Wafiy: 1 Tahun - 1 Tahun 4 Bulan

Dah lama rasanya tak update perkembangan terbaru Wafiy sampai dah tak ingat sangat perkembangan2 tu dari segi kronologi. Tulis dalam jurnal/blog perkembangan anak2 memang sangat membantu especially kepada ibu yang pelupa macam NurNiz ni. Jadi Nurniz just tulis secara random perkembangan Wafiy yang NurNiz  ingat.
  • Walaupun Wafiy tak pandai bercakap lagi, cakap bahasa baby bolehlah tapi Wafiy dah boleh cakap beberapa perkataan & pada masa yang sama faham maksud perkataan tersebut. Tapi perkataan 'ibu' masih tiada dalam kosa kata Wafiy ish2.. Kalau taktau sesuatu, Wafiy selalu gunakan kata ganti perkataan 'ting' ataupun 'bom'.  
    • hujan 
    • bas 
    • susu (tutu) 
    • nasi (nacik) 
    • -terima kasih (kacih) 
    • car 
    • abah 
    • kakak 
    • nak 
    • pintu 
    • baby (ebi) 
    • nyamuk (mok)
  • Dah boleh angkat tangan berdoa. Sambil angkat tangan tu mulut kumat kamit kononnya tengah baca doa. Kalau orang solat, Wafiy pun sibuk nak buat aksi sujud sekali.
Jom kita berdoa
  • Kalau nak tukar pampers atau nak mandi laju ja berjalan ke bilik air. Tapi bila masuk bilik air tau plak jalan slow2 sebab dah berapa kali jatuh dalam bilik air haha. Wafiy memang suka sangat mandi. Kalau sehari tak mandi 3x memang tak sah. Kalau dah tiba time tak mandi tapi tak mandi lagi, mesti akan ketuk2 pintu bilik air minta simpati nak mandi. Sekarang Wafiy dah pandai pun ambil cebuk jirus diri sendiri @ ambil air paip jirus diri sendiri. Bila dah mandi taknak keluar bilik air plak. Paling tak senonoh perangai Wafiy yang suka berak semasa mandi. Kalau mandi lama sikit mesti Wafiy akan berak atas lantai toilet sambil berdiri. Rasa lepas ni kena buat potty training untuk Wafiy. Pintu bilik air memang wajib ditutup kalau tak nanti dengar bunyi air maksudnya ada budak tengah buka paip air.
  • Kurang tidur siang. Kalau kat rumah pengasuh,siang tu adalah tidur dalam 10-30minit. Sebab tu kadang2 boleh tertidur atas tangga sebab letih sangat.
    Bila letih sangat baru tertidur
  • Dah pandai salam dengan orang lain sambil cium tangan kalau nak balik @ keluar rumah.
  • Sekarang ni barulah nak layan cerita kartun di TV. Kalau masa baby dulu jangan haraplah nak layan kartun. Cerita favourite Wafiy adalah Thomas & Friend dan Bob the Builder. Bangun pagi ja ambil handphone ibu sebab nak tengok video Ya Hanana, Alif Ba Ta.
Saya tengah busy layan lagu Animal Songs
  • Dah pandai kiss secara betul . Kalau dulu kiss pipi orang sambil keluarkan lidah hehe.
  • Dah mula mengenal anggota badan sendiri sambil tunjuk2 macam perut, nose, eyes, ears..
  • Dah mula faham simple arahan untuk bagi barang kepada orang lain.
  • Dah tau sesetengah barang. Contohnya pagi2 bangun mesti nak makan vitamin NurNiz letakkan atas almari. Memang kena bagi vitamin kalau bagi benda lain memang Wafiy taknak. Kalau nampak air orang lain minum mesti nak air tu gak. Kalau bagi air lain ganti contohnya air masak mesti taknak.
  • Dari umur setahun lagi, Wafiy memang suka sangat tutup pintu. Kalau nak keluar rumah mesti Wafiy akan tutup semula pintu. Kalau jalan melalui safety gate nak ke dapur tu pun mesti akan tutup semula.
  •  Bila nak keluar, perkara pertama Wafiy akan buat ialah cari & pegang kasut sendiri. Tapi masih tak pandai nak pakai sendiri. Sekarang ni tengah mode sibuk nak pakai kasut orang dewasa yang lagi besar.
  • Berminat nak menulis sendiri. Kalau Nurniz buat keja ofis di rumah, akan terjadilah percubaan Wafiy merampas buku & pen ibu.
  • Dah boleh buka segala macam penutup botol. Sebab tu kalau krim, ubat gigi, botol air memang kena jauhkan daripada Wafiy kalau tak habis dibukanya.
  • Mempunyai 8 batang gigi yang tajam yang mampu menggigit. Contohnya gigit belon sampai pecah, gigit ubat Mopiko sampai tembus dan makan mopiko tu hihi
  • Segala barang2 dah tak boleh letakkan atas meja makan atau meja solek. Kalau tak Wafiy akan memanjat pakai batu loncatan macam kerusi, kotak ka.
  • Paling tak tahan perangai Wafiy yang suka menyibuk kalau keluar especially dengan baby girl. Kalau nampak belon mesti akan buat muka kesian & selalunya mesti dapat belon free. Pastu bila bawa masuk kereta letak belon depan cermin ayah nak drive pun tak nampak.
    Saya memang suka shopping

    Hari ni saya berjaya bodek akak kedai tudung dapat belon free
  • Bila sebut 'bum..bum' dah pandai cari bantal & cari tempat nak landing sendiri.
  • Kalau lapar susu mesti akan ambil botol susu sambil sebut 'tutu'. Kalau nampak makanan atas meja makan mesti akan sebut 'nacik' pastu panjat sendiri atas meja nak makan sendiri. Bila dah masuk makanan dalam mulut suka sebut 'amm', kalau lepas minum suka sebut 'ahhh'.
  • Sejak musim banyak nyamuk ni, Wafiy pun dah pandai tampar nyamuk sambil sebut 'mok..mok'.
  • Pantang nampak handbag ibu mesti nak buka purse ambil duit. Nasib baiklah Wafiy jenis tak koyak dui2 tu.
Harap beg besar je, duit sikit je
Wahh..saya kaya


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

4 comments:

  1. wafiy same cam aqeel..byk benda dah leh sebut..ibu je blom.huuu~

    ReplyDelete
  2. hehe agaknye ibu tu susah sikit nak sebut.kalau mama mmg cepat boleh sebut

    ReplyDelete
  3. duit negara mana wafiy men tu? international gitu

    ReplyDelete
  4. Duit rupiah@baht kot..kalau duit euro/pound menangis kema kalau Wafiy main haha

    ReplyDelete