Resipi Spaghetti yang mudah |
Puasa kelima haritu NurNiz berbuka menu ala western Nasi bersama Chicken Chop Sos Cendawan dan Spaghetti Bolognese. Resepi spaghetti ni merupakan cetusan idea Chef Big Bear hehe..
Bahan2 Spaghetti
- Segenggam spaghetti- 1 sudu besar minyak
Cara-cara Membuat Spaghetti
- Rebus spaghetti bersama air sehingga lembut. Minyak ditambahkan supaya spaghetti tidak melekat semasa merebus.
Bahan2 Kuah
- 1 ulas bawang putih (dicincang)- 1 ulas bawang besar (sebesar penumbuk & dicincang)
- 2 biji tomato (dipotong dadu)
- 1 tin sos spaghetti Prego (Big Bear pakai yang tradisional ja)
- 5-6 biji cendawan butang (dihiris)
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 pek daging cincang (Big Bear paling suka brand Ramly)
- 1 1/2 sudu besar susu pekat manis
Cara-cara Membuat Kuah
- Tumis bawang putih & merah sehingga kekuningan.
- Masukkan daging cincang yang dibasuh bersih. Biarkan daging masak selama 15-20 minit. Sekiranya daging terlalu kering, boleh ditambahkan sedikit air.
- Setelah daging masak, bolehlah dimasukkan sos spaghetti Prego. Tambahkan air setengah cawan.
- Masukkan tomato & cendawan. Biarkan kesemuanya masak dalam 5 minit.
- Akhir sekali perasakan dengan garam & susu pekat manis. Susu pekat manis berperanan untuk memaniskan & melemakkan rasa kuah.
No comments:
Post a Comment