Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for March 2013
Perlu!!! Especially untuk orang2 pemalas macam NurNiz ni. NurNiz sebenarnya baru ja beli set Autumnz steriliser+home&car warmer combo. NurNiz beli kat BabY RiEzkY sHoP dengan harga RM 175.00.

Sebab membeli??? Seminggu sebelum membeli steriliser, Wafiy menangis tanpa henti suatu petang tu. Kesian sangat tengok tidur pun teresak2. Jadi NurNiz syak mungkin Wafiy sakit perut disebabkan susu EBM yang diberi kat Wafiy (mungkin masa pam, pam tercemar ataupun botol susu tercemar ka ataupun pengendalian EBM yang salah). Lepas kejadian tu terus beli sterilizer sebabnya sebelum ni NurNiz selalu rendam dalam air panas camtu ja.

Kelebihan??? Menjimatkan masa sebabnya kita just biarkan peralatan pam & botol susu disterilise dengan sendirinya. Masa sterilise cuma 8 minit ja.

Cara Menggunakannya??? Masukkan air 90ml (seeloknya air tapis untuk elakkan besi pemanas tu cepat berkerak/berkarat). Masukkan tepat 90ml jangan terlebih atau terkurang. Susun peralatan yang nak disterilise atas tray. Tray bawah untuk badan botol susu, tray atas untuk kepala botol susu. Tutup sterilizer dengan baik & tekan START untuk mulakan proses sterilizer. Setelah cukup 8 minit sterilizer akan berbunyi.

Autumz steriliser

Bahagian dalaman Autumz steriliser
Stok EBM yang terpaksa dibuang

Setelah lebih 4 bulan gunakan Avent Manual Breast Pump barulah sempat review pasal pam ni. NurNiz dapati review tentang breast pump ni sangat berguna especially bagi ibu2 yang first time nak beli. NurNiz dulu pun beli Avent Manual Breast Pump ni lepas baca komen positif di blog2 & forum.

NurNiz mula2 gunakan pam ni beberapa hari selepas bersalin. Masa tu Wafiy kena jaundis jadi orang sekeliling cadangkan banyakkan bagi susu formula supaya jaundis dapat turun dengan cepat.(petua ni sebenarnya kurang tepat kerana sekiranya baby kena jaundis kita harus menambahkan kekerapan menyusukan baby supaya bilirubin dapat dikeluarkan melalui najis. Cuma ada certain kes dipanggil prolonged breastmilk jaundis di mana baby kena jaundis walaupun menyusu ibu sepenuhnya tapi fenomena ni sangat jarang berlaku. Pemberian susu ibu hanya patut dihentikan setelah mendapat nasihat doktor.) Boleh rujuk artikel di drzubaidi. So bila Wafiy tak direct breastfeed, terpaksalah pam untuk elakkan bengkak susu.

Mula2 guna tu rasa kekok sangat & jadi panik bila awal2 tu susu tak keluar. Tapi kejap je tak sampai seminit susu dah keluar. First time guna NurNiz terus jatuh hati pada pam ni sebabnya breast tak rasa sakit masa tengah pam. First time pam tu NurNiz berjaya dapatkan hasil dalam 3oz. Kebaikan2 pam ni yang lain:
2nd time pam dengan Avent Manual
  • Ringan & mudah dibawa ke sana sini especially time kerja
  • Ada sesetengah review tu kata Avent Manual Breast Pump ni ada banyak komponen untuk dibasuh. Mungkin brand lain tak banyak komponen kot. Tapi bagi NurNiz sangat mudah & cepat untuk dibasuh.
  • Hasil yang lumayan hahaha. Selama ni tak pernahlah NurNiz tak dapat hasil kalau pam dengan Avent Manual Breast Pump ni. Dalam 10-15 minit NurNiz boleh mendapat hasil dalam 5oz.
  • Tak perlu cari plug elektrik.
  •  Dari segi bunyi, pam ni agak senyap. NurNiz taktau bunyi pam brand lain pasni kena compare dulu.
Cuma kekurangan pam manual ni adalah tangan cepat lenguh ketika pam especially kalau nak cepat time kerja jadi tekan paddle dengan lajunya hehehe. NurNiz ada dapat tips baru untuk elakkan lenguh tangan ialah dengan tekan paddle lama2 baru lepaskan. Satu lagi kekurangan:
  • Kadang2 susu mungkin akan terkeluar sikit daripada petal cushion tu. 
Kesimpulannya, NurNiz rasa sangat berbaloi membeli Avent Manual Breast Pump. Kalau lepas ni NurNiz berpeluang beli pam letrik pun NurNiz takkan jual pam ni huhu.
Kalau makan di kopitiam memang tak sahlah kalau tak order roti bakar. Sejak ada anak kecil ni, kalau nak makan kat luar kenalah cari tempat ber 'aircond' dengan harapan baby akan tidur @ duduk dengan sopan santun dalam stroller. Tapi takda maknanya baby akan tidur @ duduk dalam stroller tu hahaha. Jadi kena bergilir2 makan & pegang baby.

Sebelum makanan sampai Wafiy dapatlah peluang bersantai atas meja
Wafiy buat muka serius konon..
Kalau makan nasi sekalipun, tetap akan order roti bakar

NurNiz makan nasi ayam Thai mushroom. Sedap gak ni.

Big Bear minum jus nenas+buah tak ingat. Makanan dah habis sebelum sempat snap gambar.

NurNiz masih berpantang minum air ais tau :)

Ibu..bila rambut Wafiy nak tumbuh ni..

Kerja2 improvement laman kat rumah NurNiz akhirnya berjaya gak setelah asyik terbengkalai ja. Padahal tanah sekeliling rumah sekangkang kera tu pun tak terurus berangan nak ada tanah besar hehe. Bajet yang terhad jadi buat improvement sikit ja & semuanya buat sendiri takda upah sesapa pun. Hasilnya pun takdalah secantik & secanggih laman2 rumah orang lain :). Big Bear la yang buat, NurNiz just bagi sorakan semangat. Proses dimulakan dengan membuang rumput2 menggunakan cangkul, meratakan pasir atas tanah & menanam rumput2 karpet. Di Changlun ni memang mahal rumput karpet. Sekeping rumput karpet harganya RM 3.50. Kalau di area KL especially Sungai Buluh boleh dapat harga RM 1.50 ja sekeping.
Laman rumah sebelah kanan (keadaan asal)
  
Laman rumah sebelah kiri (keadaan asal)
Proses membuang rumput2
Ketibaan gunung pasir
Hasil menanam rumput karpet

Laluan pejalan kaki
Rumah tepi hutan memang selalu penuh dengan daun2 kering
NurNiz berangan2 nak letakkan wakaf dekat halaman hadapan tapi tahu jelah harga wakaf tu pun dah beribu riban jadi NurNiz beli kerusi taman batu untuk bersantai petang2. Bila mencari2 tempat jual kerusi batu ni, susah plak nak jumpa. Nasib baiklah tetiba ternampak banner di tepi jalan. Harga pun berpatutan, sekali delivery hanya RM 150. Contact no orangnya 013-5019185 (area kedah saja)

Kerusi taman murah

Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ▼  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ▼  March (4)
      • Perlukah botol steriliser?
      • Review Avent Manual Breast Pump
      • Roti Bakar
      • Kerusi Taman
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    20 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes