Tahun lepas NurNiz berpeluang sambut aidilfitri di Malaysia. Tak sangka plak tahun ni pun berpeluang sambut aidilfitri di Brisbane & Malaysia. Alkisah sepatutnya NurNiz tak dapat balik beraya di Malaysia sebabnya masa hari raya pertama tu NurNiz kena attend & present kat workshop di Heron Island. So memang takda plan nak balik Malaysia langsung. Tapi kebetulan parents in-law nak adakan majlis perkahwinan adik ipar NurNiz masa hari raya supaya kami dapat balik untuk majlis perkahwinan & sambut hari raya sekali. Jadi, Big Bear pun belilah tiket balik beraya hari raya kedua (ikut raya Malaysia) lepas NurNiz habis workshop.
Tiba2 boleh plak presentation di workshop tu dibatalkan, jadi hanya supervisor saja yang perlu present. So supervisor NurNiz inform NurNiz boleh ja kalau taknak pegi workshop tu. Nak tukar tiket balik sebelum raya mahal la plak..jadi maintain jela balik raya kedua tu...
Dalam sejarah tahun ni bumi ratu sambut hari raya sama hari dengan Malaysia sebab selalunya di sini raya akan disambut lambat sehari. Solat hari raya kali ni dibuat di dalam dewan di UQ. Lepas tu bolehlah berkunjung ke rumah kawan2 yang buat open house. Macam2 menu yang ada untuk open house dah sama macam kat Malaysia tapi kalau ketupat dalam daun palas tak bolehlah nak dapat kat sini :)
Tengah happy makan2 kat open house boleh plak supervisor nak jumpa untuk short meeting sebelum balik Malaysia. NurNiz ingatkan ketiga2 supervisor NurNiz tengah outstation sebab tu NurNiz takdalah inform nak minta cuti untuk sambut raya. Rupa2nya seorang dah balik office.. Disebabkan diorang tak sambut macam2 perayaan macam kat Malaysia, so kalau kita tak bagitau diorang pun tak alert sangat. Apa lagi pakailah baju raya tu terus pegi office supervisor untuk meeting...
|
Solat hari raya aidilfitri di UQ |
|
Bersama rakan2 office |
|
NurNiz lah yang paling tua kat sini |
|
Pakai baju raya tahun lepas jela.. |
|
Masa ni tengah musim winter kat Aussie |