Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for October 2012
Eh, NurNiz tertinggal plak entri pasal checkup masa 34 minggu. Takpa kita fokus kepada yang terbaru sebab masih lagi fresh hehe. Pada checkup kali ni (28/10/2012), NurNiz kena ambil darah lagi untuk check kandungan hemoglobin dalam darah. Jadi, sebelum berjumpa Dr. June NurNiz dibawa ke makmal untuk mengambil darah.

Seperti biasa, Dr. June pastinya akan menyambut setiap patient dengan senyuman manis. Dr. June bagitau keputusan darah akan diperolehi lewat sedikit. Jadi, beliau akan memberitahu keputusan pada next appoinment iaitu minggu hadapan. Selepas 36 minggu, appoinment dengan doktor adalah pada setiap minggu ok. Sterusnya. Dr. June scan kandungan NurNiz untuk melihat perkembangan baby Wafiy. Kepala Wafiy berada di bawah seperti sebelum ni dan berat Wafiy sekarang sudah menjadi 2.48 kg. Cepatnya anak mommy ni membesar. Berat NurNiz plak naik lagi daripada 56.5 kg kepada 56.6 kg (hehe nasib baik naik 100 gram aje). Kemudiannya Dr. June bagitau NurNiz dan Big Bear bahawa uri/plasenta NurNiz semakin matang (kalau dalam scan kita boleh nampak kat bahagian uri tu ada garis2 berwarna putih). Adakah maksudnya baby Wafiy dah nak keluar?? Seperti biasa, baby Wafiy takmau tunjukkan muka dia. Baby Wafiy siap tutup muka dia dengan tangannya yang chubby tu  walaupun doktor berkali2 gerakkan perut mommy :).

Tangan chubby Wafiy ikut mommy ka?? nasib baik muat lagi cincin kahwin


Dr. June pun terangkan tanda2 nak bersalin iaitu keluarnya air ketuban berwarna jernih/ sedikit kekeruhan@keputihan/ kemerahan kalau bercampur dengan darah/ kehijauan@ gelap kalau baby sudah membuang najis di dalam perut. Sekiranya keluar tanda2 tersebut, boleh datang ke hospital dengan segera disebabkan bila air ketuban mulai keluar  maksudnya baby di dalam kandungan tidak lagi dilindungi di dalam kantungnya dan mungkin terdedah kepada jangkitan kuman.

Masa tengan scan tu, tiba2 result keputusan darah dah diketahui (eh cepat plak kan). Seperti tak diduga, Hb NurNiz masih lagi tidak meningkat iaitu 8.2 g/dL. Dr. June sarankan supaya NurNiz tingkatkan Hb sebelum bersalin kerana Hb yang rendah semasa bersalin mungkin menyebabkan si ibu kehilangan banyak darah dan Hb menurun lagi. Akibatnya, darah si ibu mungkin terpaksa ditambah. Jadi, untuk mengelakkan darah ditambah, lagi elok NurNiz tingkatkan Hb dalam darah secara semulajadi dengan memakan makanan menambahkan sel darah merah dalam darah. Selain itu, Dr. June bagitau anemia di kalangan ibu mengandung mungkin menyebabkan baby lahir awal & bersaiz kecik. 

"Mommy teringin jugak nak tengok baby Wafiy lahir awal tapi barang2 belum ready lagi & banyak kerja tak settle lagi huhu "
Ayah NurNiz merupakan peminat Volkswagen (ada sebiji van combi & sebiji kereta beetle jenis lama tu). NurNiz memang tak minat la model2 antik camtu. Tapi kan model2 terbaru kereta Volkswagen sekarang ni memang sangat menarik hati. NurNiz paling suka dengan New Beetle tu, sangat comel. Kebetulan baru2 ni Big Bear (nama panggilan baru untuk en. suami dalam versi blog ni hehe) kena pergi ke Jerman outstation. Bayangkan betapa bestnya Big Bear bagitau kat sana kereta Volkswagen dah macam kereta Perodua ja kat Malaysia ni. Kalaulah boleh bawa blek satu biji kan :). Tak mampu la nak beli kat Malaysia ni sebab dah lebih kurang harga rumah plak tu.


Van Volkswagen Combi


Volkswagen Beetle Pink yang sangat cantik
Open air lagi best!


NurNiz ni selalu sangat pelupa, jadi baik NurNiz buat checklist & prepare siap2 barang2 yang perlu dibawa ke hospital nanti. Takut last minit kelam-kabut ada ja barang2 yang tertinggal. Jauh plak en. suami nak kena ambilkan. Checklist ni ala kadar ja pun :)

Barangan Ibu

1. Buku Pink
2. Kad Pengenalan
3. Handphone & charger
4. Tuala mandi (1 helai)
5. Toiletries (berus& ubat gigi, pencuci muka, sabun, bedak, sikat)
6. Kain batik (1-2 helai)
7. Baju besar (2 helai, 1 untuk balik rumah) & tudung
8. Stoking
9. Maternity pad & disposable panties (4 helai)
10. Nursing bra & pad
11. Minyak angin / minyak panas
12. Spec mata
13. Sweater
14. Air zam zam & kurma
15. Selipar
16. Camera
17. Beg plastik untuk baju kotor

Disposable Breast Pad

Barangan Bayi

1. Baju & seluar& TOPI
2. Selimut
3. Bedung/Lampin
4. Sarung kaki & tangan
5. Pampers 
6. Wet tissue

*Barang baby tak cukup takpa sebab dekat ja rumah mertua nak balik ambil

NurNiz lebih suka pakai baju kurung daripada jubah

Camni kah perasaan nervous ibu mengandung 8 bulan? Sebelum ni NurNiz jaranglah terfikir pasal bersalin ni. Tapi sekarang ni boleh kata tiap2 malam asyik terbayang pasal bersalin (mungkin asyik baca pengalaman bersalin orang lain huhu).

Perubahan ketika mengandung
*NurNiz tak suka sangat pakai baju mengandung sebabnya pergerakan rasa terbatas (kononnya menjaga tatasusila ibu mengandung). Kalau pakai baju biasa rasa cam aktif & bebas bergerak huhu 
Penggunaan botol susu sangat penting terutamanya bagi ibu2 bekerja walaupun tidak menggunakan susu formula sebabnya masa berkerja, anak kena dihantar ke pengasuh. Botol susu juga elok dibeli sebelum bersalin lagi in case susu ibu takda ataupun menghadapi kesukaran menyusukan anak masa baru lepas bersalin. Ada backup untuk bagi susu kepada baby.

Sebelum ni NurNiz nak beli botol susu biasa ja, tapi biasalah bila berblogger ni mesti terpengaruh dengan review sampaikan nak beli botol susu lain. Walaupun NurNiz selalu tengok review pasal botol Avent ni suka leaking, NurNiz tetap nak beli botol susu Avent sebab bagi NurNiz ianya comel & simple. Padahal nanti babynya yang nak minum bukan maknya. "Percubaan untuk baby Wafiy ja, adik2 Wafiy pakai botol susu biasa jala nanti hikhik". Mulanya nak beli 1 botol ja tapi terbeli 1 set plak hehehe. Philips Avent Newborn Bottle Starter Set (Classic) ni mengandungi:
  • 2 x Classic Feeding Bottles (125 ml) with Newborn Flow Teats
  • 2 x Classic Feeding Bottles (260 ml) with Slow Flow Teats
  • 2 x Newborn Flow Teats
  • 1 x Bottle and Teat Brush
  • 1 x Philips AVENT Soother (0-3 Months)
Dapat promosi 1 set ni RM 110. Kalau harga pasaran RM 189.90.  NurNiz suka beli online kat Nuriz Shar sebab kat sini selalu ada promosi.
 
Kotak Philips Avent Newborn Bottle Starter Set (Classic)
Kotak Philips Avent Newborn Bottle Starter Set (Classic)
Sebelum beli Philips Avent Newborn Bottle Starter Set (Classic), NurNiz ada beli botol susu MAM. Mula2 NurNiz ingatkan nak beli 1 ja botol susu MAM ni untuk percubaan nanti, tapi sayang plak sebab ada promosi twin pack. 2 botol susu MAM 125ml/ 4 oz berharga RM 56.90.
Botol susu MAM promosi twin pack

Seperti dijanjikan (janji kat baby Wafiy dalam perut hehe), setelah usia kandungan 32 minggu lebih (8 bulan) (en. suami kata sebulan ada lebih 4 minggu so tak accurate kata 8 bulan..eiii macam2 kan), NurNiz & en. suami pun bershopping barangan baby. Sempena pembukaan Amanjaya Mall (kepunyaan C-Mart) di Sungai Petani, "C-Mart ni pasaraya terkenal di Perlis & Changlun, bertaraf seperti Giant kurang sikit kot, sebabnya dah takda pasaraya lain kat sini hehe" en. suami beria2 mengajak NurNiz bershopping kat sana.

Amanjaya Mall, Sungai Petani

Dibuka 20/11/2012
Sampai saja di sana, rupanya masih banyak kedai2 yang belum dibuka. Tapi yang paling menarik perhatian NurNiz adalah bahagian bunga perhiasan. Untuk barangan baby, banyak gaklah pilihan yang ada tapi en. suami tidak berpuas hati & terus mengajak NurNiz ke Jusco Perda.

Rak2 yang sangat comel. Nak beli satu!

Suka sangat bunga hiasan kat sana. Memang kena dengan taste NurNiz
Kami terus menyerbu Jusco Perda. Yang bagusnya barangan baby di Perda ni disusun mengikut jenis barangan bukannya ikut brand. Sebagai contoh towel baby dari pelbagai brand diletakkan di satu tempat, jadi mudahlah kita membuat perbandingan harga & memilih yang mana satu disukai. Disebabkan barangan baby disponsor oleh en. suami, terpaksalah mengikut citarasa en. suami yang sukakan benda simple2. (no baju & barangan baby yang fancy2 huwaa..). En. suami gak seorang yang praktikal, benda yang tak diperlukan takkan dibeli hehe.

Baju2 bercorak simple k
Promotion 75% (Memang murah giler)
Suka sarung tangan&kaki warna pink (tapi tak sesuai tuk baby boy)

Legging NurNiz pilih sorang2 :)
Antara barangan baby penting yang dibeli:
  • Pelapik getah
  • Towel mandi
  • Kain lampin
  • Wet tissue
  • Selimut
*Beli barangan baby sikit camni ja pun dah mencecah RM200++. Pasni ada lagi barangan besar nak dibeli..


Hasil perbincangan NurNiz dengan en. suami, NurNiz dah buat keputusan untuk bersalin di Sungai Petani. Sebabnya rumah mertua NurNiz dekat ja dengan hospital2 di Sungai Petani dan senang balik berpantang di rumah mertua nanti.

Di Sungai Petani ada beberapa pilihan hospital/klinik untuk bersalin:
  • Pantai Hospital
  • Metro Specialist Hospital
  • Klinik Bersalin Dr. Zainal
NurNiz memilih untuk bersalin di Pantai Hospital disebabkan Pantai Hospital ni sama geng dengan KMC di bawah KPJ dan ada pakar sakit puan perempuan. Pagi Ahad (30/9/2012), NurNiz & en. suami ke Pantai Hospital untuk bertemu Dr. June George. Kami terpaksa menunggu sekejap disebabkan Doktor ada kecemasan di wad bersalin. NurNiz plak 2,3 kali berulang ke bilik air disebabkan sejuk huhu. Dr. June ni memang lemah lembut ja percakapannya. Pertanyaan awal Dr. June kepada NurNiz adakah NurNiz pernah mendapat suntikan kancing gigi tak memandangkan takda rekod NurNiz mendapat suntikan. Yang NurNiz ni plak terpinga2 sebab tak pernah tau pasal suntikan ni.

Dr. June pun jelaskan ibu mengandung seharusnya mendapat suntikan kancing gigi/ Anti Tetanus Toxoid (ATT) untuk mengelak komplikasi semasa bersalin nanti. Kandungan pertama (2 kali sepanjang kehamilan). Kandungan berikutnya (1 kali sepanjang kehamilan). Suntikan akan diberikan apabila pergerakan bayi sudah boleh dirasai (5 bulan) dan suntikan berikutnya akan diberikan sebulan kemudian.

Untuk pemeriksaan kali ni, en. suami plak kena melakukan ujian darah bagi mengesan Talasemia & paras hemoglobin dalam darah. Scan menunjukkan baby Wafiy berada baik (kepala di bawah, uri di atas, tali pusat ok). Nampaknya baby Wafiy takmau menunjukkan mukanya gak kali ni. Kena tunggu bersalin nantilah :). Seperti dijangka, jika ada melakukan ujian darah sememangnya bil yang dijangkakan melebihi RM 200. Cuma terkejut harga untuk suntikan ATT tu RM10 sahaja (ingatkan mahal banyak).
2 hari gak la bengkak baru hilang


Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ▼  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ▼  October (7)
      • Checkup 36 Minggu
      • VW Beetle
      • Checklist Barang2 Mommy & Baby ke Hospital
      • Bulan Ini Bulan ke-8
      • Barangan Baby: Botol Susu
      • Shopping Barangan Baby
      • Suntikan Kancing Gigi Ketika Mengandung
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    21 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes