Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for 2016
Kami bangun seawal 4 pagi lebih untuk solat Subuh. Untuk musim summer di Aussie, pukul 3.15 pagi camtu dah masuk Subuh. Lepas tu NurNiz kena siapkan plak bekalan makanan untuk perjalanan ke Great Ocean Road (GOR). Sementara nak tunggu supermarket buka memang lambat sikitlah nk start memasak disebabkan malam semalam tak sempat beli bahan-bahan mentah. NurNiz sediakan maggi goreng untuk sarapan dan nasi berlauk ayam goreng dan sambal untuk bekal tengah hari. Ayam halal yang tak masak lagi (brand Steagles, Ingham) boleh didapati di supermarket seperti Coles dan Woolworth. Perencah makanan seperti sambal, kari , rendang dalam pack tu NurNiz dah bawa dari Brisbane. Last sekali dekat pukul 9 pagi baru boleh bertolak. Kalau nak ke GOR, sebenarnya lebih elok mulakan perjalanan awal memandangkan perjalanan ke GOR mengambil masa agak lama iaitu lebih kurang 4-5 jam.

Untuk ke GOR, ada 2 jalan iaitu melalui jalan laut dan jalan dalam. NurNiz cadangkan masa pergi tu kita ambil jalan dalam supaya sampai lebih awal. Semasa balik, kita boleh balik melalui jalan laut untuk  tengok pemandangan. Untuk sampai ke titik permulaan kawasan GOR, ianya ambil masa 2 jam dari Melbourne City CBD dan lebih kurang lagi tambahan 2-3 jam untuk sampai ke penghujung GOR. Sepanjang GOR ni banyak sangat kawasan menarik untuk dilawati. Kawasan yang paling famous antaranya adalah 12 Apostles di kawasan Fort Campbell. 12 Apostles dah berada di penghujung GOR. Masa awal2 perjalanan kami asyik singgah di persisiran pantai untuk bergambar dan tengok pemandangan, jadi kami sampai agak lewat ke kawasan 12 Apostles iaitu dah pukul 4.30 petang. Memang superb pemandangan di 12 Apostles ni. Dengan cuaca mendung dan angin laut bertiup kencang terasa sangat kesejukan. Selain tu kami ke rock collection yang berdekatan iaitu London Bridge. Sempat pergi 2 tempat ni saja sebab kami dah keletihan sangat masa tu. Bayangkanlah sehari berada dalam kereta dengan jalan tepi pantai berpusing2. Jadinya kami terus balik melalui jalan dalam. 

Kami sampai di apartment dah nak dekat pukul 8 mlm. Kat Melbourne musim summer, pukul 8 mlm masih lagi cerah. Kalau di Brisbane sebelum pukul 7 malam dah gelap. Setelah berehat-rehat di apartment, kami keluar menuju Melbourne CBD untuk makan malam. Jalan raya di Melbourne CBD agak crowded dengan laluan tram. So kena make sure anda faham peraturan jalan raya Aussie untuk memudahkan pemanduan di Melbourne CBD. NurNiz makan malam di restoran Malaysia iaitu Mamak, yang terletak di 366 Lonsdale Street, CBD, Melbourne. Restoran Mamak ni dibuka sampai pukul 10 malam. Punyalah kena 2,3 kali pusing CBD nak cari parking, kami sampai restoran Mamak ni pun dah nak dekt pukul 10 malam. Tapi diorang buka ja lagi untuk ambil order. NurNiz dan Big Bear order nasi goreng, mee goreng dan roti canai. Mungkin sebab dah nak tutup dan customer pun dah tak ramai, makanan sampai cepat ja dan makanan-makanan dia pun ok. Balik ja makan malam memang terus tidur sebab dah kekenyangan dan letih seharian dalam kereta. 
Wafiy mengantuk sebab kena bangun awal

Eh ada jugak southbank di Melbourne ya..

Pemandangan tepi jalan di Geelon

Kami singgah bergambar di Aireys Inlet, Great Ocean Road

Kat belakang tu ada lighthouse tapi kami tak singgah pun kat kawasan lighthouse tu

Split Point Lighthouse

Masa ni baru separuh perjalanan kami nak ke 12 Apostles

Kereta sewa kami, Toyota Corolla hatchback

Cantik-cantik pemandangan sepanjang persisiran pantai..tu yang asyik rasa nak berhenti ambil gambar

Berhenti lagi bergambar

Cockatoo di Lorne town

Kami singgah makan di tepi pantai di kawasan Lorne town

Pemandangan jika melalui jalan dalam
Akhirnya kami sampai di 12 Apostles, Great Ocean Road


Big Bear yang kesejukan
Memang cantik sangat pemandangan di 12 Apostles!


Lagi 2 biji rocks di 12 Apostles. Yang lagi 2 biji ni terasing sikit


Angin laut sangat laju sampaikan NurNiz kena ikat tudung nak elakkan tudung terbang

12 Apostles signboard

Rock scenery ni dekat gak dengan 12 Apostles tapi kena naik kereta kalau nak ke sini

Kawasan ni dinamakan bersempena nama orang tapi dah x ingat nama apa

Perjalanan ke London Bridge


Asalnya rocks si London bridge ni bersambung, tapi yang sekarang ni runtuh dah macam lagu London bridge falling down

NurNiz dah tukar tudung sebab nak kena menghadap angin kencang..topi Wafiy pun nak tercabut gak haha

Perjalanan balik melalui jalan dalam boleh nampak ladang biri-biri

Side dish roti canai

Main menu mee goreng

Restoran Mamak di Lonsdale Street, Melbourne

Percutian NurNiz ke Melbourne  hujung tahun 2016 ambil masa singkat ja iaitu untuk 3 hari 2 malam. NurNiz sampai di Melbourne waktu tengah malam Khamis dan balik semula ke Brisbane pada pagi Ahad. NurNiz beli tiket ke Melbourne ni bersempena promotion tiket dari Tiger Airways. Tempoh perjalanan adalah sebelum cuti Krismas. Apa lagi terus jela beli tiket adhock padahal sebelum tu takda plan pun lagi nak ke Melbourne. 

Perjalanan dari bandar Brisbane ke airport domestik Brisbane mengambil masa kira-kira 45 minit. Sepanjang perjalanan ke airport Airport kami diiringi dengan hujan renyai-renyai. Di airport domestik Brisbane, kawasan check-in dibahagikan ikut syarikat pernerbangan. Untuk Tiger Airways ni diorang memang takda kaunter yang proper just pakai self check-in mesin ja. Tapi jangan risau memang akan ada ja staff diorang yang stanby untuk bantu kita jika ada sebarang kesulitan.

Flight sepatutnya berlepas pukul 8.30 mlm tapi kena delay hampir 2 jam. Pukul 9.45 mlm barulah dipanggil boarding dan pukul 10.10 mlm flight berlepas. Penat gak menunggu sebab keletihan petang tu baru balik dari uni. Alhamdullilah Wafiy behave ja sebab excited nak naik plane. Nasib baik gak ada bawa bekal bihun goreng bolehlah alas perut sambil menunggu boarding.

NurNiz sampai di airport Tullamarie, Melbourne lebih kurang pukul 1 pagi. Perjalanan dari Brisbane ke Melbourne mengambil masa lebih 2 jam dan waktu di Melbourne lebih awal sejam berbanding Brisbane. Dari Brisbane lagi Big Bear dah contact car rental untuk informkan bahawa flight delay. Big Bear sewa kereta compact Toyota Corolla hatchback daripada Hertz kerana masa survey2 sebelum ni diorang yang offer paling murah untuk waktu sewaan NurNiz. Untuk sewa kereta, international lesen dari Malaysia diterima di sini sebab lesen kita dah ada dwibahasa. Selain lesen, barang-barang lain yang penting adalah GPS dan carseat untuk kanak2 dan GPS tu Big Bear bawa dari Brisbane. Lepas kitaorang sampai ja, kaunter Hertz terus tutup.

Masa sampai di airport Melbourne, cuaca mendung dan sangat sejuk hampir 10 Ö…C. Memang menggigil la kami sebab kami ingat cuaca panas macam summer di Brisbane. Kami pun just bawa sweater nipis dan baju lengan pendek+seluar pendek untuk Wafiy. Tula lain kali, sila check ramalan cuaca dulu di tempat yang hendak dilawati. Perjalanan dari airport ke apartment yang kami sewa plak mengambil masa 30 min. Sampai ja apartment kami terus tidur sebab esok kena bangun awal nak ke Great Ocean Road!
Wafiy yang excited nak naik plane. Sebab dah berapa kali ke airport hantar orang lain naik flight. 

Sabar menunggu ketibaan plane

Makan dulu semasa menanti plane

Bawa bekal bihun goreng

Flight delay  1 jam setengah

Kaunter kereta sewa

Melbourne City CBD

Antara musim yang NurNiz paling suka di Brisbane tentulah musim Spring @ bunga. Dan bunga yang paling popular di Brisbane adalah bunga Jacaranda yang berwarna purple tu. Musim kemuncak Jacaranda berkembang adalah sekitar bulan September ke awal Oktober. Kalau di kawasan St. Lucia, Munro park adalah salah satu park di mana terdapat banyak sekali deretan bunga Jacaranda. Kalau student UQ yang berjalan kaki ke UQ, pasti akan berhenti di Munro park untuk bergambar. 

Munro park, St. Lucia

Masa ni bunga Jacaranda baru mula berbunga
I love Jacaranda!!!
Ada budak nak tiru ibu dia melompat

Musim apa pun di Brisbane tengah hari mesti panas terik jugak 

Deretan pokok bunga Jacaranda di Munro park, St. Lucia

Walaupun dah 2 tahun berada di Brisbane, NurNiz tak pernah tau pun pasal kewujudan tempat Pelican feeding ni. Kebetulan masa tu dalam perjalanan ke Byron Bay, NurNiz bersama keluarga mertua yang datang melawat Brisbane, singgah di tepi pantai di sepanjang Gold Coast untuk makan tengah hari. Tiba2 ternampak begitu banyak burung pelican di tepi pantai. NurNiz sampai kawasan tu pun dah dalam pukul 2 petang lebih, jadi tinggal sikit ja lah burung pelican. Felican feeding ni terletak di kawasan pantai dinamakan Ian Dipple Lagoon dalam kawasan Labrador, Gold Coast. Setiap hari, pada pukul 1.30 petang, pekerja2 dari restoran seafood Charis seafoods (bersebelahan ja tepi pantai Ian Dipple Lagoon) akan memberikan lebihan makanan kepada burung2 pelican). Jadi, banyak sangat burung2 pelican akan singgah  di kawasan tepi pantai untuk makan. Nak tau camna rupa burung pelican jom tengok gambar kat bawah. 
Yang bumbung biru tu restoran Charis seafoods

Pelican feeding at Labrador

Takut plak nak dekat dengan burung2 pelican ni.. mulut kemain besar huhu

Dah lama sangat NurNiz tak berkongsi resipi di blog ni. Sejak duduk di Brisbane ni rajin plak NurNiz memasak dari Malaysia hahaha. Almaklumlah kalau nak makan kat luar tak banyak sangat choice mahal plak pastu. Di Aussie ni, dah lama sangat teringin nak makan  Kek Keju Meleleh @ Snow Cheese Cake. Kat sini memang banyak jual cheese cake tapi semuanya ala secret recipe punya. Kalau kat Malaysia dah lama dah beli kek snow cheese ni kat kedai bakeri Najjah kat Perlis. Mula2 NurNiz tak yakin gak nak buat sendiri sebab ingatkan susah sangat nak buat kek ni, tapi bila dah belajar step2 nya insyallah boleh buat sendiri di rumah dan dapat hasil adunan kek yang banyak dan boleh makan puas2. Post kali ni NurNiz nak kongsikan step by step cara penyediaan Kek Keju Meleleh @ Snow Cheese Cake.

Resipi Kek Keju Meleleh @ Snow Cheese Cake step by step

Resipi asal: 
Husna' Life http://husnamathussain.blogspot.com.au/2013/11/resepi-snow-cheese-cake-kek-keju-meleleh.html

*Untuk makan sendiri di rumah, NurNiz hanya gunakan separuh adunan sahaja. Kalu guna cream cheese yang 250 g, NurNiz boleh gunakan untuk 2 kali penyediaan kek.

Bahan-bahan

  • 100 g tepung hongkong (NurNiz guna tepung gandum biasa ja)*
  • 60 g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 100 g gula kastor
  • 4 biji telur 
  • 2 biji kuning telur
  • 50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
  • 75 g mentega cair
  • sedikit esen vanilla


Cara-cara membuatnya

1. Ayakkan dahulu bahan-bahan yg bertanda *.


2. Campur semua bahan-bahan di atas kecuali mentega cair. Pukul menggunakan high speed sampai gebu baru masukkan mentega cair (NurNiz panaskan dahulu awal2 mentega di dalam microwave).




3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan baking paper atau yang telah disapu dengan sedikit butter. NurNiz pakai loyang kek standard size 8". Tuang adunan ke dalam acuan kek dan ratakan dengan spatula. Jangan ketuk acuan untuk ratakan adunan nanti kek akan jatuh selepas dibakar. 


4. Bakar dalam oven pada suhu 150 à­¦C selama 45 minit (disebabkan NurNiz hanya gunakan separuh adunan jadi NurNiz bakar selama 25-30 min). Guna api atas dan bawah.



Bahan-bahan untuk Krim

  • 250 g cream cheese
  • 120 g susu pekat manis
  • 50 ml UHT whipping cream (NurNiz gunakan Bulla thickened cream, salah satu brand yang halal kat sini)

Cara-cara membuatnya

1. Satukan semua bahan & putar sehingga tidak berketul (Untuk krim ni NurNiz guna 125 g cream cheese tapi untuk susu pekat manis dengan thickened cream NurNiz ada tambah lagi untuk jadikan krim lebih cair. So bolehlah diubahsuai ikut kesukaan kemanisan atau kepekatan masing2.



Bahan-bahan & cara membuat topping

  • 250 g block cheese yang heat stable (ada macam2 jenis block cheese kat sini, NurNiz gunakan cheddar block kalau tak salah).

1. Bahagikan kek kepada 3 bahagian, NurNiz hanya bahagikan kepada 2 bahagian sebab NurNiz hanya gunakan separuh adunan.
2. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.



3. Akhir sekali, taburkan block cheese yg telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai topping.
4. Sebelum dihidang, masukkan kek ke dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dipotong.



Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2016 (12)
    • ▼  December (7)
      • Bercuti ke Melbourne, Australia Day 2
      • Bercuti ke Melbourne, Australia Day 1
      • Jacaranda in Brisbane
      • Tempat Menarik di Gold Coast, Australia #2: Pelica...
      • Resipi Kek Keju Meleleh @ Snow Cheese Cake Step by...
      • Christmas Konsert in Kindy
      • Wafiy Last Day in Kindy 2016
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    20 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes