Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for May 2014
Time sakit camni tetiba rasa nak panggil baby Wafiy plak kan haha..So petang Isnin (19/5) nak dekat Maghrib Wafiy kena admit wad. Dapat masuk wad berdua & kebetulan katil sebelah kosong (rupanya katil sebelah tengah dalam labour room). Wafiy meraung2 bila kena ikat tag nama di kaki. Bila pakaikan seluar panjang, lupa pasal tag tu terus tak menangis. Malam tu Dr. Razif on call datang check Wafiy. So doktor pun tanya history kelahiran Wafiy. Pastu doktor inject jarum untuk dapatkan sampel darah dan untuk masukkan air drip. Tangan Wafiy kena berbalut untuk elakkan jarum dicabut. Sepanjang malam tu, kekadang Wafiy berjaga menangis sebab tangan tak bebas & berbalut. Bila bangun pagi ternampak tangan berbalut nangis lagi. Agaknya Wafiy ingatkan mimpi bila bangun rupa2nya btoi tu yang mengangis hehe.
Baru lepas kena cucuk ambil darah. Masa ni takut2 lagi memerap kejap.

Thank you ayah temankan Wafiy. Ayah yang rajin mandikan Wafiy & teman Wafiy jalan2.

Dua hari pertama, suhu badan Wafiy memang tak stabil. Kejap panas kejap ok. Masa doktor datang check ok, 10 minit kemudian suhu boleh naik pantas ke 39.8 degree celcius. Ade sekali petang & malam tu Wafiy terketar2 sebab suhu badan naik tinggi dengan cepat. Hari Selasa result darah dah tau, takda infection dalam darah dikesan. Tapi result darah Wafiy luar range, sel darah putih dengan protein tinggi. Tu tandanya badan tengah keluarkan antibodi sendiri untuk melawan penyakit. Doktor bagi injection antibiotik & kena tunggu tengok kesan dia selama 48 jam. Next, doktor nak ambil sampel berak dengan urine. Nak ambil sampel urine tu kena pasang plastik pada pisang Wafiy, nangis2 lagi sebab tak selesa hehe. Sampel berak & urine Wafiy normal so doktor continue dengan antibiotik & drip. Ada sekali tu nak inject antibiotik tu Wafiy nangis2 rupa2nya tangan Wafiy dah bengkak.
Kena bawa mainan Wafiy semakin bosan

Dah bosan main layan cerita kartun plak

Bila drip kena stop terus excited taknak duduk atas katil lagi

Kesan ubat nasib baik Wafiy tido banyak kali gak

Pagi Rabu ayah pi keja, rupanya Kedah cuti peristiwa so patah balik hospital
Wafiy memang suka tunggu lif kat ruang sini

Bila tah nak balik rumah ni???

Sekarang dah pandai jeling2 kalau kacau dia

Jumpa adik 1 tahun 2 bulan. Adik lagi tinggi daripada Wafiy.

Masa kat dalam wad, selera makan Wafiy tiba2 bertambah. Semua yang disuap makan siap minta nak lagi. Hari Khamis tu Wafiy dah sihat ingatkan dah boleh discharge tapi rupanya tak boleh discharge lagi sebab doktor nak ambil sampel darah lagi nak tengok kesan antibiotik 48 jam. Hari Khamis tu NurNiz request doktor stopkan drip sebab Wafiy dah makin bosan duduk dalam wad & nak berjalan2. Hobi Wafiy masa kat dalam wad berjalan2 naik lif. Setiap kali lif terbuka mesti nak singgah floor tu. Pastu suka sangat berjalan2 di ruang legar paling bawah dekat dengan cafe. Tak malu plak tu paw auntie2 yang ada anak kecil dapat benda2 free macam bola, popcorn, nugget la.. Hari Jumaat tu NurNiz memang bertekad nak balik. Kalau doktor tak bagi balik ingat nak lari balik ja hahaha. Akhirnya result darah Wafiy ok so bolehlah kami balik hari Jumaat tu.
Hari keempat badan Wafiy semakin membulat

Hari last tengah tunggu ayah balik keja datang ambil

Sampai tertido tunggu ayah

Nak review sikit pasal paediatrician KMC. Dr. Razif ni memang berpengalaman & cakap pun lemah lembut ja. Wafiy sekali ja cucuk untuk ambil darah memang terus dapat tapi doktornya agak strict/skema, dia akan monitor progress betul2 selagi tak sembuh memang tak boleh discharge la.
5 hari NurNiz terpaksa cuti sebab Wafiy kena masuk wad akibat demam panas. Kerja di ofis yang tertangguh jadi bertimbun2. Wafiy start demam lepas cucuk 1 tahun setengah. Cucuk hari Ahad, Wafiy start demam hari Isnin sampai Isnin berikutnya. Isnin sampai Jumaat demam malam2.Masa tu just bagi makan ubat demam klinik kesihatan bekalkan masa cucuk. Hari Sabtu ambil ubat demam di klinik. Doktor kata mungkin kekurangan air so doktor suruh bagi Wafiy minum banyak air tak kisahlah air jus ka,air ribena janji air. Doktor kata even air 100 plus pun boleh bagi Wafiy minum. 

Start pagi Sabtu tu Wafiy dah start demam siang&malam. Bila makan ubat kejap je badan sejuk pastu badan panas balik. Start malam Sabtu tu malam2 suhu badan Wafiy dah start tinggi antara 39.7-40.3 degree celcius. Masa tu boleh bertenang lagi bagi ubat bontot dengan jelum kepala pakai air suam+asam jawa sebab ingatkan termometer Watson tu macam tak accurate sangat. Bila bagi ubat bontot baru badan Wafiy sejuk balik. Tiba2 pagi Isnin tu badan Wafiy terketar2 sampai mulut biru. So mandikan cepat2 pagi tu takut badan terlebih panas. So, pagi Isnin buat appoinment dengan Klinik Yeoh. Bayangkan booking pukul 10.00 dapat turn no 21 pukul 4.30 petang. Bila pi Klinik Yeoh petang tu check suhu dah cecah 40.6 degree celcius. Doktor Yeoh check kejap pastu doktor suggest refer ke hospital sebab demam dah seminggu suhu tinggi plak tu. Doktor kata maybe demam disebabkan bakteria. Doktor Yeoh tuliskan surat reference & tak kenakan apa2 charge pun.

Next destination, NurNiz pi ke KMC. Pagi Isnin tu Wafiy masih bertenaga jalan sana sini. Bila petang Wafiy dah start macam letih sikit tapi ada hati gak nak jejalan & main2. Bila check suhu 40.7 degree celcius. Pastu nurse terus masukkan ubat bontot sementara nak tunggu masuk wad.
Tengah tunggu procedure nak masuk wad. Sambil tu jelum  kepala.

Kemain layan Upin Ipin dengan abang sebelah tu.

p/s: entri ditulis di KMC pakai hp ja so takda gambar. Bersambung kisah di dalam wad plak..

Thank you _ _ _ _   _ _ _ (nama terpaksa dirahsiakan) sebab belikan hadiah untuk Wafiy. Wafiy yang dapat hadiah ibu&ayah yang lagi excited hihi. Tulah perbezaannya bila jadi ibu bapa ni, kebahagian anak tu lebih diutamakan daripada kebahagian diri sendiri lagi.

Inilah dia hadiah yang Wafiy dapat :)

Nak gerak kena pakai remote control sebab kaki Wafiy tak sampai sangat nak tekan pedal

Bangun ja tido terus pegang motorbike
Ni masa hari pertama dapat motorbike, duduk ja atas motorbike tu sampai taknak turun.

Walaupun dah lama beli stroller ni, NurNiz jarang sangat pakai stroller ni disebabkan Wafiy memang tak suka duduk dalam stroller. NurNiz memang suka buggy stroller sebab jimat ruang dan ringan dibawa compare dengan stroller lain yang besar gedabak.
Preloved Mamalove Buggy Stroller Dandelion Yellow. Sesuai untuk baby girl atau baby boy :)
  • 4 Position Recline Backrest
  • Special design joint to avoid finger trapping
  • Foldable bumper for compact folding & storage
  • Removable footrest for easy replacement
  • High density foam handle
Closed dimension (folded)
Height: 0.22 m
Length: 1.00 m
Width: 0.27 m
Weight: 6.20 kg


Boleh dilipat macam payung. Ada tali untuk sangkut pada bahu.

Preloved Mamalove Buggy Stroller Murah. Nurniz suka layer jaring2 boleh nampak pergerakan baby kita dalam stroller dari belakang.


Tayar stroller yang masih lagi elok

Shopping basket untuk letak barang2

Status: SOLD!
Preloved Mamalove Buggy Stroller (Dandelion Yellow)
 Harga Beli : RM 299 (Beli di Anakku)
 Harga Let go : RM 170 (include postage). COD area Changlun, Jitra, Alor Setar, Arau RM150.
Condition : 8/10 
 Reason to let go: Nak clearkan stor rumah
  Sms/Whatsapp: 016-5571570 (Aqmar)



NurNiz ada gak nak letgo car seat Wafiy masa baby dulu. NurNiz beli car seat ni di kedai baby, unbranded. Baru2 ni NurNiz terjumpa car seat brand Sweet Hearts (bukan Sweet Cherry ye) yang dijual di Anakku sebiji macam car seat ni. Walaupun unbranded tapi siriusly car seat ni comfy sebab kusyen dia lembut. Sesuai dari newborn sehinggalah selagi baby muat. Carseat ni sangat berjasa sebab jadi peneman NurNiz hantar Wafiy ke rumah pengasuh tiap2 hari. Rumah pengasuh dalam 2 minit je dari rumah jadi sehari pakai beberapa minit ja pun. Masa Wafiy baby lagi car seat ni siap boleh jadi rocker (boleh dihinjut2) dalam rumah.

Preloved Newborn/Infant car seat murah
Handle car seat ni boleh adjust jadi boleh angkat baby sekali dengan car seat

Status: Available
Preloved Infant Car Seat (Blue/Grey)
 Harga Beli : RM 150 
 Harga Let go : COD area Changlun/Jitra/Arau RM70.
Condition : 7/10 
 Reason to let go: Nak clearkan stor rumah
  Sms/Whatsapp: 016-5571570 (Aqmar)

Wafiy masa ni dah 11 bulan

Sebelum ni NurNiz dah ada carrier Beco Gemini (fake). Bila dah seronok berbabywearing ni, NurNiz teringin nak beli carrier yang original. So, bila baca review ramai yang bagi komen positif pasal Boba. Maka, NurNiz pun belilah sebelum pegi ke Bali hari tu. Tapi, rupa2nya Big Bear tak berapa suka dengan Boba 4G ni. Dia lagi prefer carrier yang lama. Memandangkan Big Bear yang selalu carry Wafiy, keselesaan Big Bear kena diutamakan, nanti kang dia takmau carry Wafiy dah. Tapi mula2 NurNiz sayang sangat nak letgo Boba ni sebab comel :). Antara feature2 Boba 4G ni (taken from boba.com):

Boba 4G Baby Carrier Tweet
  1. Removable sleeping hood
  2. Comfortably fits heights 5'0" - 6'3"
  3. Waistband range: 25" - 58"
  4. Additional adjustment for easier fit breastfeeding
  5. Removable foot straps
  6. Elastic bands neatly roll up straps
  7. Shoulder strap holders keep purse in place
  8. Easily adjustable chest strap
  9. Uniquely designed to "hug" your child
  10. Includes Integrated Infant Insert (Boba 4G ada pillow untuk support newborn)
  11. Body of carrier rises 2"-3" higher than other brands
  12. Multiple pockets for on-the-go storage 
Preloved Barang Baby: Boba 4G Baby Carrier Murah

Status: SOLD!
Preloved Boba 4G Baby Carrier (Tweet)
Harga Beli : RM 385 (Beli dari Mama Panda Store)
Harga Let go : RM 320 (free postage)
Condition : 9/10 (Baru pakai 3 kali)
Reason to let go: Husband lagi suka carrier yang lama
Sms/Whatsapp: 016-5571570 (Aqmar)
NurNiz dengan Big Bear sekarang dalam proses mengemaskan stor di rumah. Jadi NurNiz ada nak letgo barang2 baby Wafiy yang dulu. Antaranya Autumn Sterilizer. NurNiz ada beli set sterilizer+warmer tapi yang warmer tu NurNiz jual kepada kawan NurNiz. Sterilizer ni sangat berguna bagi NurNiz especially nak sterilize botol2 baby yang baru. Tapi bila Wafiy dah makin besar, ibunya ni makin malas nak sterilize hehe. Sterilizer ni boleh muat 6 botol sekali (botol panjang/lebar) dua2 boleh.

Autumnz - Electric Steam Steriliser+Home&Car Warmer Combo (Blue)
Status: SOLD!
Preloved Autumn Sterilizer (Blue)
Harga Beli :
Sterilizer saja RM 129.90. Nurniz beli RM 175 (Set sekali dengan warmer).
Harga Let go : RM60 (include postage)
Condition : 7/10 (Pakai dalam beberapa bulan ja, kotak original takda dah kena buang)
Reason to let go: Nak clearkan stor rumah
Sms/Whatsapp: 016-5571570 (Aqmar)

Preloved Barang Baby Murah:Autumnz Sterilizer

Preloved Barang Baby Murah:Autumnz Sterilizer

Walaupun  tak berapa nak menjadi candle light dinner tu huhuhuhu.. Candle light ni NurNiz buat bersempena hari jadi Big Bear. Tapi seriusly candle light dinner ni memang last minit punya plan. Sebelum tu tak terlintas langsung nak buat candle light dinner (buat rugi je bercandle light dinner dengan Big Bear yang tak romantik tu haha). Pada awalnya NurNiz plan nak bagi cheese tart je kat Big Bear. Malas nak belikan kek nanti membazir je sebab takda orang makan. Jadi sehari sebelum hari jumaat (18/4) tu NurNiz tempah cheese tart. Birthay Big Bear jatuh pada hari Sabtu (19/4). Tiba2 pagi jumaat tu terdetik nak buat candle light dinner. So tengah hari time rehat tu lah baru nak cari table setting, baru nak tempah bunga. Kedai pinggan mangkuk tutup tak dapat nak beli pinggan mangkuk yang cantik2 sikit.

Table Setting

  1. Alas meja (patutnya nak beli alas kain yang cantik tapi tak sempat nak pegi kedai kain beli yang plastik ja)
  2. Bunga (Nak order fresh flower tapi takut rugi sekejap je pakai so order yang artificial)
  3. Lilin (Nak cari yang panjang colour merah tak jumpa so terpaksa beli colour merah dalam bekas)
  4. Pinggan/gelas (NurNiz beli pinggan dan gelas baru sebab kat rumah takda yang cantik)
  5. Tisu/ tuala lap mulut (Yang ni tak sempat nak cari yang cantik2)
Time balik keja tu lagilah kelam kabut. Time tulah baru terhegeh2 nak beli nak beli bahan2 mentah kat pasar malam nak masak..time tulah baru nak fikir nak masak apa tuk dinner. Dah sampai rumah baru nak start memasak masa tu. Kononnya nak masak macam2 lauk dengan desert, nak hias bagai last2 sekali sempat masak 2 jenis lauk ja. Haha tula sapa suruh buat preparation last minit. Takpelah kan yang penting NurNiz happy..Big Bear happy..Wafiy happy.. 
You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly

Cheese tart tempah daripada ofismate. Lagi sedap cheese tart ni daripada kedai kek punya.
Nampak tak ikan bakar yang hampir rentung tu sebab kelam kabut haha
Light off please :)
Ada budak kecik yang happy terlebih
Besday boy yang dah tua. Dah masuk 30 tahun this year


Seorang lagi kawan baik NurNiz telah menamatkan zaman singlenya. Puan Lida ni Nurniz kenal masa tengah foundation di universiti dulu. Tak sangka persahabatan kami menjadi erat sampailah sekarang. Banyak sangat kenangan manis dan juga suka duka yang dikongsi sepanjang perkenalan kami. Kalau ada kerajinan pada masa akan datang mungkin NurNiz boleh tulis pasal kenangan2 tersebut heee.
Selamat berbahagia dengan Mr. Husband awak. Love you so much!
Majlis akad nikah & perkahwinan diadakan pada 25.l.2014 di Laguna Merbuk, Sungai Petani, Kedah
Mr and Mrs Hazwan
Veil yang gorgeous

Selepas akad nikah..
Sori..Wafiy and ibu sampai terlewat sikit

Kami bersama pengantin :)

Wafiy yang excited jumpa auntie Lida..
My Mr. Husband

Hazwan & Haslida..Oloo..sweetnya..

Pelamin of the day
Pengantin dah tukar baju.Tak sabar nak beristerirehat dalam bilik katanya haha
Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ▼  May (9)
      • Baby Wafiy Kena Masuk Wad
      • Baby Wafiy Demam Panas
      • Rezeki Wafiy Lagi..
      • Preloved Barang Baby Murah: Mamalove Buggy Stroller
      • Preloved Barang Baby Murah: Newborn/Infant Car Seat
      • Preloved Barang Baby Murah: Boba 4G Baby Carrier
      • Preloved Barang Baby Murah: Autumnz Sterilizer
      • Candle Light Dinner
      • My Best Friend Wedding
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    16 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes