Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for September 2014
Alhamdullilah, NurNiz sekeluarga selamat sampai ke Brisbane pada 22 September 2014 pukul 9.30 malam waktu tempatan (Brisbane). Banyak entri nak di update sebenarnya tapi takda kesempatan lagi.
Rumah sewa sementara kami di Swann Road

Apartment ni ada 4 buah rumah. Jiran sebelah dengan jiran atas belakang orang2 Malaysia gak

Rumah lain2 cantik ja compare dengan rumah sewa NurNiz hehe janji dapat rumah sewa murah kan

Nasib baik rumah dekat ja dengan bus stop nak pegi ke universiti

Lai..lai sesiapa yang berminat nak cari homestay di Changlun bolehlah book Wafiy Homestay hihihi. Untuk full information boleh refer di [http://www.mudah.my].

Wafiy Homestay menyediakan penginapan selesa untuk keluarga anda.
- Berdekatan UUM Sintok/Matrikulasi Kedah/UITM Arau/Unimap/Politeknik Perlis
- Lokasi strategik berdekatan bandar Changlun, terdapat Pasaraya Cmart, Bank (PB,CIMB,Maybank), restoran dan lain2 kemudahan.
- Rumah banglo, 3 bilik tidur (2 katil queen, 1 single) semua dilengkapi aircond, 2 bilik mandi (water heater), dapur, peti sejuk dan tv.
- Pemandangan cantik dan terdapat kawasan yg luas untuk parking kereta.
- Alamat: Taman Keruing, 06010 Changlun, Kedah.
- Rate: RM200 (Normal Season)/ RM 250 (Peak Season).
- Diskaun untuk penginapan lebih semalam, RM50 bagi tambahan setiap malam.
- Bundle rate: 1) RM500/3hari 2 malam, 2) RM1000/1 minggu
- Tempahan perlu dibuat selewat2nya 3 hari sebelum tarikh penginapan, dan  perlu deposit separuh harga


Porch parking kereta homestay

Ruang tamu

Bilik tidur utama

Bilik tidur kedua

Bilik tidur ketiga

Dapur

Bulan Syawal dah habis baru nak update pasal raya. Raya tahun ni sangat meriah memandangkan semua adik beradik keluarga NurNiz & Big Bear balik beraya di Kedah. Tapi camna pun terpaksa beraya tanpa kehadiran ibu & ayah NurNiz. Yang masih ada kedua2nya atau salah satunya cepat2 mohon ampun dan maaf daripada mereka ya. Oklah jom layan gambar2 raya tahun ni plak..

Raya Pertama

Tema family NurNiz tahun ni colour grey
Selfie di pagi raya
Gambar family. Wafiy takmau pakai songkok
Cousin terbaru Wafiy 'Darwish' baru 5bulan
Raya tahun ni Wafiy moody sangat sebab demam malam raya tu
Pakai baju raya pun takmau
Best sangat musim buah di hari raya
Pantang nampak bola nak main
Budak demam masih lagi aktif

Raya Kedua

Satu2nya gambar raya kedua..busy sangat nak lawat semua rumah

Raya Ketiga

Pagi2 haruslah bersefiie
Trending selfie
Wearing Sabrina Maxi Dress dari Calaqisya
Pizza treats!!! Dah jemu makan ketupat
Apa motif gambar ni pun taktau hahaha
Dengan kakcik NurNiz
Potluck malam raya
Seorang lagi cousin Wafiy 'Naureen'
Shoping bag



Masa dapat tau setiap pelajar yang nak sambung belajar ke luar negara di bawah tajaan kerajaan Malaysia kena pegi BTN, NurNiz memang fobia dengar BTN. Haha sebabnya NurNiz terbayangkan kem BTN yang kena tidur dalam khemah, lari2, masuk air semua tu. Rupa2nya BTN sekarang dah moden ok, semuanya akiviti indoor just ada riadah ringan di waktu petang. BTN sekarang pun dikenali sebagai Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara (PTPLN). NurNiz dapat slot untuk BTN pada 22-26 April 2014 bertempat di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Kalau macam kes NurNiz, kena informkan universiti untuk book slot BTN ni.
Akademi Kenegaraan Jalan Bellamy
Sebelum pegi BTN, kita kena emailkan borang biodata kepada urusetia dan bawa borang asal masa pendaftaran nanti. Kali ni merupakan first time NurNiz berpisah lama dengan Wafiy. Sebelum ni paling lama pun Wafiy kena tinggal sehari masa NurNiz ambil exam IELTS. Kali ni gak merupakan first time NurNiz drive sendiri ke destinasi jauh, nasib baiklah ada kawan ofis NurNiz join naik kereta sekali. 

Sesi pendaftaran start pada pukul 2.30-4.30 petang hari pertama tu. So, awal2 pagi NurNiz dah bertolak dari rumah sebab takut sesat kan. Pastu singgah rumah mertua tinggalkan Wafiy kat sana. Alhamdullilah, dengan bantuan GPS NurNiz tak sesat mencari Jalan Bellamy. Rupa2nya selain akademi kenegaraan, banyak lagi bangunan kerajaan kat Jalan Bellamy macam pejabat pemegang cap mohor majlis2 raja. Masa pendaftaran setiap peserta akan diberikan name tag bersama woven beg. Untuk penginapan siap boleh pilih kalau nak duduk dengan kawan2. Peserta2 tinggal dalam apartment dan setiap peserta dapat sebuah bilik. Ok sangat apartment yang disediakan tu takdalah macam kena duduk dalam dorm.
Bilik air pun banyak so tak perlu berebut
Setiap peserta dapat satu bilik
Dalam setiap apartment ada 3 bilik
Malam tu dah mula sesi ceramah. Kalau tengok tentatif rasa macam pack gila tapi actually ada masa free sebenarnya. NurNiz punyalah bawa baju takyah iron sebab takut tak sempat nak iron bagai. Orang lain siap pakai vogue2 lagi hehe. 2 hari terawal tu memang dipenuhi dengan sesi ceramah. Hari ke 3 & 4 ada discussion, peserta2 akan dipecahkan kepada group kecil dan akan discuss dalam bilik2 kecil. Masa dengar sesi discussion, mulalah NurNiz terbayangkan kena discuss dan present semua tu. Nasib baiklah just discussion yang santai2 dan tak perlu present kat depan pun. Thumbs up untuk fesilitator group NurNiz. Tak ingat la plak nama encik tu kan. Tapi encik tu memang kaya dengan knowledge pasal negara dan isu semasa. Tanya jelah apa pun semua boleh jawab. Actually, tujuan diadakan discussion adalah untuk membantu kita faham soalan2 test nanti. So pay attention kepada  point2 penting yang fesilitator cakapkan. Point2 masa sesi ceramah pun masuk gak dalam test nanti.
Setiap slot BTN akan diwujudkan facebook untuk mudahkan komunikasi
Setiap kali nak start ceramah memang wajib nyanyi lagu
Hari terakhir adalah hari test. Pagi dah kena siap2 packing barang jadi lepas test boleh terus balik. Test tu ada 40 ke 60 soalan objektif..boleh plak lupa kan. Soalan2 of courselah berkisarkan topik2 kenegaraan seperti sejarah dan isu2 semasa macam 1Malaysia. Tapi jangan risau boleh open segala buku dan nota, just tak boleh open internet. Kalau takda dalam buku atau nota, kenalah guna logik akal hehe. Bagi NurNiz, BTN ni bestlah sebab tak perlu outdoor banyak sangat, urusetia/fesilitator/penceramah yang cool(takdalah bias politik sangat) & dapat jumpa rakan2 dari background yang berbeza termasuklah doktor2 yang nak sambung sub-kepakaran.
 
Sebelum start test
Kami dah tak sabar nak balik rumah yeaahh


Antara prosedur terakhir yang kena settlekan sebelum nak fly adalah visa. Selagi visa tak siap universiti tak boleh booking tiket flight. Proses visa NurNiz agak lama sebabnya nak kena tunggu tarikh untuk medical checkup. Sebab sekarang Australia pakai sistem visa online, jadi hanya hospital terpilih boleh dibuat medical checkup. Kalau untuk area utara ni paling dekat adalah di  Penang Adventist Hospital. Bayangkan NurNiz booking pada 21 Ogos, tarikh untuk medical checkup adalah pada 3 September sebabnya tarikh sebelum tu dah fully booked.
Australia visa medical checkup di Adventist Penang Hospital
Sebelum nak buat booking untuk medical checkup, first dulu NurNiz kena fill in visa online application di http://www.immi.gov.au. Selepas tu sistem akan keluarkan referral letter yang ada HAP number. Next, barulah boleh call hospital untuk buat appoinment. Masa nak buat appoinment kena bagi HAP number sekali. Medical checkup ni boleh buat pada hari weekdays ja dari pukul 2-5pm.

Item2 yang perlu disediakan untuk buat medical chekup:
  1. Referral letter
  2. Form 26 & 106 (Boleh download di website http://www.immi.gov.au dan isikan sebelum nak buat medical checkup)
  3. 2 keping gambar pasport
  4. Pasport original dan 1 salinan pasport
  5. Gambar Xray lepas (*tak perlu pun sebenarnya sebab untuk visa australia memang akan dibuat xray terbaru)
Masa hari kejadian, seeloknya pukul 2pm kita dah ada kat hospital. Dekat Adventist hospital ni memang ada wellness centre khas untuk buat medical checkup. Macam biasalah untuk medical checkup, diorang akan ambil tekanan darah, timbang berat, ukur ketinggian dan test mata dan juga urine sampel. Boleh plak masa nak ukur tinggi Wafiy meraung2 taknak berdiri atas penimbang, terpaksa baringkan Wafiy ukur ketinggian cara baby haha. Pastikan minum air banyak2 supaya result urine normal. Kalau tak kena repeat test plak. Lepas tu, NurNiz, Big Bear dengan Wafiy dibawa jumpa dengan doktor. Jumpa dengan doktor, doktor just tanya previous medical history pastu check mata, telinga, abdomen ja. Lepas jumpa doktor barulah kena buat xray. NurNiz suka sangat dengan tempat xray Adventist hospital ni, sebabnya kita dibekalkan dengan robe yang boleh ikat masa nak kena xray. Tudung pun dibenarkan pakai just tanggalkan pin tudung so aurat pun masih terpelihara. Baby macam Wafiy tak perlu pun buat xray.
Kaunter Adventist Wellness Centre
Tepi kaunter ada disediakan tempat air coway untuk minum air
Bagi Wafiy layan upin ipin kalau tak asyik nak main tempat air coway tu
Tengah tunggu turn nak buat xray
Jalan2 makan angin di kafeteria sementara tunggu result urine test
Wafiy dengan rambut askar
Lepas xray kena buat pembayaran di kaunter. Jangan ingat buat medical checkup free tak bawa duit plak hihi. So untuk medical checkup 3 beranak total RM 710. Bawa resit ke kaunter wellness dan tunggu result urine dalam 15 minit camtu. Kalau result  urine ok terus boleh balik. Rupa2nya untuk medical checkup visa Australia ni tak perlu pun buat blood test jadi result  boleh dapat dalam masa 3 hari. Macam NurNiz buat medical checkup 3 Sept, 5 Sept tu dah dapat email visa approved.
Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ▼  September (5)
      • Greetings from Brisbane
      • Homestay di Changlun, Kedah
      • Ceritera Raya 2014
      • Sambung Belajar Luar Negara #3: Kursus Kenegaraan BTN
      • Sambung Belajar Luar Negara #2: Medical Checkup Vi...
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    21 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes