Selalunya selepas disahkan jawatan di sektor awam dah memilih skim berpencen, kakitangan kerajaan boleh keluarkan caruman KWSP yang telah dipotong selama ni. Duit KWSP tu boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dan juga untuk dilaburkan.
- Pastikan anda telah menerima surat mengesahkan anda memilih skim berpencen daripada majikan anda. Sebelum nak isi borang, pastikan potongan KWSP telah dihentikan. Boleh ja nak keluarkan kalau masih potong KWSP nanti kena keluarkan lagi sekali plak.
- Isi Borang KWSP 9j. Boleh download file pdf di website KWSP dan isi manual @ isi online dan print @ boleh dapatkan terus di pejabat KWSP berdekatan.
- Antara dokumen yang perlu disediakan;
- Surat perlantikan pertama
- Surat pengesahan memilih skim berpencen
- Hantar borang ke kaunter dan cap jari. Memang sangat cepat proses di kaunter dalam 5 minit dah siap.
No comments:
Post a Comment