Resipi Kek Keju Meleleh @ Snow Cheese Cake Step by Step

Dah lama sangat NurNiz tak berkongsi resipi di blog ni. Sejak duduk di Brisbane ni rajin plak NurNiz memasak dari Malaysia hahaha. Almaklumlah kalau nak makan kat luar tak banyak sangat choice mahal plak pastu. Di Aussie ni, dah lama sangat teringin nak makan  Kek Keju Meleleh @ Snow Cheese Cake. Kat sini memang banyak jual cheese cake tapi semuanya ala secret recipe punya. Kalau kat Malaysia dah lama dah beli kek snow cheese ni kat kedai bakeri Najjah kat Perlis. Mula2 NurNiz tak yakin gak nak buat sendiri sebab ingatkan susah sangat nak buat kek ni, tapi bila dah belajar step2 nya insyallah boleh buat sendiri di rumah dan dapat hasil adunan kek yang banyak dan boleh makan puas2. Post kali ni NurNiz nak kongsikan step by step cara penyediaan Kek Keju Meleleh @ Snow Cheese Cake.

Resipi Kek Keju Meleleh @ Snow Cheese Cake step by step

Resipi asal: 

*Untuk makan sendiri di rumah, NurNiz hanya gunakan separuh adunan sahaja. Kalu guna cream cheese yang 250 g, NurNiz boleh gunakan untuk 2 kali penyediaan kek.

Bahan-bahan

  • 100 g tepung hongkong (NurNiz guna tepung gandum biasa ja)*
  • 60 g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 100 g gula kastor
  • 4 biji telur 
  • 2 biji kuning telur
  • 50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
  • 75 g mentega cair
  • sedikit esen vanilla


Cara-cara membuatnya

1. Ayakkan dahulu bahan-bahan yg bertanda *.


2. Campur semua bahan-bahan di atas kecuali mentega cair. Pukul menggunakan high speed sampai gebu baru masukkan mentega cair (NurNiz panaskan dahulu awal2 mentega di dalam microwave).




3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan baking paper atau yang telah disapu dengan sedikit butter. NurNiz pakai loyang kek standard size 8". Tuang adunan ke dalam acuan kek dan ratakan dengan spatula. Jangan ketuk acuan untuk ratakan adunan nanti kek akan jatuh selepas dibakar. 


4. Bakar dalam oven pada suhu 150 à­¦C selama 45 minit (disebabkan NurNiz hanya gunakan separuh adunan jadi NurNiz bakar selama 25-30 min). Guna api atas dan bawah.



Bahan-bahan untuk Krim

  • 250 g cream cheese
  • 120 g susu pekat manis
  • 50 ml UHT whipping cream (NurNiz gunakan Bulla thickened cream, salah satu brand yang halal kat sini)

Cara-cara membuatnya

1. Satukan semua bahan & putar sehingga tidak berketul (Untuk krim ni NurNiz guna 125 g cream cheese tapi untuk susu pekat manis dengan thickened cream NurNiz ada tambah lagi untuk jadikan krim lebih cair. So bolehlah diubahsuai ikut kesukaan kemanisan atau kepekatan masing2.



Bahan-bahan & cara membuat topping

  • 250 g block cheese yang heat stable (ada macam2 jenis block cheese kat sini, NurNiz gunakan cheddar block kalau tak salah).

1. Bahagikan kek kepada 3 bahagian, NurNiz hanya bahagikan kepada 2 bahagian sebab NurNiz hanya gunakan separuh adunan.
2. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.



3. Akhir sekali, taburkan block cheese yg telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai topping.
4. Sebelum dihidang, masukkan kek ke dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dipotong.



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment