Kindergarden di Australia

Last entry adalah pada Ogos 2015 (6 bulan yang lalu ok!). Sejak balik raya dari Malaysia tersangatlah busy, kalau ada masa terluang pun lebih gemar dihabiskan untuk berehat2. Tapi NurNiz nk berusaha gak untuk abadikan kenangan di bumi ratu ni di blog supaya dapat dijadikan tatapan untuk masa hadapan especially untuk Wafiy.

Tahun 2016 dimulakan dengan Wafiy memasuki alam persekolahan..tadika/kindergarden atau orang2 kat sini selalu sebut "kindy" pada 27 Januari 2016. Sebelum tu, pada 22 Januari 2016, ibu-bapa dan anak2 dijemput untuk datang ke kindy selama 2 jam untuk sesi "playdate" untuk membiasakan anak2 dengan persekitaran kindy dan juga sesi taklimat tentang persiapan ke kindy. Masa sesi playdate ni Wafiy bukan main excited lagi sebab rambang mata tengok banyak sangat mainan di kindy. NurNiz perasan sistem kindy di Australia ni berbeza sikit dari Malaysia. Kindy di sini banyak menekankan aspek interaction, indoor & outdoor activities and etiquette. Mereka tak kisah sangat pun tentang belajar ABC, mengira dan lain2. Kalau di Malaysia, di tadika telah pun difokuskan aktiviti pembelajaran ala2 classroom.

Playdate (22 Januari 2016)

Kindy dah macam istana mainan. Even sebahagian mainan masak2 tu diorang gunakan cawan, pinggan kaca sebenar
Boleh plak teacher salah eja nama Wafiy jadi Waky hahaha
Keluarga2 lain yang turut datang
Kawan2 dari Malaysia gak :)
Tak sabar nak conteng2.. 

Kindy Days (27 Januari - 12 Februari 2016)

1st day di kindy. Miss Catherine selalu mulakan pagi2 dengan bercakap & menyanyi dengan students 
2nd day aktiviti
Aktiviti lekat melekat
Satu set baju dengan beg Autonauts.. Haha layankan aja lah
Classmates Wafiy
Ballon art work
Ingatkan masa 1st day kindy Wafiy happlylah sebab masa playdate hari tu dia sangat excited, rupa2nya nangis takut kena tinggal. Majority ibu bapa tak tunggu anak2 pun di kindy lama, dalam 10-20 minit diorang dah tinggalkan anak2 di kindy. Minggu pertama di kindy, pagi2 tu Wafiy asyik pegang ja baju NurNiz takut ditinggalkan. Drama boy betul hehe..Dah minggu ketiga baru ok siap2 bye2 NurNiz dengan bersemangat. 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment