Suntikan Kancing Gigi Ketika Mengandung

Hasil perbincangan NurNiz dengan en. suami, NurNiz dah buat keputusan untuk bersalin di Sungai Petani. Sebabnya rumah mertua NurNiz dekat ja dengan hospital2 di Sungai Petani dan senang balik berpantang di rumah mertua nanti.

Di Sungai Petani ada beberapa pilihan hospital/klinik untuk bersalin:
  • Pantai Hospital
  • Metro Specialist Hospital
  • Klinik Bersalin Dr. Zainal
NurNiz memilih untuk bersalin di Pantai Hospital disebabkan Pantai Hospital ni sama geng dengan KMC di bawah KPJ dan ada pakar sakit puan perempuan. Pagi Ahad (30/9/2012), NurNiz & en. suami ke Pantai Hospital untuk bertemu Dr. June George. Kami terpaksa menunggu sekejap disebabkan Doktor ada kecemasan di wad bersalin. NurNiz plak 2,3 kali berulang ke bilik air disebabkan sejuk huhu. Dr. June ni memang lemah lembut ja percakapannya. Pertanyaan awal Dr. June kepada NurNiz adakah NurNiz pernah mendapat suntikan kancing gigi tak memandangkan takda rekod NurNiz mendapat suntikan. Yang NurNiz ni plak terpinga2 sebab tak pernah tau pasal suntikan ni.

Dr. June pun jelaskan ibu mengandung seharusnya mendapat suntikan kancing gigi/ Anti Tetanus Toxoid (ATT) untuk mengelak komplikasi semasa bersalin nanti. Kandungan pertama (2 kali sepanjang kehamilan). Kandungan berikutnya (1 kali sepanjang kehamilan). Suntikan akan diberikan apabila pergerakan bayi sudah boleh dirasai (5 bulan) dan suntikan berikutnya akan diberikan sebulan kemudian.

Untuk pemeriksaan kali ni, en. suami plak kena melakukan ujian darah bagi mengesan Talasemia & paras hemoglobin dalam darah. Scan menunjukkan baby Wafiy berada baik (kepala di bawah, uri di atas, tali pusat ok). Nampaknya baby Wafiy takmau menunjukkan mukanya gak kali ni. Kena tunggu bersalin nantilah :). Seperti dijangka, jika ada melakukan ujian darah sememangnya bil yang dijangkakan melebihi RM 200. Cuma terkejut harga untuk suntikan ATT tu RM10 sahaja (ingatkan mahal banyak).
2 hari gak la bengkak baru hilang


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment