Wafiy: 9-11.5 Bulan

Kesibukan yang melanda sampai tak sempat berblogging. Sibuk2 pun tetiba ja semangat nak update blog hihi. Semalam di rumah pengasuh, tiba2 nampak depan mata Wafiy bangun dan mula berjalan dalam 5 langkah dengan sendiri tanpa bantuan. Gembiranya NurNiz tapi tak sempatlah nak ambil video. Tapi kalau kat rumah sendiri jangan haraplah nak nampak Wafiy berjalan. Kalau pegang/tolak orang/objek, Wafiy nak berjalan tapi kalau kita lepaskan tangan dia atau lepaskan objek tu terus Wafiy akan duduk. Kalau di rumah pengasuh tu Wafiy seorang ja yang tak berjalan lagi jadi semua orang tertunggu2 bilalah Wafiy nak berjalan huhuhu.
Bila agaknya Wafiy nak berjalan sendiri ni..
Wafiy pun dah pandai turun dan naik katil dengan sendiri. Jadi NurNiz takdalah risau sangat kejadian jatuh katil lagi. Kalau tak sampai nak panjat sofa, kekadang tu siap ambil kereta naik atas kereta untuk panjat atas sofa tu. Sekarang ni kalau makan di luar pun Wafiy taknak duduk dalam kerusi makan baby. Mesti sibuk ja nak panjat naik atas meja atau berdiri atas kerusi makan baby tu. 
Rambut pun nak makan gak
Antara menu kegemaran kuetiaw sup
Sedap hingga menjilat pinggan
Wafiy juga dah boleh kenalpasti beberapa objek dan memahami arahan yang simple. Contohnya kalau NurNiz tanya tentang "cat/kucing" Wafiy akan tercari2 kucing. Kalau ternampak kucing tu Wafiy akan buat bunyi "miaw" walaupun tak sama langsung bunyi "miaw". Kalau suruh Wafiy bunyikan hon kereta mainan "pin..pin" Wafiy pun akan tekan hon sampai berbunyi.

Wafiy sekarang bukan main laju lagi drive kereta mainan. Rasanya Wafiy belajar daripada abang2 di rumah pengasuh. Kekadang tu siap jadi mat rempit "upkan' kereta tu haha. Kalau kat rumah, Wafiy lagi suka bawa kereta nak pegi mana2 sebab lagi cepat dari merangkak. Mula2 dulu sebab ada safety gate sebelum dapur, Wafiy akan berusaha angkat kereta supaya melepasi pagar tapi tak pernah berjaya. Jadi sekarang ni dah tau kena parking kereta dulu baru boleh merangkak melepasi pagar. 
Bersiar2 naik kereta
Sambil tu sempat lagi mengutip benda
Tolong buka gate, Wafiy nak keluar
Sukalah tu dapat "upkan' motor :)
Sekarang ni semua benda nak tunggang
Sekarang ni aktiviti kegemaran Wafiy ialah memunggah barang. Tempat kegemaran memunggah barang adalah dapur & bilik tidur. Hari tu tinggalkan sekejap di dapur, tengok Wafiy dah ambil & buka penutup sos cili yang berada dalam laci. Kalau terlambat sikit, selamatlah Wafiy makan sos cili tu.

Perkembangan lain dah lupa plak sebab  dah lama sangat tak upadate hehehe.

Aktiviti hujung minggu mandi kolam
Nasib baik mandi kolam di rumah tak demam
Menangis2 nak pegi duduk tempat driver
Terpegun tengok pertunjukan silat
Ayah bagi upah naik kereta bergerak
Takutnya kapal terbang ni naik

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment