Baby Carrier --> Beco Gemini Review

Setelah digunakan selama lebih sebulan, NurNiz sangat berpuas hati dengan pembelian Beco Gemini ni. Masa awal2 penggunaan carrier ni, NurNiz & Big Bear selalu letakkan Wafiy dalam kedudukan front carry facing out supaya Wafiy tidak mudah bosan. Wafiy ok ja duduk dalam carrier tu tapi selepas 30 minit selalunya akan meraung2 untuk keluar dari carrier.

Kemudian, NurNiz & Big Bear cuba letakkan Wafiy dalam kedudukan front carry facing in. Ternyata Wafiy lagi suka kedudukan camni & dapat bertahan lebih lama sebab lagi selesa (tulang belakang disupport sepenuhnya dengan carrier). Tapi tula kepala Wafiy asyik terjulur keluar ja nak tengok perkembangan kat luar :)

Yang paling amazingnya Wafiy dapat tidur dalam carrier tu padahal Wafiy ni seorang baby yang susah sikitlah bab tidur. Tidur kena suasana kondusif & kalau berubah tempat sikit akan mudah terjaga. Kalu kereta berhenti pun selalu ja terjaga. Kalau tidur dalam kereta, NurNiz & Big Bear masukkan Wafiy dalam stroller bila sampai shopping complex terus terjaga takmau tidur dah. Sekarang ni, NurNiz & Big Bear cepat2 masukkan dalam carrier Wafiy memang akan sambung tidurnya.

Carrier ni sangat berguna bagi NurNiz yang berPJJ ni. Bayangkan kalau nak kena shopping barangan rumah berdua ja dengan Wafiy. Dengan nak dukung Wafiy yang semakin buas di sebelah tangan & angkat barang2 di sebelah tangan lagi memang tak mampulah. Kalau pakai carrier ni senang sikit NurNiz nak angkat barang2 sebab berat Wafiy dah ditampung oleh carrier. Sekali tu NurNiz pernah gak sakit pinggan pakai carrier ni rupanya sebab salah cara pakai.
Corak Beco Gemini Garden idaman NurNiz

Kelebihan Beco Gemini

  • Baby boleh diletakkan dalam 4 kedudukan (front carry facing out, front carry facing in, hip carry, back carry). Tak banyak carrier yang boleh front carry facing out.
  • Ianya one piece baby carrier. Tak perlu infant insert untuk newborn.
  • Ada headrest yang boleh diturun & dinaikkan untuk support kepala baby ketika tidur.
  • Base yang boleh diadjust (Narrow@Wide) mengikut saiz baby.
  • Safety strap buckle di pinggang dan leher. Strap buckle ni takkan terbuka dengan sendiri. Anda perlukan kedua2 tangan serentak untuk tekan buckle supaya terbuka. 
  • Corak2nya yang menarik :) 
  • Headrest dinaikkan. Wafiy tengah nyenyak tidur tu.
    Safety strap buckle Beco Gemini

Kekurangan  Beco Gemini

  • Tiada foot rest untuk baby meletakkan kaki.
  • Tiada hood untuk melindungi baby daripada hujan@panas.
  • Hanya mampu menampung berat baby 3.5-16 kg. Carrier lain boleh menampung sehingga 20kg.
  • Base yang agak narrow kalau dibandingkan dengan carrier lain. (tapi untuk Wafiy  memang berseuaian sebab Wafiy jenis baby yang agak petite/ tak tinggi& kaki tak panjang sangat hehe
Untuk perbandingan yang lebih meluas tentang carrier2 yang ada anda bole refer di link ni.

Hepinya Wafiy duduk dalam Beco Gemini
Beco Gemini Headrest diturunkan

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. thanks for the review..
    teringin gak nk beli tapi takot tak elok sbb bukan ori kan..

    so overall, bukan ori nye pn ok lah ye?
    sampai umur berapa wafiy duk dlm beco gemini tu?

    ReplyDelete
  2. So far ok lah sy pakai..tp sy recommend beli yg ori la kalau memang nak pakai slalu.sbb sy notice yg x ori ni makin lama padding dia macam makin nipis..
    Sekarang wafiy dah 8 bulan & lama lg carrier ni boleh dipakai rasanya..

    ReplyDelete