Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for August 2014
Akhirnya hasrat nak buat open house di hari raya tertunai gak. Buat kecil2lan je jemput students2, jiran2 & rakan2 ofis terdekat. Menu utama nasi tomato+ayam masak merah+dalca ayam tempah daripada pengasuh Wafiy, Umi/Kak Zana. Kalau bulan puasa NurNiz selalu sangat beli nasi tomato dengan umi Wafiy ni. Ketupat plak mak mertua NurNiz tolong buatkan. NurNiz berazam nak belajar buat ketupat lepas ni hehe. Desserts macam cheese tart dengan kek rainbow order dengan rakan ofis. NurNiz plak prepare laksa, rendang daging, dan kek coklat+cocktail berkuah untuk desserts. Jom kita layan gambar makanan. Gambar ni pun sempat ambil sebelum tetamu datang. Lepas tu dah busy tak ingat dah nak ambil gambar.

Memang marvelous nasi tomato dengan ayam masak merah umi Wafiy masak
Ketupat dan rendang daging
NurNiz habiskan stok laksa halus kat rumah
Hiasan untuk laksa kedah
Kek Coklat kukus

Cheese tart dengan kek rainbow

Puding cocktail. Gambar kuah takda



First step paling penting untuk sambung belajar di dalam negara/luar negara bagi student phd ataupun master by research tentulah mencari supervisor. Sambil2 tu bagi siapa yang takda PAMA spondor bolehlah usha2 scholarship yang hendak diapply. Sesetengah sponsorship mewajibkan universiti yang hendak dipohon tu berada di dalam top ranking contohnya 100 top university ataupun 200 top university. Untuk nak tahu ranking universiti2 boleh refer di [ University ranking ].  Ada sesetengah sponsorship boleh consider top universiti by subject/faculty, so boleh refer list di [ QS Top Universities ]. Make sure tengok tahun yang paling latest sebab ranking universiti ni sentiasa berubah setiap tahun.

So macam mana nak cari supervisor (SV)?? Paling mudah adalah cari di internet. Kalau taktau lagi kat negara mana anda nak sambung, boleh fokuskan keyword bidang research anda nak buat so nanti akan link kepada fakulti/universiti tertentu. Kebanyakan website2 universiti luar negara memang sentiasa update tentang list staff dan juga research2 yang staff diorang buat. Bolehlah usha2 pengalaman supervision yang lepas, berapa banyak geran dapat, jumlah publication. Selain tu NurNiz rasa teknik paling bagus adalah dengan bertanyakan pendapat rakan2, senior2 ataupun bekas lecturer semasa degree/master dulu. Kalau bekas SV diorang ataupun lecturer lain di tempat diorang bagus, bolehlah anda follow je diorang punya recommendation. NurNiz pilih universiti berdasarkan review daripada akak2 abang2 senior di tempat kerja.

Bila dah jumpa bakal2 SV yang berkenan di hati, jadi bolehlah anda teruskan dengan berhubung dengan bakal SV anda. NurNiz rasa bersyukur sangat zaman sekarang kita dikurniakan kemudahan email. Kalau zaman dahulu camnalah nak contact dengan SV kan. So dalam first email anda boleh kenalkan diri anda, background akademik, buat apa sekarang (baru habis belajar/tengah kerja ka), minat/bidang research anda nak buat, status sponsorship (tengah cari scholarship/ berminat nak apply geran supervisor tersebut) dan tarikh dijangka nak memulakan pengajian. Bagi NurNiz first email ni tak perlulah anda nak tulis panjang lebar, just attachkan sekali dengan CV (curriculum vitae). Dalam CV tu dah mengandungi macam informasi lengkap pasal diri anda so bakal SV anda tu boleh go through anda punya CV. Hantarlah email sebanyak yang boleh sebab anda tak tahu mungkin ada yang tak reply pun. Kalau macam NurNiz dulu hantar kepada seorang SV je nasib baiklah SV tu reply.

Pas settle hantar, dup..dap..dup..dap tunggu reply. Ada SV yang reply cepat, ada yang reply lambat. Kalau macam NurNiz hari tu, SV yang diemail tu bercuti panjang sempena Krismas, lambat sikitlah reply. Selalunya SV yang berminat akan reply bersama dengan tajuk research yang dicadangkan. Lepas dah bersetuju dengan tajuk dan sebagainya, anda bolehlah proceed dengan proses apply kemasukan ke universiti tersebut.

Macam NurNiz dulu, SV yang ditarget NurNiz tu banyak komitmen, beliau ada banyak pegang jawatan dan banyak student jadi beliau passkan NurNiz untuk jadi student research group diorg gak, beliau akan jadi co-supervisor. Dengan bakal SV NurNiz tu, first sekali beliau nak berskype bincang pasal tajuk research dengan NurNiz. NurNiz dahlah tak pernah akaun skype terpaksa create akaun skype. Skype ni penting ye nak communicate dengan orang2 dari luar negara. Di hari kejadian, boleh plak server di ofis NurNiz down. Terpaksa menumpang ofis orang di blok yang lain. Pastu tak reti plak nak on video skype di laptop. Last2 sekali terpaksa skype pakai handphone. Bincang2 pasal experience NurNiz pasal research lepas, ada jugaklah beberapa perkara yang NurNiz tak tahu hehe.

Lepas dah selesai sesi skype, bakal SV minta diemailkan transkrip akademik semasa degree dan master. Tujuannya nak check valid tak degree & master yang kita dapat tu. Selain tu bakal SV NurNiz suruh NurNiz ambil english test iaitu IELTS secepat mungkin. Selagi tak dapat result beliau takkan proceed dengan next step. Sambil tu, beliau suruh NurNiz isi borang Expression of Interest. Bila dah dapat result IELTS boleh submit bersama dengan borang tersebut.

Selepas dapat result IELTS ingatkan dah boleh submit borang. Rupa2nya bakal SV NurNiz dah sediakan set soalan untuk dijawab oleh NurNiz. Kalau pass baru NurNiz boleh proceed. Terkedu NurNiz masa terima email soalan2 tu sebabnya ada hampir 30 soalan struktur termasuklah soalan calculation. Bakal SV NurNIz siap pesan lagi 'Leave any questions that are too hard'. Nasib baiklah, beliau bagi beberapa hari untuk menjawab soalan2 tersebut. Soalan2 yang diberikan mostly soalan yang NurNiz agak tak familiar sebabnya soalan banyak based on knowledge of bio. Apa lagi NurNiz paksa Big Bear tolong jawab soalan sekali haha. Berpeluh2 gak masa tu nak kena buka balik jurnal2. Rasa macam dah start buat phd plak hihihi.

Walaupun ada soalan tak terjawab tawakkal hantar jelah kan dan beliau reply 'This is a good first attempt, with a few errors we can easily correct'. Ada salah pun takpalah janji lepas. Yeaa..so boleh proceed dengan hantar borang ke fakulti universiti yang NurNiz nak sambung.

Learning never ends..Back to student huarghh


Resepi pasta goreng bersama oregano
First time makan pasta oregano masa Wafiy kena warded hari tu. So lepas tu try & error buat sampai jadi macam yang dimasak di KMC.

Bahan2

- 1 cawan pasta (direbus)
- 1 ulas bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 biji kentang (direbus sehingga empuk)
- lada benggala hijau (dipotong panjang)
- 2 biji cendawan shitake (direndam sehingga lembut dan dihiris halus)
- daging ayam/udang (NurNiz pakai sosej, tu ja yang ada dalam peti ais)
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
-1 sudu besar oregano

Cara2 Membuat

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga kering dan berbau wangi. Kalau suka pedas boleh diblend cili merah/cili padi sekali. 
  2. Masukkan kentang, sosej, cendawan, dan lada benggala. Masukkan garam lebih kurang 1/2 sudu kecil. Kacau sehingga semua masak.
  3. Masukkan pasta, lada hitam dan oregano. Kuantiti lada hitam dengan oregano boleh adjust ikut citarasa sendiri. Kacau lagi hingga sebati.

Resepi nasi goreng seafood

Kalau makan di kedai, NurNiz paling suka makan nasi goreng seafood yang ala2 camni. Cuma NurNiz tak pakai ajinamoto yang kedai guna banyak2 tu hehe.
Sumber dari [sini] tapi NurNiz dah adjust ikut selera sendiri

Bahan2

- 2 cawan nasi (1 cawan beras)
- 2 ulas bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 batang cili merah (dikisar)
- 1 biji cili padi (dikisar)
- 1/2 cm belacan
- 1 sudu makan kicap manis (NurNiz pakai kicap manis ABC)
- 2 sudu makan kicap masin
- sayur pak choy/carrot (dihiris, nak masukkan sayur lain pun boleh)
- udang/sotong
- 1 biji telur
- garam secukup rasa

 Cara2 Membuat

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga kering dan berbau wangi. Kalau nak lagi pedas boleh tambahkan kuantiti cili padi yang dikisar tadi.
  2. Masukkan udang dan sotong. Masukkan garam lebih kurang 3/4 sudu kecil. Kacau sehingga seafood masak.
  3. Masukkan nasi dan masukkan kedua2 jenis kicap. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Pecahkan telur di atas nasi. Gaul lagi sehingga telur kering dan masak.  Rasakan dan boleh ditambah garam kalau tak cukup masin.
     


Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ▼  August (5)
      • Mini Open House
      • Sambung Belajar Luar Negara #1: Mencari Supervisor
      • Resepi Pasta Goreng Oregano
      • Resepi Nasi Goreng Seafood Sedap Ala Kedai
      • New Chapter In My Book of Life..
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    21 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes