Sambung Belajar Luar Negara #1: Mencari Supervisor

First step paling penting untuk sambung belajar di dalam negara/luar negara bagi student phd ataupun master by research tentulah mencari supervisor. Sambil2 tu bagi siapa yang takda PAMA spondor bolehlah usha2 scholarship yang hendak diapply. Sesetengah sponsorship mewajibkan universiti yang hendak dipohon tu berada di dalam top ranking contohnya 100 top university ataupun 200 top university. Untuk nak tahu ranking universiti2 boleh refer di [ University ranking ].  Ada sesetengah sponsorship boleh consider top universiti by subject/faculty, so boleh refer list di [ QS Top Universities ]. Make sure tengok tahun yang paling latest sebab ranking universiti ni sentiasa berubah setiap tahun.

So macam mana nak cari supervisor (SV)?? Paling mudah adalah cari di internet. Kalau taktau lagi kat negara mana anda nak sambung, boleh fokuskan keyword bidang research anda nak buat so nanti akan link kepada fakulti/universiti tertentu. Kebanyakan website2 universiti luar negara memang sentiasa update tentang list staff dan juga research2 yang staff diorang buat. Bolehlah usha2 pengalaman supervision yang lepas, berapa banyak geran dapat, jumlah publication. Selain tu NurNiz rasa teknik paling bagus adalah dengan bertanyakan pendapat rakan2, senior2 ataupun bekas lecturer semasa degree/master dulu. Kalau bekas SV diorang ataupun lecturer lain di tempat diorang bagus, bolehlah anda follow je diorang punya recommendation. NurNiz pilih universiti berdasarkan review daripada akak2 abang2 senior di tempat kerja.

Bila dah jumpa bakal2 SV yang berkenan di hati, jadi bolehlah anda teruskan dengan berhubung dengan bakal SV anda. NurNiz rasa bersyukur sangat zaman sekarang kita dikurniakan kemudahan email. Kalau zaman dahulu camnalah nak contact dengan SV kan. So dalam first email anda boleh kenalkan diri anda, background akademik, buat apa sekarang (baru habis belajar/tengah kerja ka), minat/bidang research anda nak buat, status sponsorship (tengah cari scholarship/ berminat nak apply geran supervisor tersebut) dan tarikh dijangka nak memulakan pengajian. Bagi NurNiz first email ni tak perlulah anda nak tulis panjang lebar, just attachkan sekali dengan CV (curriculum vitae). Dalam CV tu dah mengandungi macam informasi lengkap pasal diri anda so bakal SV anda tu boleh go through anda punya CV. Hantarlah email sebanyak yang boleh sebab anda tak tahu mungkin ada yang tak reply pun. Kalau macam NurNiz dulu hantar kepada seorang SV je nasib baiklah SV tu reply.

Pas settle hantar, dup..dap..dup..dap tunggu reply. Ada SV yang reply cepat, ada yang reply lambat. Kalau macam NurNiz hari tu, SV yang diemail tu bercuti panjang sempena Krismas, lambat sikitlah reply. Selalunya SV yang berminat akan reply bersama dengan tajuk research yang dicadangkan. Lepas dah bersetuju dengan tajuk dan sebagainya, anda bolehlah proceed dengan proses apply kemasukan ke universiti tersebut.

Macam NurNiz dulu, SV yang ditarget NurNiz tu banyak komitmen, beliau ada banyak pegang jawatan dan banyak student jadi beliau passkan NurNiz untuk jadi student research group diorg gak, beliau akan jadi co-supervisor. Dengan bakal SV NurNiz tu, first sekali beliau nak berskype bincang pasal tajuk research dengan NurNiz. NurNiz dahlah tak pernah akaun skype terpaksa create akaun skype. Skype ni penting ye nak communicate dengan orang2 dari luar negara. Di hari kejadian, boleh plak server di ofis NurNiz down. Terpaksa menumpang ofis orang di blok yang lain. Pastu tak reti plak nak on video skype di laptop. Last2 sekali terpaksa skype pakai handphone. Bincang2 pasal experience NurNiz pasal research lepas, ada jugaklah beberapa perkara yang NurNiz tak tahu hehe.

Lepas dah selesai sesi skype, bakal SV minta diemailkan transkrip akademik semasa degree dan master. Tujuannya nak check valid tak degree & master yang kita dapat tu. Selain tu bakal SV NurNiz suruh NurNiz ambil english test iaitu IELTS secepat mungkin. Selagi tak dapat result beliau takkan proceed dengan next step. Sambil tu, beliau suruh NurNiz isi borang Expression of Interest. Bila dah dapat result IELTS boleh submit bersama dengan borang tersebut.

Selepas dapat result IELTS ingatkan dah boleh submit borang. Rupa2nya bakal SV NurNiz dah sediakan set soalan untuk dijawab oleh NurNiz. Kalau pass baru NurNiz boleh proceed. Terkedu NurNiz masa terima email soalan2 tu sebabnya ada hampir 30 soalan struktur termasuklah soalan calculation. Bakal SV NurNIz siap pesan lagi 'Leave any questions that are too hard'. Nasib baiklah, beliau bagi beberapa hari untuk menjawab soalan2 tersebut. Soalan2 yang diberikan mostly soalan yang NurNiz agak tak familiar sebabnya soalan banyak based on knowledge of bio. Apa lagi NurNiz paksa Big Bear tolong jawab soalan sekali haha. Berpeluh2 gak masa tu nak kena buka balik jurnal2. Rasa macam dah start buat phd plak hihihi.

Walaupun ada soalan tak terjawab tawakkal hantar jelah kan dan beliau reply 'This is a good first attempt, with a few errors we can easily correct'. Ada salah pun takpalah janji lepas. Yeaa..so boleh proceed dengan hantar borang ke fakulti universiti yang NurNiz nak sambung.

Learning never ends..Back to student huarghh

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment