Checkup 37 Minggu

NurNiz lupa nak mention masa checkup 36 minggu dulu, NurNiz diberikan suntikan kancing gigi (ATT) yang kedua. Bayangkan NurNiz kena cucuk dan ambil darah pada lengan yang sama iaitu sebelah kiri. Jadi petua untuk menghilangkan kesakitan selepas kena cucuk adalah sapukan minyak panas/bam pada kawasan dicucuk dan urut dengan urutan secara membulat (circular motion). NurNiz pun cubalah pada kali ni dan ternyata berkesan sebab selepas sehari dah tak rasa sakit lagi di kawasan kena cucuk. Kalau tak masa kena cucuk kali pertama dulu, ambil masa 2,3 hari gak untuk bengkak & rasa sakit hilang.

Checkup ke 37 minggu ni skejap saja sebabnya giliran menunggu tu tak ramai. Tekanan darah NurNiz adalah normal dan seperti dijangka berat NurNiz naik lagi kepada 57.3 kg. Berat baby Wafiy pun semakin naik kepada 2.7 kg menandakan ibu & anak membesar dengan sihat :). Semasa scan, Dr. June bagitau kepala baby Wafiy sudah semakin menurun ke bawah (kedudukan 3/5) tapi belum sampai ke tahap engaged lagi. Yg kedudukan 3/5 tu NurNiz tak faham sangat huhu. Tapi semakin kecil cth: 2/5 no maksud nya baby dah semakin ke bawah. 
Kedudukan baby 3/5 cephalic

Baby dikatakan engaged apabila diameter kepala baby yang paling besar melepasi tulang pelvik ibu.  

Your baby's  head is technically engaged when the widest diameter of the  head passes through the brim of your pelvis
NurNiz pun baru2 ni terbaca pasal kedudukan baby iaitu "Posterior position" dan "Anterior position" Jika baby Anterior position, baby lebih mudah keluar berbanding Posterior position. Agaknya baby Wafiy dalam kedudukan Anterior position kot sebab selalu ja suka menendang tulang rusuk mommy ni.

Air ketuban pun masih mencukupi setakat ni. Kemudian Dr. June nak buat analisa tali pusat tiba2 ja mesin scan tu "hang" sampai terpaksa panggil technician. Harap2 mesin scan tu masih ok selepas ni hehe. 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

1 comments:

  1. dah nak due kan?
    nnt i g melawat. xsabar nak tgok badan awak yg tgh preggy

    lidaa

    ReplyDelete