Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for July 2013
Tajuk dah macam iklan minuman isotonik plak. Di bulan puasa ni NurNiz memang memerlukan tenaga berlebihan untuk melayan Wafiy yang semakin lasak ni. NurNiz & akak2 NurNiz menghadapi masalah Hb rendah, jadi kami selalunya mudah berasa lesu & letih. Selalunya ayah NurNiz akan tolong melayan Wafiy semasa NurNiz tengah buat kerja2 rumah. Tapi sekarang bulan puasa ditambah lagi ayah NurNiz sekarang menjalani hemodialisis, ayah NurNiz perlukan rehat yang secukupnya. Terpaksalah NurNiz melayan Wafiy yang suka menempek itu sambil membuat kerja2 rumah. Sebelum ni NurNiz memang dah pernah ambil supplement ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee bagi tujuan breastfeeding. 
ESP Shaklee
Kalau perubahan bab tenaga dulu2 tak nampaklah sangat. Tapi bulan puasa ni alhamdullilah NurNiz masih mampu kekal bertenaga sehinggalah berbuka. Selepas balik kerja tu NurNiz masih mampu memasak & membuat kerja rumah yang lain. Tapi kadang2 pun rasa tak cukup nafas gak melayan aksi2 Wafiy. Dalam seminit Wafiy boleh berada dalam 3 tempat berbeza huhu.
Lokasi 1
Lokasi 2
Lokasi 3
Akhirnya keletihan & tido. Sekarang ni tido pun nak menempek atas orang.

Teringat lagi masa awal2 NurNiz menyediakan solid food untuk Wafiy, memang terkejar2 waktu pagi sebelum pegi keja. Semakin lama semakin oklah sebabnya NurNiz dah boleh budget masa diperlukan untuk sediakan solid food. Masa permulaan dulu, NurNiz banyak belajar daripada blog2 untuk penyediaan solid food. Pening jugaklah nak follow yang mana satu sebab lain blog lain resipi & lain kaedahnya. Kena banyak try & error untuk mencari resipi& cara yang sesuai untuk NurNiz.

NurNiz jenis yang akan masak solid food baby setiap hari. Kalau frozenkan solid food, NurNiz akan rasa macam xfresh plak nak bagi Wafiy makan. Kalau buat puree, mudah saja kita just rebus @ steamkan makanan yang nak disediakan. Kalau buat bubur akan ambil masa lama sikit. Bagi NurNiz kalau nak buat bubur dengan cepat, NurNiz akan blend dahulu beras tersebut. Kaedah lain nak cepat ambil lebihan nasi yang kita makan untuk dibuat bubur. Jadi blender memang sangat penting bagi NurNiz kalau nak buat solid food untuk baby. Ada sesetengah orang prefer pakai penapis besi yang halus tu untuk lenyekkan makanan, tapi NurNiz pemalas sikit bab2 nak lenyek2 ni huhu. Of course lah NurNiz teringin nak beli blender mini untuk makanan baby macam (Philips avent blender and steamer) atau (Magic Baby Bullet) tapi Big Bear dah awal2 bagitau big NO sebabnya baik beli blender untuk kegunaan umum.

Blender NurNiz baru2 ni pun mengalami masalah teknikal. Jangka hayat dia lebih kurang sama dengan camera sebab NurNiz beli kedua2nya dulu dalam tahun yang sama. Habis lari budget nak kena beli blender baru. Nasib baiklah ada offer blender di Tesco, NurNiz & Big Bear pun belilah blender Philips 4 in 1 tu.
Philips BASIC BLENDER 400W WITH MILL +FILTER + CHOPPER
Kaler hitam takda plak. Cun kaler hitam ni.
Sejak  beli blender baru ni, ayah Wafiy plak yang rajin gunakan blender. Bulan puasa ni balik weekand ja Big Bear akan beli buah2an nak dibuat jus. Wafiy bukan main suka lagi dapat minum jus oren, epal & tembikai. Ada akak ofis NurNiz pakai blender jenis stick tu. Lagi senang katanya sambil masak dalam periuk dah boleh blend terus puree @ bubur baby. Dulu2 NurNiz akan blend bubur semua sekali sampai halus. Tapi sekarang ni Wafiy lebih suka makanan bertekstur & tak halus sangat. Jadi sekarang ni NurNiz just lenyek2 bubur nasi pakai pelenyek pisang nak buat cekodok tu. Lauk2 bubur (sayuran semua tu) NurNiz akan blend & campurkan dengan bubur nasi tersebut.
Menarik blender jenis ni. Teringin dapatkan masa next baby :)
Sekarang ni kalau nak sediakan bubur untuk Wafiy, NurNiz dah follow resepi sendiri. Wafiy tak suka sangat dengan bubur nasi. Jadi kalau Nurniz nak buat bubur untuk Wafiy, NurNiz kena lebihkan lauk daripada nasi tu. Dan kentang menjadi perkara wajib untuk ditambah dalam setiap makanan Wafiy hehe.

Last sekali, NurNiz nak kongsikan buku2 resipi untuk makanan baby. NurNiz pun baru terjumpa masa nak buat entri ni. Kesian kat Wafiy selama ni makan makanan yang sama & membosankan yang NurNiz masak. Buku2 ni boleh didownload online ja. Selain resipi2 menarik, banyak info2 berguna berkaitan makanan baby yang disediakan sekali. Kalau beli pun best gak boleh tengok2 sambil memasak kan :).

Untuk buku 1: link download
Buku Resipi Makanan Baby 1
 Untuk buku 2: link download
Buku Resipi Makanan Baby 2
NurNiz & Big Bear dah lama sebenarnya nak beli kerusi makan baby sejak pegi Ikea bulan March lepas. Tapi malangnya kerusi makan baby Ikea tu habis stok. Jadi kami plan nak beli next time pegi Ikea.Bila agaknya tu tah2 Wafiy dapat adik baru sempat pegi hehe. Suka sangat dengan kerusi makan baby Ikea ni sebab ringan & murah.
Antilop/dulang kecil Ikea RM15 [sumber ikea.com]
Kerusi tinggi RM 49 [sumber ikea.com]
Kerusi tinggi dengan dulang RM 64 [sumber ikea.com]
Sebelum ni tak kisah sangatlah takda kerusi makan baby sebabnya kalau nak suap Wafiy, NurNiz boleh letakkan Wafiy dalam Bumbo seat dia. Tapi sekarang Wafiy dah pandai keluar sendiri daripada Bumbo seat tu.
Minit pertama masih berkedudukan baik
Minit kedua berjaya meloloskan diri
Wafiy..maafkan ibu gunting rambutmu jadi Abu Bakar Ellah
Bersempena bulan Ramadhan ni penting sangat kerusi makan baby sebabnya masa berbuka Wafiy akan menyibok sekali nak makan bersama2. Big Bear nak beli kerusi makan baby di Manjaku Baby Mall, Sg. Petani tapi sudah kehabisan stok. Kemudian kami cari kat kedai Apple Baby di Mergong, Alor Setar pun dah kehabisan stok. Akhirnya terjumpa di kedai barangan baby bertentangan dengan Kilang Continental, Mergong. Harga asal RM 105 tapi lepas tawar menawar dapatlah RM 85. Kalau beli di Manjaku Baby Mall hanya RM 79.90.

So bila dah ada kerusi baby ni bolehlah NurNiz melatih Wafiy untuk makan sendiri. NurNiz akan berikan kepada Wafiy makanan yang boleh dipegang seperti biskut jejari, buah2an untuk dimakan sendiri. Walaupun comot tapi berbaloi sebab Wafiy sangat happy boleh makan sendiri sampai ketuk2 meja lah.
Makan sambil berangan..

Resipi Spaghetti yang mudah
Puasa kelima haritu NurNiz berbuka menu ala western Nasi bersama Chicken Chop Sos Cendawan dan Spaghetti Bolognese.  Resepi spaghetti ni merupakan cetusan idea Chef Big Bear hehe..

Bahan2 Spaghetti

- Segenggam spaghetti
- 1 sudu besar minyak

Cara-cara Membuat Spaghetti

  1. Rebus spaghetti bersama air sehingga lembut. Minyak ditambahkan supaya spaghetti tidak melekat semasa merebus.

Bahan2 Kuah

- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 ulas bawang besar (sebesar penumbuk & dicincang)
- 2 biji tomato (dipotong dadu)
- 1 tin sos spaghetti Prego (Big Bear pakai yang tradisional ja)
- 5-6 biji cendawan butang (dihiris)
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 pek daging cincang (Big Bear paling suka brand Ramly)
- 1 1/2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara Membuat Kuah

  1. Tumis bawang putih & merah sehingga kekuningan.
  2. Masukkan daging cincang yang dibasuh bersih. Biarkan daging masak selama 15-20 minit. Sekiranya daging terlalu kering, boleh ditambahkan sedikit air.
  3. Setelah daging masak, bolehlah dimasukkan sos spaghetti Prego. Tambahkan air setengah cawan.
  4. Masukkan tomato & cendawan. Biarkan kesemuanya masak dalam 5 minit.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam & susu pekat manis. Susu pekat manis berperanan untuk memaniskan & melemakkan rasa kuah.
Hai semua. Semalam Wafiy pegi checkup 8 bulan di kinik kesihatan. Berat Wafiy sekarang dah 7.5kg. Sekarang berat Wafiy maintain ja sejak Wafiy buas2 ni. Mula2 Wafiy takut sangat nak pegi klinik takut kena cucuk, nasib baik nurse bagitau Wafiy umur setahun nanti barulah kena cucuk. Fuhh..lega sangat Wafiy rasa.

Nak masuk umur 8 bulan ni, Wafiy tengah belajar2 nak bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Orang2 tua slalu panggil "meniti". Tempat favourite Wafiy meniti adalah kabinet TV sebabnya Wafiy boleh tengok TV dekat2 sambil ketuk2 TV. Dah banyak kali ibu larang Wafiy meniti di kabinet TV takut Wafiy jadi rabun. Ayah yang dengki kat Wafiy tiba2 ja pasangkan TV di dinding supaya Wafiy tak sampai. Ayah bagitau lepas ni ayah nak jualkan kabinet TV tu plak.
Wafiy dah tak sampai nak ketuk2 TV lagi..
Video Wafiy baru belajar nak gerak2..
 
Wafiy sekarang suka keluarkan vokal terbaru yang Wafiy belajar. Buat masa sekarang Wafiy hanya tahu keluarkan perkataan aaaaaa..., papapapapapa...., & tak ketinggalan mamamamamama... kalau Wafiy nak panggil ibu. "Pasni Wafiy akan belajar perkataan ibu plak ya".
Bulan puasa ni ayah suka ajar Wafiy mengaji tapi Wafiy rasa bosan nak bermain2
Hobi terbaru Wafiy sekarang ni adalah bermain dengan stereng&gear kereta. Wafiy sangat suka naik kereta dengan ayah&ibu sebabnya ayah akan benarkan Wafiy bermain dengan stereng sebelum kereta bertolak. Wafiy paling suka bermain dengan signal kereta. Best sangat sebab boleh nampak lampu berkelip kat skrin kereta. Kalau dalam perjalanan Wafiy rasa bosan, Wafiy akan sedaya upaya nak bermain dengan gear, sampai lenguh tangan ibu kena bergelut dengan Wafiy. Tapi haritu, ayah letakkan Wafiy dalam permainan kereta kat shopping complex supaya Wafiy boleh bermain dengan stereng. Tapi Wafiy memanjat2 nak keluar. Takutlah permainan kereta tu bergoncang2 dan ada bunyi plak tu. Wafiy idamkan permainan kereta yang boleh bergerak sendiri untuk baby. "Ayah tolong belikan permainan kereta comel tu untuk Wafiy, bole?"
Macam mana nak masuk gear reverse ni..
Wafiy suka naik kereta pink ibu :)
Wafiy dulu & sekarang
Wafiy sukalah dapat bersiar2 dalam troli

Dalam entri lepas NurNiz ada mention sekilas kan pasal camera NurNiz yang rosak. Sebelum ni NurNiz pakai camera Nikon Coolpix series berapa pun NurNiz dah tak ingat. Rasanya dah tiga tahun lebih kot NurNiz pakai camera tu. Pengalaman NurNiz pakai camera tu adalah agak kurang memuaskan sebabnya:
  • Kalau nak capture objek yang tengah bergerak2 gambar akan jadi tak clear/blur. Contoh utama Wafiy yang sentiasa bergerak2 hehe.
  • Kalau gambar tengah gelap pun especially malam2 memang tak clear/blur.
Camera Nikon NurNiz tu mengalami kerosakan pada lens. Kalau nak repair kena hantar ke branch Nikon di Penang& taktaulah plak berapa bayar. So, NurNiz ambil keputusan untuk beli camera baru yang affordable. Maka terbelilah Canon Ixus 132 (kononnya dah serik pakai Nikon).
Pandangan hadapan Canon Ixus 132
Pandangan belakang Canon Ixus 132
 Antara feature2 camera Canon Ixus 132 ni:
  • 16 Megapixels
  • 8x zoom lens
  •  HD movies (720p)
  •  Smart Auto (32 scenes)
  • 6.8 cm (2.7") LCD
  • Eco mode (dapat jimatkan penggunaan bateri)
Yang bestnya Canon Ixus 132 ni dia ada button khas untuk video. Memang mudahlah nak start&stop ambil video :). Oklah NurNiz nak kongsikan gambar2 yang diambil dari Canon Ixus 132 ni.
Gambar Wafiy yang tak blur walaupun bergerak
Gambar ni diambil masa kipas tengah bergerak. Clear kan gambar kipas.
Smart auto mode ni pun best. Fokuskan gambar dalam keadaan gelap.
Bunga baru di ofis NurNiz..


Hari ni merupakan hari last pertandingan  Johnson's Baby of The Year 2013. Kepada yang belum join, sempat lagi join tu. Syarat2nya mudah ja beli barangan Johnson's Baby RM10. Simpan&submit resit tersebut sebagai bukti pembelian. Bagi pembelian RM10 anda layak menghantar 2 keping gambar penyertaan. Untuk informasi lain bole refer di iLoveJohnsonsbaby. NurNiz pun masuk saja suka2. Bayangkan beribu2 baby di seluruh Malaysia masuk contest ni. Geram betul tengok galeri gambar baby, semua comel2 belaka. Kalau NurNiz yang jadi juri, memang pening kepala nak memilih.

Contest Johnson's Baby of The Year 2013
Langkah2 nak masuk contest
Wafiy pun gedik nak join hehe

Bila dah ada anak ni, NurNiz excited masuk segala macam contest sebabnya nak menang hadiah2 menarik untuk baby. Setakat ni yang dah join, tak pernah menang lagi. (padahal baru join satu contest ja hehe). Kali ni NurNiz nak masuk Contest Baby Ceria yang ditaja oleh Urban Mommy. Hadiah2 yang ditawarkan memang sangat gempaq & menarik. Blogger Urban Mommy ni ada buka perniagaan barangan baby online yang dijual dengan harga yang sangat murah dan berpatutan (beli satu barang pun dah boleh dapat harga borong!). Semua hadiah yang ditawarkan ada dijual gak di kedai online tersebut.
http://barangbabymurah.blogspot.com
Banner contest. 

Syarat2 Contest

Kalau nak join melalui FB boleh refer cara2nya kat  sini
Jika anda nak join contest melalui entry blog :-
1.. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com
2. Anda harus masukkan gambar banner contest.
3. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria
4. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"

5. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.

6. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

4. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.
5. Hanya akan ada 2pemenang dan 8orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.

6. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.

7. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap saya terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.
8. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesri makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform saya mana satu anak anda ye).

9. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.

10. Dibawah gambar banner samaada difacebook atau di blog,sila copy paste langkah2 untuk join contest ini.

11. LETAK SEKALI TARIKH MULA CONTEST DAN TARIKH TUTUP CONTEST YE.
TARIKH MULA CONTEST PADA 
12.6.2013.
TARIKH TUTUP CONTEST PADA 
7.7.2013.

Gambar Wafiy yang terpilih..Ceria sampai tak nampak mata. Gambar lain xclear sebab Wafiynya ceria  bergerak2 sampai susah nak ambil gambar huhu
Mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di 
blog http://barangbabymurah.blogspot.com 

Hadiah2 yang ditawarkan memang menarik sampai rambang mata NurNiz& Wafiy nak pilih. 
HADIAH PILIHAN
No. 2 TRUNKI BAG (BIRU)
Inilah rupa trunki bag. Semua kaler cantik2 belaka.


Weekand lepas hari Sabtu, NurNiz & Big Bear membeli belah di Sungai Petani karpet baru untuk ruang tamu. NurNiz dah lama sangat nak beli karpet baru untuk ruang tamu sebabnya karpet yang lama asyik tercabut bulu aja. Sebab utama nak belinya untuk keselamatan Wafiy gak. Sejak boleh meniarap dulu, Wafiy memang sangat suka tarik bulu2 karpet. Tiap2 hari sapu pun mesti ada ja bulu yang terkeluar. Yang bahayanya Wafiy suka masukkan dalam mulut bulu2 karpet tu. Dua minggu lepas, masa Wafiy berak NurNiz pun terperasan rupanya Wafiy berak bersama2 dengan bulu karpet aduhai. Masa tu terus nekad nak beli nak karpet baru yang jenis tak berbulu sangat. Kang tak pasal2 perut Wafiy dipenuhi bulu2 karpet hehe.

Dekat Kedah ni tak banyak pilihan corak karpet yang menarik & harga yang mahal. Kalau duduk area Selangor@KL alangkah bestnya boleh membeli belah karpet kat Nilai 3. Setelah tawar menawar akhirnya NurNiz & Big Bear beli gak karpet baru harganya RM 900 dengan ukuran (9 kaki panjang, 8 kaki lebar).
Karpet lama yang berbulu2 itu..
Karpet ruang tamu
Ruang yang lebih luas untuk Wafiy bermain :)


Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ▼  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ▼  July (9)
      • Kekal Bertenaga di Bulan Puasa..
      • Alkisah Makanan Baby..
      • Kerusi Makan Baby
      • Resipi Spaghetti Bolognese yang Mudah
      • Wafiy: 8 bulan
      • Welcome Canon Ixus 132
      • Contest: Johnson's Baby of The Year 2013
      • Contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogs...
      • Karpet Baru..
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    20 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes