Kurangkan Selsema Baby

Sejurus selepas discharge daripada Pantai Hospital, Wafiy dah dibekalkan ubat untuk hidung tersumbat (mungkin disebabkan kejadian masa kelahiran dulu). Kesian sangat tengok Wafiy masa tu, bayangkanlah masih baby lagi tapi bernafas berbunyi2. Wafiy selalu gak tetiba ja selsema & nafas berbunyi ni semasa dalam pantang. Sepanjang masa tu, NurNiz selalu semburkan ubat Iliadin & letakkan Vicks baby di hidung & dada semasa Wafiy tidur especially malam2. Big Bear pun ada beli nasal aspirator untuk sedut hidung. Tapi nasal aspirator tu memang tak berguna langsung. Tolonglah jangan beli nasal aspirator jenis ni. Jadi terpaksalah sedut hidung Wafiy secara manual. Selalunya Big Bear & mak mertua lah yang sedut hehe.
Iliadin untuk hidung tersumbat baby. Hanya boleh digunakan seminggu.
Nasal aspirator yang tak bagus
Masa Wafiy 3 bulan camtu, Wafiy terkena selsema yang agak serius selepas terhisap susu yang diminum. Wafiy memang selalu meragam sebab hidung tak selesa. Nafas berbunyi tapi hingusnya tak keluar pun. Kalau tengok dalam hidung, hingus pun tak nampak sangat. Kalau sesetengah baby, hingus akan mengalir keluar hidung kan. Hidung tersumbat Wafiy tu berkanjutan selama 2,3 minggu. Big Bear & NurNiz pun pergi ke Klinik Pakar Kanak2 di Alor Setar. Doktor titikkan saline solution ke dalam hidung Wafiy, bunyi hidung tersumbat tu pun semakin ok. Kemudian barulah NurNiz tau yang ubat Iliadin tadi hanya boleh digunakan selama seminggu saja. Kalau simptom berlarutan, kena hentikan penggunaan Iliadin tu.
Saline solution
Wafiy selalu ja kena selsema on off. Jadi NurNiz pun bertekad beli nasal aspirator yang jenis lain. NurNiz tau pun pasal ni lepas tengok kat internet. Harga nasal aspirator ni takdalah mahal sangat, berbelas ringgit ja. Setelah digunakan, terbukti nasal aspirator ni sangat berkesan. Sebelum ni kan susah nak nampak hingus Wafiy, rupanya bila sedut banyaknya hingus Wafiy siap kaler hijau lagi.
Nasal aspirator yang bagus
 Step2 yang Nurniz akan buat kalau Wafiy selsema:
  • Kalau hingus jenis pekat & melekit, titikkan saline solution untuk melonggarkan hingus. Sedut hingus pakai nasal aspirator. 
  • Kalau hingus jenis cair & meleleh keluar hidung, sedut menggunakan nasal aspirator dulu. Kemudian baru titikkan saline solution ke cotton bud & lapkan ke dalam hidung baby untuk mengeringkan hingus.
Last sekali, disebabkan Wafiy selalu selsema maka NurNiz pun mencari alternatif lain untuk menghalang penyakit selsema. Selalu kena penyakit selsema mungkin disebabkan antibodi badan yang lemah. Antaranya yang NurNiz baca minyak ikan sangat bagus untuk menghalang penyakit selsema/flu. Wafiy kan tak boleh makan minyak ikan lagi jadi ibunya lah yang kena consume minyak ikan tu. Jadi NurNiz pun trylah Omega Guard daripada Shaklee disebabkan NurNiz dah memang ambil supplement Shaklee yang lain. Actually minyak ikan apa pun bagus macam brand Pristin, Neurogain ka. Dan satu lagi nutrien penting untuk melawan penyakit selsema adalah Vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk penghasilan interferon, sejenis bahan yang diperlukan oleh badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. NurNiz ambil Vitamin C daripada Redoxon. Vitamin C Redoxon ni diperkaya dengan zinc untuk memudahkan penyerapan dalam badan kita. Alhamdullilah setelah sebulan lebih consume kedua2 ni, nampaklah hasilnya Wafiy dah jarang kena selsema lagi :).

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment