Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for 2013
Kali ni NurNiz rasa happy sangat sebab Big Bear & Wafiy dapat join sekali dinner di ofis. Sebelum ni dinner2 selalu buat weekdays so Big Bear memang tak dapat nak join sekali. Nak tinggalkan Wafiy pun susah, jadinya last sekali NurNiz pun tak dapat pegi.

Makanan seafood

Watching student's performance

Mata Wafiy terkebil2 kena angin laut. Tudung NurNiz pun habis comot ditiup bayu laut

Nite view near the beach


Sejak NurNiz & Big Bear berkahwin pada tahun 2011, alhamdullilah dah tiga tahun berturut2 kenduri kahwin sebelah keluarga metua NurNiz dibuat. Dah tak mampu nak bercerita pasal hari kenduri sebab penat menghalang Wafiy daripada merosakkan pelamin Mak Ndak & mengejar Wafiy yang jalan ke sana sini. Layan gambar jala hehe..

Veil adik ipar NurNiz jahit sendiri. NurNiz suka sangat bunga2 ros tu.

Pelamin. Huhu tengoklah bunga terbalik hasil tangan siapa??

Semua lauk dimasak sendiri (bukan Nurniz haha)

Sebahagian dari hantaran

Cupcake NurNiz tempah. Sangat tak puas hati dengan hasilnya tapi takmaulah mention nama bakery tu.
Wafiy tertido kepenatan. Luka akibat jatuh.

Sepupu Wafiy yang sama tahun lahir

Anak2 buah kesayangan NurNiz. Dah besar semuanya..

Kawan adik ipar sponsor. Kek sedap cantik plak tu.

Finally wajah raja sehari

Big Bear la yang rajin mengajar Wafiy naik kereta musikal bergerak kat shopping complex dari kecil. Sekarang ni, kalau lalu ja di kawasan mainan mulalah menunjuk2 nak pegi sana. Bila dah pandai jalan, terus ja laju jalannya ke sana. Selain tu, Wafiy pantang nampak taman permainan. Kalau nampak taman permainan pun asyik tunjuk2 ke situ. Bila tak bagi, mulalah berlakon nangis2 macam kena dera sambil golek2kan badan atas lantai. Pegi kedai sekarang pun semua benda nak dicapai. Dah banyak kejadian barang2 jatuh dari rak. Kejadian paling terbaru penyangkut baju yang besar tu jatuh bersama2 baju. Nasib baik tak jatuh atas Wafiy huhu.

Troli wajib kalau ke Giant

Muka puas dapat main

Seronok main taknak pandang camera dah

Sekarang dah boleh turun gelongsor sendiri. Tapi menghadap belakang haha
Masa nak naik sempat bertegur sapa dengan baby girl comel tu

Wafiy take 5 kejap letih


Alhamdullilah, genap umur Wafiy setahun hari tu Wafiy dah boleh berjalan sendiri dengan cekap. Sebelum tu NurNiz bukan main risau lagi Wafiy tak boleh berjalan lagi. Wafiy dikelilingi dengan baby2 yang cepat berjalan. Dayana kawan Wafiy di rumah pengasuh pun boleh berjalan masa umur 9 bulan. Anak2 buah NurNiz semuanya berjalan sebelum masuk umur setahun.  Ibu Wafiy cuba sedaya upaya untuk bertenang tapi bila selalu ditanya orang lain jadi risau plak kan hehe. Disebabkan tu, NurNiz selalu gak mencari tips2 supaya anak cepat berjalan. Antaranya yang famous (petua tradisional) bawa anak2 berjalan2 pagi di atas embun rumput. Ada gak petua yang suruh sapu air embun ke lutut baby. Biasalah perkembangan setiap baby tak sama tapi selalunya ibu2 ni mesti risau kan. Menurut pembacaan NurNiz, adalah normal baby mula berjalan sehingga umur 1 tahun 6 bulan. Kalau 2 tahun masih belum berjalan, mungkin ibu bapa boleh refer kepada pakar kanak2. 

Masa umur Wafiy 11 bulan ++, Wafiy dah boleh bangun untuk berdiri & berjalan. Tapi bila menapak baru selangkah, Wafiy terjatuh terus Wafiy takmau jalan dah. Ada sesetengah baby tu walaupun jatuh tetap akan berusaha bangun untuk berjalan lagi kan. Wafiy lagi prefer berjalan meniti melalui sofa@kabinet ataupun merangkak. So lepas tu apa yang NurNiz praktikkan NurNiz akan biarkan Wafiy berjalan2 di porch+rumput di halaman rumah. Memang nampak la Wafiy lagi berminat untuk berjalan2 di luar rumah berbanding di dalam rumah. Masa tu penat sikitlah bila jatuh ja Wafiy akan terus merangkak habis kotor baju2. Selain tu, kalau di shopping complex NurNiz & Big Bear akan pegang tangan Wafiy sambil berjalan2.

NurNiz rasa tips paling berguna yang berjaya buatkan Wafiy nak berjalan ialah dari blog kathyjem. Terus weekand tu Big Bear & NurNiz belikan Wafiy kasut bunyi2. Selepas pakai kasut bunyi2 tu Wafiy memang bersemangat untuk berjalan sampailah berjaya berjalan :). Koleksi gambar2 Wafiy masa baru pandai berjalan hari tu sebagai kenangan.

Masa awal2 berjalan tangan kena angkat nak balancekan badan hehe

Kalau jatuh sibuklah nak merangkak plak

Riadah dengan ibu & ayah

Wafiy siap pakai kasut sukan nak berjogging



Hari Ahad yang lepas (8/12/2013) selepas menghantar rombongan adik ipar di sebelah lelaki di Taiping, family mertua NurNiz singgah di Zoo Taiping. Biras NurNiz sponsor tiket zoo untuk  semua family sebanyak 7 buah kereta hee. Tiket untuk dewasa masuk ke zoo RM 16 agaknya (mentang2 orang sponsor terus tak ambil tahu harga tiket). Memang ramailah orang berpusu2 nak masuk sebab cuti sekolah hari Ahad plak tu. Tercapai gaklah cita2 NurNiz & Big Bear untuk bawa Wafiy ke zoo selepas Wafiy dah boleh berjalan.

Dalam Zoo Taiping ni boleh berjalan kaki @ naik train/kereta api kecil. NurNiz & Big Bear pilih untuk naik train. Penat tau nak jalan2 kaki keliling Zoo Taiping tu. Tapi kalau naik train kurang best sikit sebab tak dapat tengok haiwan lama2. Tapi takpa kalau train tu berhenti kat penghujung, kita bolehlah jalan kaki sekejap tengok haiwan2 besar macam gajah, zirafah, kuda belang & lain2. Nasib baiklah Wafiy tau sikit2 pasal haiwan sebab dah pernah ajar gunakan soft book. Tapi Wafiy tau haiwan kucing ja lah yang lain taktau lagi haha. Kali ni lagi bestlah dapat tengok secara life. Sambil tengok haiwan tu sambil bagitau nama haiwan & buat bunyi haiwan tu kat Wafiy.

Dalam perjalanan naik train, ada satu gerabak train tu rosak. Perjalanan train lain pun terganggu gak. Nasib baiklah akhirnya train tu ditarik. Tapi berpeluh2 gaklah tunggu train tu dialihkan.

Tunggu giliran naik train

Wafiy yang sibuk berjalan ke sana sini

Burung kakak tua

Lokasi di mana train rosak
Sambil tunggu train dialihkan, kita bergambar dulu

Wafiy sangat excited tunjuk2 haiwan dalam zoo

Tak berani bergambar dengan ular, bergambar luar kandang ja

Zirafah

Kuda belang di Zoo Taiping
Unta pun ada  :)

Wafiy tergolong dalam kategori baby yang susah nak makan, jenis memilih makanan. Ada sesetengah baby tu suap ja apa2 semua akan dimakan. Wafiy akan makan makanan yang disukai ja, yang tak disukai tu dia akan luahkan balik ataupun takmau buka mulut langsung. Kalau masak bubur/nasi lembik, gunakan 1 sudu besar beras memang tahan untuk Wafiy makan seharian. Setiap sesi makan tu adalah dalam 2,3 suap ja Wafiy makan.  Bila demam ja, selera makan Wafiy lagilah berkurang. Kadang2 satu hari tu takmau makan apa2 berharapkan kepada minum susu ja. Baru2 ni Big Bear & NurNiz belikan Wafiy Appeton Multivitamin untuk menambahkan selera makan memandangkan Wafiy dah berusia setahun. Baru makan sebiji, ternyata berkesan sebabnya pengasuh bagitahu Wafiy berselera nak makan.
Appeton Multivitamin with Lysine
Wafiy yang masih bulat sebelum demam
Berat setahun 8.1 kg


Rindu plak zaman baby Wafiy. Sekarang pun Wafiy masih baby lagi di mata NurNiz & Big Bear hehe

3 bulan : Gelak mengekek bila diacah
4 bulan: Meniarap & bergolek
5 bulan: Menyulur ke depan
7.5 bulan: Merangkak & duduk sendiri
8 bulan: Tumbuh gigi yang pertama
8 bulan: Berpaut, meniti & memanjat
1 tahun: Berjalan terkedek-kedek


Weekand haritu, NurNiz & Big Bear bawa Wafiy gunting rambut di kedai. Ni kali keempat rambut Wafiy digunting dalam setahun. Wafiy kalau rambutnya panjang sikit orang selalu confius baby boy ke girl. Hehehe sabar jelah, boleh plak camtu kan.

Wafiy si botak
Rambut dah masuk telinga..
Kalau tak sikat memang serabut rambutnya
Pandangan sisi
Suruh gunting sikit ja, diguntingnya sampai habis..

Sibuki tengok diri dalam cermin
Ayah pun kena pakai penutup


Hasilnya jadi anak askar..knape muka masam tu??
Wafiy ni ikut muka sapa??Sampai sekarang NurNiz confius..

Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ▼  2013 (64)
    • ▼  December (6)
      • Dinner for 3
      • Wedding Mak Ndak Wafiy
      • Nak tu...nak tu...
      • Anak Lambat Jalan
      • Wafiy 1st Time ke Zoo Taiping
      • Anak kurang selera makan
    • ►  November (6)
      • Motherhood Journey: [Perkembangan Wafiy 1 Tahun]
      • Haircut again..
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    20 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes