Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for August 2013
Hari raya ke-4 hari tu genaplah Wafiy 9 bulan. NurNiz perasan emosi Wafiy tengah alami perkembangan sekarang ni. Antaranya sekarang ni dah pandai mengamuk sambil baringkan badan atas lantai. Kalau halang daripada ambil/main sesuatu secara drastik, mengamuklah atas lantai. Kalau benda yang tak berbahaya sangat bolehlah NurNiz ambil slow2 ataupun umpan dengan mainan lain. Kalau benda yang berbahaya kenalah halang terus kan. 

Pastu sejak raya hari tu, selalu sangat tengok sepupu2 besar sikit main tolak2 kereta mainan mini tu, tetiba ja Wafiy pandai main tolak kereta mainan sambil buat bunyi ngeeee..ngeeee. Nampak sangat terpengaruh & suka tiru apa kanak2 lain buat. Big Bear pun belikan kereta mainan mini kat Tesco. Punyalah excited buka kat Tesco gak lepas bayar, sekali dibalingnya Wafiy kereta tu terus berkecai tayar terkeluar huhuhu. Selain tu, Wafiy tiba2 ja sibuk bab buka membuka ni. Sekarang ni dah boleh buka tutup paip air, buka safety lock kat rak tv, buka tutup semua kabinet/laci yang ada kat rumah. Kalau kita tutup, terus ja dia buka balik sampai dah tak larat NurNiz berebut2 tutup semua benda tu.
Wafiy yang sibuk nak buka safety lock
Kalau bangun tidur bila masa pun tengok NurNiz takda terus menangis & meraung kuat2 sambil merangkak keluar bilik cari NurNiz. Ada satu pagi  tu ayah NurNiz temankan Wafiy tidur. Wafiy terjaga terus pergi peluk ayah NurNiz dalam keadaan bilik gelap. Tapi bila Wafiy rasa muka & bau badan Toklid, terus menangis merangkak cari NurNiz kat dapur. Pagi2 nak keja NurNiz akan try bangun slow2 untuk mandi. Tapi selalunya tak berjayalah sebabnya Wafiy macam ada sensor plak kalau NurNiz bangun. Lagi satu selalunya Wafiy yang bangun awal daripada Nurniz hehehe.

Wafiy sekarang ni agaknya dah faham istilah bersantai2. Kalau weekand petang2 NurNiz & Big Bear bersantai2 sambil baring atas lantai, Wafiy pun akan join sekali baring & bergolek2 atas kitaorang. Kekadang tu sibuk ja cium pipi NurNiz sampai melekat air liur kat pipi. NurNiz rasa happy sangat Wafiy tengah bina hubungan emosi dengan orang yang disayangi. Perkembangan yang lain Wafiy dah boleh tepuk tangan & bye2. Tepuk kaki pun boleh Big Bear yang ajar haha. Sekarang ni kalau dengar muzik, Wafiy bukan main suka tepuk tangan & lengok2kan badan macam menari ikut lagu tu.

Video Wafiy lengok2kan badan
 
Tepuk2 tangan..
Tangan nyanyi nasyid
Bye..bye ibu

Video tepuk kaki


Akhirnya Wafiy dah tumbuh gigi masa 8 bulan beberapa hari (dah lupa plak NurNiz). Mula2 naik sebatang ja kat bawah. Nak masuk sembilan bulan baru tumbuh sebatang lagi kat bawah. Nasib baiklah Wafiy demam tak teruk masa nak tumbuh gigi hari tu. Badan just panas suam2 camtu.

Sejak ada gigi asyik senyum senget hehe
Semua benda nak test dengan gigi
Eh gigi saya kecil lagi
Schedule raya NurNiz tahun ni memang full. Dah ada anak ni, sambutan raya terasa lebih bermakna.  Meriahnya kena packing barang/baju yang banyak, padahal baru anak sorang kan. Penatnya nak kena kejar Wafiy yang merangkak & meniti ke hulu ke hilir hehe. Nasib baiklah Wafiy tak dapat kaki lagi. Kalau tak pengsan terus NurNiz. Habis semua barang dekat rumah orang lain ditarik & dikutip. Kang tak pasal2 pecah pasu bunga & balang kuih raya rumah orang. Gambar raya pun tak banyak. Nak ambil gambar Wafiy yang takmau duduk diam bukan main susah :).  Raya kali ni NurNiz & Big Bear kejanya berulang alik Alor Setar --> Sungai Petani ja. Tahun ni NurNiz terima tetamu di Changlun sebabnya ayah NurNiz dah tak larat nak ikut konvoi raya.

Raya 1: Rumah mertua & sanak saudara Big Bear
Raya 2: Rumah sanak saudara NurNiz
Raya 3: Terima tetamu & beraya rumah kawan
Raya 4: Kenduri saudara Big Bear & terima tetamu rumah mertua
Raya 5: Kakak balik beraya & tidur rumah NurNiz. Malam BBQ raya.
Ada ja tangan kecil nak tarik songkok
Family potrait
Wafiy gatal gusi baru tumbuh satu gigi
Rimaslah pakai songkok..
Testing gigi
Kena umpan dengan hp baru lupa pasal songkok
Malam raya pertama
Ramai cousin bukan main hepi Wafiy
Pegang stereng aktiviti wajib naik kereta
Wafiy takmau langsung dipegang. Nak bebas ja dia..
Tidur kepenatan
Topi raya Wafiy haha
Kenduri raya
Berpeluh2 dalam dewan
Time tak ready bukan main Wafiy bersedia

Bulan puasa kali ni Big Bear asyik teringin nak makan kambing ja. NurNiz & Big Bear pun jalan2 cari menu kambing. Tapi NurNiz tak suka kambing pun.

Nasi Arab Kambing

Lokasi : Sungai Petani(bersebelahan Village Mall)
Bulan puasa ni Kedai Nasi Arab ni dah sediakan sediakan standard set untuk berbuka puasa. Overall oklah menu tu. NurNiz jarang makan nasi arab jadi taktau nak jugde tahap kesedapan nasi arab tu.
Wafiy first time try puree Heinz
Set berbuka
Nasi Arab Mandy
Kambing + Ayam

C-Kopitiam

Lokasi: Changlun
Kopitiam kesukaan NurNiz rupanya ada sediakan menu Nasi Kuzi Kambing untuk berbuka. Tapi Big Bear kureng suka dengan menu kambing katanya rasa kuah & kambing tu tak bersatu.
NurNiz makan Sizzling Yee Mee
Nasi Kuzi Kambing
Tembikai Laici
Teh Bunga Jelly
Wafiy suka sangat tengok orang lain especially kalau ada rakan sebaya:)
Wafiy sibuk ja pandang orang lain
Penat ibu umpan tengok camera
ABC yang sedap rasa ala2 cendol
Menu kami berbuka
Yeaaa..akhirnya Wafiy dah pandai minum pakai straw. Produk Nuby Cup ni sangat membantu NurNiz ajar Wafiy hisap straw. Mula2 dulu NurNiz beli cup yang ada straw tu. Bukan main buat demo hisap straw tunjukkan kat Wafiy. Tapi Wafiy masih tak pandai lagi masa tu, straw tu digigit2 Wafiy adalah. Tujuan NurNiz nak ajar Wafiy minum jus pakai straw ja, kalau boleh botol susu tu biarlah guna minum susu ja. Sebelum tu NurNiz ajar Wafiy minum dalam cawan biasa & sippy cup. Tapi kita kenalah tolong pegangkan  & monitor sebab selalu tertumpah & baby terlebih minum sampai tersedak. NurNiz ingatkan mungkin Wafiy tak pandai lagi masa umur 6 bulan tu nanti2lah NurNiz cuba ajar lagi. Lagi satu NurNiz perasan straw tu pendek & kecil sangat Wafiy nak cuba hisap pun macam susah.
Cup yang ada straw lembut
Straw lembut tapi agak pendek & kecil
Baru2 ni kat Anakku terjumpa cup yang ada straw brand Nuby. Cupnya jenis no spill (tak boleh tumpah & straw dia besar. Straw Nuby ni pun ada valve yang boleh kawal aliran sedutan straw tu. Sangat sesuai tuk baby, takdalah baby tersedak terhisap banyak. Balik rumah demo kat Wafiy cara nak sedut & Wafiy kejap ja dah berjaya menyedut. Tapi yang cup NurNiz beli ni macam terlebih besar plak untuk Wafiy. Wafiy nak pegang pun susah. So NurNiz belikan cup yang ada dua handle tu. Wafiy sangat suka dapat minum air pakai straw sekarang. Bukan main asyik sedut air ja pakai straw.
Straw yang besar mudahkan baby nak hisap macam putting botol
Kalau terbalikkan pun air takkan tumpah
Nuby Cup dengan 2 handle
Wafiy new addiction minum air pakai straw hehe
Tahun ni  NurNiz selesai shopping baju raya sebelum bulan puasa lagi. Huhuhu awal sangat kan.Takut tak mampu bershopping sambil bawa Wafiy masa bulan puasa. First time beraya dengan anak kecil, memang ibunya sangat excited membeli baju2 baby. Ibunya baju sehelai saja pun tak kisah. Akibat membeli terlalu awal, kemeriahan raya macam tak terasa plak. Lagi satu ada plak baju raya Wafiy yang terpakai awal sebelum raya hehe. Nasib baiklah Wafiy baby boy, pilihan fesyen tak sebanyak baby girl. Tiap2 kali shopping geram ja tengok baju baby girl yang sangat cute. NurNiz sangat suka kalau baby boy pakai kemeja, nampak smart gitu. Tapi Big Bear sangat anti baju kemeja sebab katanya akan merimaskan baby. Big Bear suka baju yang gaya simple, santai2 ja. Sebab tu boleh nampak Wafiy jarang sangat pakai baju kemeja ataupun yang bercollar.
DKNY tiruan saja haha
Satu ja baju kemeja Wafiy
Disebabkan Wafiy kurang ketinggian, seluar pendek jadi macam seluar panjang :)
Baju raya ala sukan
Patutnya nak beli baju Arsenal tapi takda yang berkenan
NurNiz paling suka jumper ni
Tshirt kena lebih japgi makanan tumpah
Ada plak Big Bear kata baju ni macam baju baby girl
Baju raya Wafiy yang terpakai awal sikit hehe

Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Scan Minggu Ke-8 (2 bulan)
    Hari ni NurNiz nak bercerita pengalaman scan kandungan 1st time. Masa tu NurNiz pegi scan kat Putra Medical Centre (PMC), Mergong. PMC ni t...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ▼  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ▼  August (7)
      • Wafiy: 8-9 Bulan
      • Raya 2.0+1=3
      • Jalan2 Cari Kambing
      • Review Nuby No Spill Flip It Up Cup
      • Baju Raya Wafiy
      • Car Seat Baru
      • Kurangkan Selsema Baby
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Nasi Goreng Cili Kering Dan Dunia Penuh Lakonan
    1 day ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes