Wafiy juga semakin peka terhadap bunyi sekeliling. Kalau panggil nama Wafiy, dia akan mencari2 orang yang panggil dia. Kegemaran Wafiy sekarang ialah menonton TV. Macam faham ja cerita kat TV tu hehe.  Minum susu botol pun kekadang nak tengok TV (disebabkan warna & bunyi TV yang menarik kan).

Macam faham ja tengok kartun tu

Cuma Wafiy belum pandai meniarap sendiri. Kekadang cuba berpusing tapi tak berjaya sebab badan bambam, bila tak berjaya menjerit2 tak puas hati hehehe. Cuba lagi Wafiy!



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

4 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Wafiy dah x tido buai lagi ke? Mcm mn ye dulu dia susah tido kan. Now dh bole tido katil sendiri ye? Wafiy dihantar kt pengasuh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa baby sampai setahun kalau siang2 tido buai.kalau malam tido atas katil je.dah besar ni still susah lagi nak tido.kalau btoi2 penat baru trtido sendiri kat atas lantai. Aah pengasuh yg jaga Wafiy tapi pengasuh tu pun jaga 2,3 budak lain

      Delete