Anak Lambat Jalan

Alhamdullilah, genap umur Wafiy setahun hari tu Wafiy dah boleh berjalan sendiri dengan cekap. Sebelum tu NurNiz bukan main risau lagi Wafiy tak boleh berjalan lagi. Wafiy dikelilingi dengan baby2 yang cepat berjalan. Dayana kawan Wafiy di rumah pengasuh pun boleh berjalan masa umur 9 bulan. Anak2 buah NurNiz semuanya berjalan sebelum masuk umur setahun.  Ibu Wafiy cuba sedaya upaya untuk bertenang tapi bila selalu ditanya orang lain jadi risau plak kan hehe. Disebabkan tu, NurNiz selalu gak mencari tips2 supaya anak cepat berjalan. Antaranya yang famous (petua tradisional) bawa anak2 berjalan2 pagi di atas embun rumput. Ada gak petua yang suruh sapu air embun ke lutut baby. Biasalah perkembangan setiap baby tak sama tapi selalunya ibu2 ni mesti risau kan. Menurut pembacaan NurNiz, adalah normal baby mula berjalan sehingga umur 1 tahun 6 bulan. Kalau 2 tahun masih belum berjalan, mungkin ibu bapa boleh refer kepada pakar kanak2. 

Masa umur Wafiy 11 bulan ++, Wafiy dah boleh bangun untuk berdiri & berjalan. Tapi bila menapak baru selangkah, Wafiy terjatuh terus Wafiy takmau jalan dah. Ada sesetengah baby tu walaupun jatuh tetap akan berusaha bangun untuk berjalan lagi kan. Wafiy lagi prefer berjalan meniti melalui sofa@kabinet ataupun merangkak. So lepas tu apa yang NurNiz praktikkan NurNiz akan biarkan Wafiy berjalan2 di porch+rumput di halaman rumah. Memang nampak la Wafiy lagi berminat untuk berjalan2 di luar rumah berbanding di dalam rumah. Masa tu penat sikitlah bila jatuh ja Wafiy akan terus merangkak habis kotor baju2. Selain tu, kalau di shopping complex NurNiz & Big Bear akan pegang tangan Wafiy sambil berjalan2.

NurNiz rasa tips paling berguna yang berjaya buatkan Wafiy nak berjalan ialah dari blog kathyjem. Terus weekand tu Big Bear & NurNiz belikan Wafiy kasut bunyi2. Selepas pakai kasut bunyi2 tu Wafiy memang bersemangat untuk berjalan sampailah berjaya berjalan :). Koleksi gambar2 Wafiy masa baru pandai berjalan hari tu sebagai kenangan.

Masa awal2 berjalan tangan kena angkat nak balancekan badan hehe

Kalau jatuh sibuklah nak merangkak plak

Riadah dengan ibu & ayah

Wafiy siap pakai kasut sukan nak berjogging



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment