MH 135: Kuala Lumpur-Brisbane

Flight dari KL ke Brisbane mengambil masa dalam 8 jam lebih.  Flight berlepas pukul 9.45 pagi dan dijangka sampai di Brisbane pada pukul 7.50 malam. Sebelum pesawat yang Nurniz naik tu nak take off boleh plak pesawat patah balik ke airport sebab pressure tayar tak stabil. Last sekali kena tukar tayar baru terus. Delay lama gak nak dekat 2 jam. Masa naik flight nasib baik ada seorang abang pramugara ni sangat baik hati bila dia tengok kami datang dengan baby dia siap reservekan 4 seat tengah yang kosong so bolehlah duduk selesa sikit. Masa sebelum berlepas tu actually NurNiz tak boleh bayangkan macam mana Wafiy nak bertahan selama 8 jam dalam flight. Tak sangka berjaya survive dengan Wafiy hahaha. Sebab semalam tak cukup tido, Wafiy tido dekat 3 jam dalam flight , time selebihnya layan video, jalan2 dalam flight, terjerit2, nyanyi2. 

Kami sampai di airport Brisbane dah pukul 9 malam dan kami disambut oleh driver dari UQ. Untuk sesiapa yang nak sambung study di UQ, universiti ada sediakan khidmat airport pickup untuk 1st arrival. Nasib baiklah driver tu tetap tunggu di airport walaupun flight delay. Bila dah sampai tu, tak dapat digambarkan perasaan excited and nervous 1st ke negara mat salleh. Alhamdullilah kami tak kena screening yang ketat di airport. Masa kat kaunter imigreesen, bagitau ja kita bakal sambung belajar & first time datang ke Brisbane. Pihak imigreesen just tanya2 pastu kami dilepaskan terus untuk keluar tanpa perlu beratur lama yeaa.. Tapi kat airport Brisbane ni ada ja line beratur untuk dicheck dengan anjing or xray. Tapi yang penting untuk arrival card sila declare barang2 larangan apa yang dibawa. Macam NurNiz of courselah kena declare bawa susu untuk Wafiy. Malam tu odw nak pegi rumah sewa, kami disambut dengan cuaca hujan renyai2 di Brisbane sepanjang perjalanan.

Rombongan keluarga mertua NurNiz

Makan malam di area dekat KLIA sebelum berlepas pagi esok





Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment