Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for May 2013
Hello semua. Dah lama kan Wafiy tak cerita perkembangan terbaru diri sendiri. 27/5/2013 yang lalu genaplah umur Wafiy 6 1/2 bulan. Yang bestnya bila dah 6 bulan, Wafiy dah boleh makan solid food. Bosanla kan selama ni asyik minum susu ja. Tapi sebenarnya ni bukan first solid food Wafiy sebab Toklid Wafiy dah pernah bagi Wafiy makan macam2 (betik, ABC, jus oren, sirap bandung...). Dah banyak kali ibu ingatkan Toklid jangan bagi Wafiy makan, tapi time ibu tak nampak mesti Toklid akan bagi. Wafiy pun makan jela sebab sedap kan hehe.

First solid food yang ibu masakkan untuk Wafiy adalah bubur kurma disebabkan masa tu kehabisan sayur2an kat rumah.Tapi Wafiy tak suka sangat bubur kurma tu. Masa ibu suapkan Wafiy rasa nak termuntah. Sori ibu Wafiy tak sengaja tau. Lepas tu ibu masakkan plak bubur carrot. Ok la gak tapi rasa tawar ja. Masa kat rumah tok, tok masakkan Wafiy bubur kentang. Sedap sangat Wafiy siap menjerit2 nak makan lagi. Semenjak tu Wafiy dah jumpa makanan favourite Wafiy sampai ayah panggil Wafiy "Mat Kentang".
Bubur kurma
Dari segi perkembangan fizikal, masa 5 bulan, selepas meniarap, Wafiy dapat satu kemahiran baru iaitu berguling. Time tidur pun Wafiy suka berguling sampai sekali tu terjatuh daripada katil. Dalam 2 minggu lepas, Wafiy dah boleh menyulur. Mula2 menyulur slow2 ja sebab tak pandai lagi. Sekarang dah boleh menyulur lagi laju. menyulur ni best sebab Wafiy bebas untuk  pegi ke mana saja dan ambil barang2 yang Wafiy suka. Antara barang2 kegemaran Wafiy sekarang ialah kabel wayar telefon & kipas angin kecil.
Best tau dapat berguling macam cerita Hindustan tu..
Berguling2 sambil tengok TV
Mari kita berlumba menyulur..
Kipas angin ni dah koyak Wafiy kerjakan
Masa Wafiy umur 6 bulan, Toklid belikan hadiah walker untuk Wafiy. Sayang kat Toklid!!!Tapi Toklid belikan walker colour pink. Wafiy redha jela naik walker colour pink yang penting muka Wafiy tetap macho kan. Mula2 Wafiy tak suka sangat duduk dalam walker sebab Wafiy tak reti sangat nak gerak2 ke sana-sini. Alhamdullilah, selepas seminggu berkat latihan Wafiy tiap2 hari Wafiy berjaya memandu walker dengan jayanya. Destinasi kesukaan Wafiy sekarang adalah dapur. Wafiy suka sangat tengok ibu yang kelam kabut masakkan bubur Wafiy pagi2 sebelum pegi keja. Kat dapur banyak barang2 menarik yang Wafiy boleh main. Wafiy suka pegi ke rak pinggan mangkuk & jatuhkan semua tupperware yang ada kat situ. Wafiy rasa tertarik dengan bakul sampah sebab ada macam2 barang pelik dalam tu. Tapi ibu selalu bising kalau Wafiy pegi dekat ke bakul sampah, taktaulah kenapa kan. Wafiy sekarang suka explore pakai tangan & kuku Wafiy yang tajam ni. Wafiy suka tarik rambut ibu sebab rambut ibu lembut & suka cubit2 lengan & perut ibu masa minum susu sebab kulit ibu lembut & penuh dengan lemak berkrim :).
Wafiy dalam walker pink
Wafiy makin pandai berlakon sekarang. Wafiy tak suka kena tinggal kesorangan sebab boring. Wafiy nak ada kawan untuk main sama2. Kalau ibu tinggalkan Wafiy, Wafiy akan menangis kuat2 macam kena pukul supaya ibu datang jenguk Wafiy kekeke. Nasib baiklah kat tempat pengasuh Wafiy banyak kawan jadi Wafiy jarang menangis & menjerit2. Kalau bab tidur, Wafiy suka bangun malam2 untuk minum susu & bekepit dengan ibu. Bukan apa Wafiy ni jenis mudah terjaga kalau tidur berguling. Jadi Wafiy akan menangis2 supaya ibu terjaga & dodoikan Wafiy tidur semula. Ibu pun selalu tak cukup tidur, mata pun dah jadi macam panda sebab kena melayan Wafiy. Tapi takpa ibu tetap cute di mata Wafiy :). Ok la semua nanti Wafiy dah ada perkembangan terbaru Wafiy akan cerita lagi.
Wafiy suka kejut ibu malam2

Masa singgah di Toys R Us Alamanda Putrajaya, NurNiz sempatlah membeli toys baru untuk Wafiy iaitu Vtech sit to stand learning walker. Mula2 NurNiz nak belikan Vtech first steps baby walker tetapi tak jadi disebabkan harga Vtech sit to stand learning walker lagi murah rupanya (RM 159.90). Kalau Vtech first steps baby walker mahal dalam sepuluh ringgit. Setelah buat perbandingan, function kedua2nya lebih kurang sama ja. 
Vtech sit to stand learning walker
Vtech sit to stand learning walker ni sangat sesuai bagi membantu baby berjalan & mempunyai pelbagai permainan musikal yang menarik. Yang menariknya permainan musikal ni "detachable" & boleh diletakkan di atas lantai. Roda walker ni plak boleh diubah mengikut 2 kelajuan. Kalau baru belajar berjalan adjust pada speed 1 supaya walker perlahan dan elakkan baby terjatuh. Antara permainan musikal yang ada termasuklah:
  1. Nombor & bentuk. Nombor akan bercahaya apabila ditekan. Bentuk plak boleh dikeluar dan dimasukkan semula. Dapat melatih baby mengenal nombor, bentuk & kemahiran menyusun objek.
  2. Telefon. Baby2 mesti sangat suka bunyi telefon. Dapat melatih baby bercakap kononnya cakap telefon hihi.
  3. Pintu Peek a boo. Berbunyi seakan2 pintu dibuka & ditutup. Dapat melatih pergerakan tangan baby buka & tutup sesuatu objek.
  4. Roda putaran. Apabila roda putaran diputar laju, lagu yang dimainkan pun akan semakin laju. Dapat melatih pergerakan tangan baby memutar sesuatu objek.
  5. Keyboard piano. Keyboard piano berwarna-warni & mengeluarkan bunyi haiwan tertentu apabila ditekan. Dapat melatih baby mengenal warna & bunyi haiwan. Kat atas keyboard tu pun ada gambar lembu yang comel.
  6. Roda putaran bebunyi. Dapat melatih pergerakan tangan baby memutar sesuatu objek.
Fungsi2 Vtech sit to stand learning walker [Gambar dari eBay]
Permainan musikal yang detachable  [Gambar dari eBay]
Roda yang boleh adjust kelajuan [Gambar dari eBay]
Wafiy dan Vtech sit to stand learning walker
Wafiy pun sangat suka dengan Vtech sit to stand learning walker ni sebabnya boleh bermain sambil meniarap. Kadang2 siap main tekan2 pakai kaki hehe.
Selepas balik dari KLIA, NurNiz, Big Bear & akak ipar, abang ipar, adik ipar, biras2 sempat singgah di Desa Water Park untuk mandi manda. Ni merupakan kali pertama NurNiz ke sana. Harga tiket masuk agak berpatutan iaitu DEWASA: RM 30 dan KANAK2: RM 20. Wafiy pun 1st time mandi kat tempat awam selain sinki di rumah hihi. NurNiz cuba cari swimming suit untuk Wafiy malangnya takda size. Jadi beli underwear mandi jela untuk Wafiy :). Mandi plak tengah hari tak pasal2 Wafiy kena sunburn.

Mainan favourite NurNiz air hujan cendawan
Muka budak pulun main air
Wafiy suka sangat dengan pancuran air tu
Big Bear plak yang terlebih excited mandi
Wafiy nak terjun kolam
Praktis berenang..
Renang berirama dalam air
Ombak-ombak
Yang bagusnya kat sini tempat rehat free tak perlu sewa
*Ibu dan ayah Wafiy mandi-manda tak ingat dunia bila balik Kedah Wafiy kena demam panas+cirit-birit. Lain kali kena berhati2 kalau bawa baby mandi di tempat awam.
Two months already passed since NurNiz's anniversary (16.3.2013)

His Idea of Anniversary

  • Staying & relaxing at home with beloved wife and son.
  • Eating homemade foods made by beloved wife.
  • No need to give or receive any gift. Looking at each other knowing we love each other was already the most wonderful present ever for Big Bear.

My Idea of Anniversary

  • Going out for window shopping.
  • Eating delicious foods at beautiful restaurant.
  • Of course NurNiz want to receive a gift haha.
Finally, we did compromise by:
  • Stayed at home eating foods made by NurNiz.
  • Giving each other present. Yeaaa!!
Some of NurNiz's favorable moments during the wedding back in 2 years ago...It's still fresh in NurNiz memory.. (tiba2 jiwang plak kan)

Simple wedding cake
The lovely 'inai'
My saviour "manik last minit"
The fresh hand bouquet
My favorite picture (this picture makes NurNiz looks taller than usual haha)
Of course faithful friends that always stay by your side
A pair of new watches for NurNiz & Big Bear :}
NurNiz bolehlah dikatakan jatuh cinta pandang pertama dengan baby carrier Beco Gemini ni. Sebelum ni NurNiz tak pernah dengar pun pasal brand Beco langsung. Yang NurNiz selalu dengar baby carrier macam Boba 3G, Ergo & Bjorn. Bila ternampak kat satu website tu terus NurNiz order hari tu gak. Kalau brand lain belum pernah rasa nak beli on da spot lagi haha.

Brand Beco sebenarnya salah satu babywearing/baby carrier yang well known di USA. Tapi kat Malaysia ni tak glamour lagi sebab tak ramai orang yang jual. Tapi kat website yang NurNiz beli tu pun jual yang counterfeit made in China. Counterfeit yang berkualiti gakla nak sama dengan yang original. Kalau yang original NurNiz tengok ada jual kat mama.and.kids.junction dengan harga RM630. (para ibu2 tolonglah beli yang original jangan tiru macam NurNiz ni hehe). NurNiz beli yang counterfeit ni dulu sebab nak test Wafiy suka tak duduk dalam baby carrier. Kalau tetiba kang Wafiy tak suka membazir aja duit. Dan lagi satu Beco baru sahaja launch baby carrier terbaru 2013 Beco Soleil yang lagi advance & versatile daripada Beco Gemini tapi takda masuk market Malaysia lagi. Kalau ada rezeki lebih nanti bolehlah beli :)

Jatuh cinta dengan Beco Gemini :)

Beco Gemini Sierra Espresso
Wafiy+Big Bear dalam Beco Gemini
Habis carrier basah dengan air liur Wafiy

Komponen Beco Gemini

Yang bestnya Beco Gemini ni boleh dipakai dalam 4 positions
Inilah rupa Beco Soleil yang baru launch tu
*Setakat ni Big Bear ja yang pernah guna baby carrier. Lepas ni kalau NurNiz dah cuba NurNiz akan buat review plak.

Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ▼  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ▼  May (5)
      • Wafiy: 5 - 6.5 bulan
      • Toys --> Vtech sit to stand learning walker
      • Mandi Manda di Desa Water Park
      • My 2nd Anniversary
      • Baby Carrier --> Beco Gemini
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    1 day ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes