Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for February 2016
Untuk entry kali ni NurNiz nak review hotel yang NurNiz stay masa pegi bercuti di Sydney masa Krismas tahun lepas. Kebetulan masa tu tengah ada promosi, so BigBear pun pilih Meriton Serviced Apartments North Ryde yang terletak di  area Macquarie, jauh sikit la dari Sydney CBD city, agak2 dalam 15-20 minit perjalanan menaiki kereta. Sebab NurNiz drive kereta sendiri so kami tak kisah sangat nak stay di lokasi agak jauh ni. Tapi kalau takda kenderaan sendiri, better stay di kawasan berdekatan city senang nak gerak jalan kaki atau naik public transport. Kat city especially di kawasan Anzac Prade memang banyak halal restaurant. 

Yang bestnya apartment ni terletak bersebelahan dengan Macquarie shopping centre so sangat senang kalau nak membeli belah apa2. Di dalam Macquarie shopping centre ni pun ada Malaysian restaurant yang halal iaitu PappaRich. Apartment ni jugak berdekatan dengan train & bus station. Rate apartment ni 105 AUD/ night + 20 AUD parking/ day (optional). Kalau taknak parking kat dalam apartment, ada jugak parking di luar apartment tapi sangat limited. Dalam apartment ni, customer dibenarkan untuk memasak dan semua kelengkapan dapur seperti oven, microwave, dishwasher ada disediakan. Washing machine dengan dryer pun turut diesediakan jadi sangatlah senang nak basuh dan keringkan baju cepat2. Overall, NurNiz memang berpuas hati stay di Meriton apartment ni. 

Konsep minimalist
Ada ruang yang luas untuk Wafiy berlari2
Masa ni baru ja sampai

Dapur
Dryer yang banyak berbakti especially musim hujan hari tu di Sydney
Kamar mandi

Bekal2 Wafiy ke kindy. Pening gak fikir nak masak apa dahlah Wafiy jenis memilih makanan.

Keperluan ke Kindergarden

  1. Pakaian- kindy kat sini boleh ja pakai baju bebas, so tak perlulah beli pakaian seragam. Tapi kena belikan topi yang mampu cover muka & leher sebab diorang selalu bermain outdoor. Kat Australia ni cahaya matahari dia memang sangat panas sebab takda awan2 nano macam kat Malaysia lagi2 Queensland nickname dia 'sunshine state'. Sebab tu kadar kanser kulit kat sini sangat tinggi. 
  2. Makanan- sehari kena bekalkan makanan sebanyak 3x untuk snack, morning tea dan juga lunch. Kat sini banyak ja dijual lunch box and beg yang macam2 design.
  3. Personal rekod- kena submit rekod2 personal pada awal kemasukan ke kindy seperti rekod imunisasi, surat beranak dan passport.
  4. Aksesori-aksesori tambahan yang kena sediakan seperti cadar tidur, tuala lap muka, frame dan foto album gambar2 family.
  5. Yuran- yuran kindi adalah sebanyak 800 AUD satu sem. kindi area NurNiz ni lagi satu bukannya setiap hari. 2 minggu hanya 5 hari saja ke kindy.  

Last entry adalah pada Ogos 2015 (6 bulan yang lalu ok!). Sejak balik raya dari Malaysia tersangatlah busy, kalau ada masa terluang pun lebih gemar dihabiskan untuk berehat2. Tapi NurNiz nk berusaha gak untuk abadikan kenangan di bumi ratu ni di blog supaya dapat dijadikan tatapan untuk masa hadapan especially untuk Wafiy.

Tahun 2016 dimulakan dengan Wafiy memasuki alam persekolahan..tadika/kindergarden atau orang2 kat sini selalu sebut "kindy" pada 27 Januari 2016. Sebelum tu, pada 22 Januari 2016, ibu-bapa dan anak2 dijemput untuk datang ke kindy selama 2 jam untuk sesi "playdate" untuk membiasakan anak2 dengan persekitaran kindy dan juga sesi taklimat tentang persiapan ke kindy. Masa sesi playdate ni Wafiy bukan main excited lagi sebab rambang mata tengok banyak sangat mainan di kindy. NurNiz perasan sistem kindy di Australia ni berbeza sikit dari Malaysia. Kindy di sini banyak menekankan aspek interaction, indoor & outdoor activities and etiquette. Mereka tak kisah sangat pun tentang belajar ABC, mengira dan lain2. Kalau di Malaysia, di tadika telah pun difokuskan aktiviti pembelajaran ala2 classroom.

Playdate (22 Januari 2016)

Kindy dah macam istana mainan. Even sebahagian mainan masak2 tu diorang gunakan cawan, pinggan kaca sebenar
Boleh plak teacher salah eja nama Wafiy jadi Waky hahaha
Keluarga2 lain yang turut datang
Kawan2 dari Malaysia gak :)
Tak sabar nak conteng2.. 

Kindy Days (27 Januari - 12 Februari 2016)

1st day di kindy. Miss Catherine selalu mulakan pagi2 dengan bercakap & menyanyi dengan students 
2nd day aktiviti
Aktiviti lekat melekat
Satu set baju dengan beg Autonauts.. Haha layankan aja lah
Classmates Wafiy
Ballon art work
Ingatkan masa 1st day kindy Wafiy happlylah sebab masa playdate hari tu dia sangat excited, rupa2nya nangis takut kena tinggal. Majority ibu bapa tak tunggu anak2 pun di kindy lama, dalam 10-20 minit diorang dah tinggalkan anak2 di kindy. Minggu pertama di kindy, pagi2 tu Wafiy asyik pegang ja baju NurNiz takut ditinggalkan. Drama boy betul hehe..Dah minggu ketiga baru ok siap2 bye2 NurNiz dengan bersemangat. 
Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ▼  February (3)
      • Review hotel di Sydney: Meriton Serviced Apartment...
      • Persiapan awal masuk Kindergarden
      • Kindergarden di Australia
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    18 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes